Nuffnang

Friday, June 4, 2010

Susu punya pasal

Sebelum ke tempat kerja tadi, aku minum susu untuk habiskan saki-baki susunya. Aku sangkakan sikit je tinggal. Rupanya hampir dua gelas jugaklah aku kena perabihkan. Dah habis togok semua barulah timbul rasa menyesal.
Sampai sekarang aku dapat rasakan togokan susu dalam tekak ni. Berbalam-balam penuhi ruang rongga semua! Auh... muaknya.... dalam kereta aku dah pening-pening. Rasa nak pitam. Rasa mual dan muak tak payah cakap la. Pendek kata kalau aku termuntah sekalipun tak dapat ditahan-tahan dah wuwu... Barulah aku tahu, aku ni tak boleh minum susu sangat waktu pagi. Serik dah.
Satu lagi kes maha haru. Dompet duit aku tertinggal kat rumah! Apa la punya nyanyuk.... padahal sebelum ke tempat kerja tadi beria aku kemas-kemas beg nak ke pejabat. Siap masukkan dompet dalam beg. Mungkin dah keciciran waktu aku ambil buku skecth dalam beg tadi. Harap-haraplah kekal selamat kat rumah. Risau pun ada ni.

No comments: