Nuffnang

Followers

Friday, June 18, 2010

Rileks dulu


Masuk petang jumaat. Aku masih termangu-mangu depan pc. Ada-ada je website, blog aku lawati tapi takde apa-apa kebaikan untuk aku. Lebih kepada membuang masa. Aku sebenarnya tak ketahuan nak buat apa. Padahal senarai 'to do list' panjang menjela. Betul ni....
Contest, isi borang, isi entry GA contest, kerja-kerja tambahan, lukisan yang belum siap ingking, kerja-kerja mengemaskini komputer, simpan segala harta kerja aku dalam DVD dan bermacam-macam lagi. Tak cukup menulis kat skecth book, aku tulis kat note pad henset siap buat reminder lak tu. Tapi kerja-kerja yang aku senaraikan tadi tak sedikit pun aku kuis. Aku blur. Terasa asap kepal kat belakang kepala ni. Petanda aku mula sakit kepala.
Tadi aku turun menapau makanan seorang diri. Naik saja ke pejabat aku bedal makanan macam orang Somalia kebulur! Tangan terketar-ketar suap makanan. Lebih sadis lauk nasik asyik jatuh-jatuh ke olistren semula. Apakah? kelaparan tahap apa ni? Padahal aku bersarapan jugak pagi tadi. Susah benar nak kurus. Aku benci!
Jelajah blog demi blog. Yang takde dalam senarai pun aku jelajah jugak. Kenal tak kenal tolak tepi. Aku baca je kisah-kisah mereka. Tak kirim komen. Tak jejakkan sapaan kat chat box. Aku cuma jadi silent reader yang eksyen takmo sapa tuan punya blog. Aku sedar itu perbuatan tak baik. Sudahlah masuk rumah orang tak bagi salam. Menyombong pulak. Tapi hakikatnya aku tak bertujuan pun nak sombong2 gitu. Aku malas nak menaip. Dalam kepala kosong ni. Nak buat sapaan pun aku tak reti dah nak tuliskan apa. Kang aku tulis rangkap pantun kang masalah lak tuan punya blog nak jawap. Haih...
Aku tak bermood sangat harini. Aku rasa terkapai-kapai. Ibarat sedang berjalan kat padang rumput. Biru langit terang terbentang di atas kepala. Kepulan awan pelbagai bentuk dan saiz mengamit hati menghitungnya. Aku cuba berfikir bentuk apakah awan ni? Dinoso? Bear? Cawan berhiasa ala-ala vintage? atau bentuk nasi lemak berhias satay yang lazat siap beraroma aliran asap panas? Selain tu... bauan rumput menusuk hidung. Kibaran angin menyentuh pipi. Indah sekali.... Tapi itu imaginasiku. Bukan betul-betul...
Aku sekarang di depan pc. Bak kata kawan. Membesarkan muntot je duduk atas kerusi tak bergerak-gerak. Dengan kerepek pedas kat tangan. Aku bakal jadi otaku giler hack komputer dan download manga-manga dan anime-anime lucas! Owh tidak... tidak!
Aku masih waras. Cumanya aku belum punya mood untuk buat perkara lain. Membebel ini pun aku ikut jari ke mengklik klak tak menentu. Kalau kawan meja sebelah dok ada. Pasti dia komplen. "Woi, orang sebelah! Bunyi hapa tu dok klok klak dari tadi tak henti?" Sah pening kepalanya dengar bunyi keyborad aku. Ala-ala orang tengah key in data IT dalam komputer. Owh, tak pun macam hacker tegah godam bank! ngahahaha... Padahal pengisian ceritaku mengarut belaka. Aku tak salahkan korang andai korang pun ikut terboring baca kisahku hari ini.
Sesungguhnya aku boring.
Kalaulah dengan kentut boleh buat kita hilang boring.

2 comments:

Mama Zharfan said...

heheheh u memang true comper ni..siapa ada list contest +GA...me pun gitu gak...time bz rasa pening sbb tak tau bila ada masa nak join contest2 tu semua..me now dtg berasap kepala otak nak siapkan thesis on time..

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ saya join contest tak pilih bulu. sbb tu bila kwn2 tnya contest ni hadiahnya apa? terkebil2 saya nk jawap. asala saya rasa senang dan kebetulan benda tu saya gunapakai, saya join. klu yg dlm blog ni plak ikut mood. selalunya rajin join yg xpayah buat entry tu hahaha... dasar nak senang je usaha cikit kui3...

good luck suziey... saya teringin nk sambung study (tp asik tgl angan2 je bila la nk realisasikan impian tu hurm..)