Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Saturday, June 26, 2010

Melepak di pejabat

Hari ini tinggal aku dan Damia saja dalam pejabat. Hari sabtu pun gigih nak bekerja ke? tidak... tidak... kami temankan hb loading barang pameran. Lepas ni kami nak ke warehouse My dear insya'allah kalau takde aral. Rancangan seterusnya nak merayap ke KLCC yang itu tak pasti lagi jadi ke tidak. Mungkin melencong ke tempat lain.

Esok keluargaku dari Perak akan datang singgah ke rumah. Bermalam sehari sebab isninnya dorang nak bergegas ke Pahang hantar adik bongsuku ke sana. Semohga perjalanan mereka semua lancar dan selamat. Rindu nak jumpa mak dan abah. Harap-harap kedua-duanya jadi datang esok. Janganlah pulak terus ke Pahang tak singgah rumah. Sedih aku nanti hurm...

Ikutkan banyak benda aku nak buat harini. Tapi dengan adanya Damia kat sini.... kirim salam je la. Aku nak menghadap komputer ni pun kejap-kejap kena berhenti nak melayan karenah dia yang macam -macam ni, Haih...

2 comments:

Izan Ishak said...

sekali sekala bawa damia ke opis mmg kena layan dia jelah jawabnya ye wan~
selamat berhujung minggu!

Wansteddy Tales said...

izan... anak dara ni punyalah bnyk songehnya siap bikin drama air mata tgu ayahnya xsampai2 haih...