Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Monday, June 14, 2010

Update Wansteddy Giveaway

Aku harap takde la yang merungut bila aku bubuh syarat suh jadi follower dua blog aku. Hehe... sebenarnya untuk tujuan promosi blog jugak. Kalau lepas my GA ni korang dah nak berhenti follow takpelah. Aku tak paksa. Wuwu... Tapi kemungkinan korang akan tahu lanjutan Wansteddy GA di hari-hari mendatang. Wa... bajet nak buat GA banyak-banyak la kunon.

Terima kasih banyak-banyak pada peserta yang sudi buat entry khas tentang GA ni. Walaupun takde dalam syarat, tapi korang berusaha jugak buat entry. Bila ada peserta sudi buat entry khas tentang GA ini, jadi kredit untuk aku. Trimas sekali lagi atas susah payah kalian.

Memang sengaja aku tak nak peserta buat entry untuk GA ni. Sebab kalau boleh aku nak buat yang seringkas yang boleh. Nak menyenangkan para peserta. Cumanya aku mintak taruk badge dan follow dua blog aku. Seperti kukatakan di atas. Untuk tujuan promosi blog aku. Aku sedang gigih mempromosikan hasil-hasil kerjaku. Banyak lagi yang belum disenaraikan dalam blog Wansteddy Studio tu. Hasil-hasil kerja aku banyak terperam dalam komputer. Aku asyik kejar masa nak urus perkara lain. Masuk hari berikutnya begitulah jugak. Sudahnya impian nak wujudkan satu hari satu entry pasal my design dalam blog Wansteddy Studio, tinggal angan-angan. Aku lebih beratkan blog ini dari blog itu hahaha...

Sedang merangka bilangan pemenang. Tengah fikir sebanyak mana dolly mampu aku bikin? Dan kalau tiada aral, persembahan Dolly itu nanti akan diserikan oleh sesuatu. Aku tak nak sebut. Tak jadi kang bikin malu je aku hadap peserta yang menang nanti hahaha...

Buku idaman kalbu masih belum kujengah. Tapi nampaknya pemenang untuk buku bukan sorang, tapi mungkin beberapa yang aku mampu hehe... masih jugak nak berahsia.

Giveaway ini masih berlangsung. Jemput-jemputlah rakan taulan sertainya. Dan aku ucapkan Selamat Berjaya kepada semua peserta.

6 comments:

mama zharfan said...

saper lah yg lucky this time :)

♥MAMA♥ said...

hihiii ok ler tu,caiyok caiyokk!

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ nak pilih pemenang pn xtau caranya lagi :)

Wansteddy Tales said...

MAMA ~ hehe... nnt saya update lagi psl GA ni sepnjng bulan ni n bln depan, insya'allah

kakpah said...

salam wan..
oo ada GA..

Wansteddy Tales said...

k.pah ~ jemput join k.pah >< dalam perancangan nak bagi hadiah buku kanak-kanak dan dolly ^^