Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Thursday, June 3, 2010

Tak jadi bertugas di tapak pameran hari ini

Aku tak perlu ke pameran hari ini. Sesampai saja di pejabat, aku keciciran kereta jabatan ke tapak pameran. Mungkin ketika aku baru sampai tadi bertembung dengan rakan pejabat yang bertugas. Tapi disebabkan kejar masa aku tak perasan dah orang kiri kanan. Redah terus ke tingkat atas.
Sampai-sampai saja aku terus cari rakan setugas. Rupanya dorang dah dalam perjalanan melalui Kampung Baru. Mujurlah my boz begitu sporting. Katanya tak perlulah aku risau. Aku boleh bertugas di tapak pameran esok. Hari ini disebabkan masalah pengangkutan aku tak dapat ikut serta. Al maklum nak ke tapak pameran tu perlu melalui banyak protokol. My boz bimbang timbul masalah pada aku kalau nak melalui pintu masuk nanti. Lainlah kalau guna kenderaan jabatan.
Yang buat aku kesal, aku dah bersemangat nak sertai pameran ini. Takpelah, bukan rezeki hari ini. Insya'allah akan mulakan kerja di pameran esok hari.

4 comments:

nza said...

esok masih ada.......

yantz-yeem said...

ye lah dah cun2 hari nie x dpt pi plaks hahahaha

Wansteddy Tales said...

k.nza ~ ehehe... benar tu ><

Wansteddy Tales said...

k.yantz ~ ahahaha... pakai lawa2 kang ada yg jeles hohoho ops! terlebih suda...