Khabar gembira yang aku terima hari ini. Terima sebuah award bermakna dari Kay dari blog Anak-anakku. Jemput singgah ke blog Kay dan berkenalan dengan beliau yang mesra ini. Trimas kepada Kay kerana sudi anugerahkan award ini kepadaku. Terharu saya!
Ini link blog Kay:
1) write 5 interesting facts about the person who gave you this award
1) aku kenali Kay melalui contest anjuranku dulu. Trimas Kay, sampai sekarang kita masih bersahabat secara maya. Ada hikmahnya anjurkan contest ni. Boleh tambah kawan.
2) Kay seorang ibu beranak dua. Untungnya dapat putera puteri.
3) Aku suka entry-entry karangan Kay. Kadang-kadang baca tajuk entrynya tak tercapai dek akalku nak menulis macam tu.
4) Seorang penulis blog yang bijak menyusun kata. Kalau beliau singgah blog aku dan titipkan komen, ayat-ayat disusun baik. Rasa diri ini dihargai, trimas Kay!
5) Blog beliau dah berubah background hehe!
2) jot down 10 interesting facts about yourself of your hobby
1) Taksub berblog! hahaha
2) Melukis bila senang hati, marah giler, sedih dan segalanya. Dalam jamban pun aku boleh melukis tau. Kisah benar ni. Macam mana caranya tak payahlah korang bayangkan :P
3) Banyak buat sketch tapi kebanyakkan belum siap ingking.
4) Suka bikin handmade card masalahnya masaku terhad. Kalau aku bikin handmade kad stand by la dengan keadaan mejaku yang porak peranda macam dilanda garuda. Habis bersepah!
5) Aku sungguh sensitif. Hatta perkara kecik2 aku cepat terasa.
6) Kalau orang bagi sebatang pensil sekali pun aku mungkin boleh berjuraian air mata! Terharu...
7) Tak boleh dilambakkan dengan jumlah tugasan yang banyak. Aku cepat stress.
8) aku tengah download lagu-lagu ost Korean Drama. Tah kenapa dah giler lagu Korea lak sekarang hahaha
9) Kalau aku baca manga, tonton anime atau wayang aku teliti perincian dalam set bukan jalan cerita. Nak-nak jenis bina miniature tu. Wah! Menggila aku ketika itu, seronok!
10) Aku tengah bengang kamera aku dah rosak dan tak dapat ambil gambar sesuka hatiku lagi. Haih... Nak beli kamera baru tunggu menang contest je la hahaha...
3) Pick your 10 most deserving receipients and describe them
1) K.yantz ~ pelopor ketaksuban berblog aku! miahaha...
2) Ema ~ kenal dari blog. Mula2 bersaya-saya sekarang dah ber'aku ' 'kau' dengan dia. Padahal Ema ni pangkat kakak tau dengan aku. hahaha... Sori ye Ema. Best kenal Ema ni. Orangnya comel!
3) Chugie ~ Blogger yang popular, aku agak chugie mesti dah terima award ni dari sesiapa. Tapi aku nak bagi Chugie gak sebab dia ni pun antara pendorong aku rajin berblog!
4) AcuRose ~ Antara blogger yang baru dikenali. Aku suka hasil kerja Acu yang kemas dan superb! Gayanya tersendiri. Borak2 dengan Acu aku rasa cam dah kenal lama padahal tak sampai sebulan kot kenalnya ><
5) Izza ~ anak dara ni sopan-santun orangnya. Kalau aku ada adik pompuan biarlah bersifat lemah lembut macam izza ni. Tapi mak aku confirm serender nak beranak lagi! hahhahaa
6) MommaMia ~ Cik Puan ni pun popular! Rajin berblogwalking, bait tulisannya indah-indah belaka dan aku suka tiap karangan dalam blog Alin. Gaya penulisannya menampakkan ciri-ciri mudah mesranya. Paling best, bagi sesiapa yang nak dapatkan tip penyusuan ekslusif kepada anak-anak jemputlah singgah blog Alin. Beliau banyak kongsikan tips-tips berguna!
7) Kak Sari ~ beliau merupakan penganjur untuk contest Pampers4free anjuranku dulu. Pun aku sukakan hasil tulisan k.Sari. Anak-anaknya comel-comel belaka al-maklum mix. Aku suka gaya bahasa penulisan K.Sari dalam blognya yang kemas dan teratur. Tak macam blog aku, bersepah wuwu...
8) Intan ~ Blogger popular! Bestnya blog beliau kerap paparkan kecomelan anak dara beliau. Aku kalau mengadap muka cik Arissa adalah dalam dua tiga minit pastu baru aku cari karangan ibunya. Comel sangat!
9) Mama Zharfan ~ Pun Blogger popular. Aku suka masuk blog mama zharfan sebab beliau tak lokek berkongsi tentang contest. Disebabkan aku ni pun suka join contest. Masuk blog beliau dah dapat info pasal contest. Lagi satu mama Zharfan ni sedang lanjutkan pelajaran. Respek betul dengan ibu-ibu yang kuat semangat lanjutkan pelajaran. Aku ni bilalah lagi. Asyik kata nak sambung belajar je. huhu...
10) Hadani ~ Dari forum ke dunia blog aku kenali beliau. Padaku dialah sahabat paling jujur dan mesra pernah aku kenali. Tak rugi langsung kenali Hadani aka Syahadah. Best berkawan dengan beliau ><
Aku nak senaraikan banyak lagi sebab aku suka semua kawan-kawan aku.
Tapi aku penat perah otak ni.
4 comments:
Ya Allah touching nyer wans"teddy" with ur komen tuh. Thanks for the award dear... like it so much!! Ku pun nak describe for u too laa
"Wansteddy - orgnya sgt creative, pemurah & tidak berkira. W/pun belom bersua empat mata, melalu email ku tahu wan ni mudah mesra orang nya. Selalu utamakan kepuasan untuk kawan2nya. Sangat senang ber-bestpren dengan wan nih. tiap pagi pasti ku lawat blog wan ni utk pastikan kwn ku punya mood yang best untuk mulakan hari baru. Semoga bakat wan berdolly2 pergi lebih jauh lagi... amin!!"
Aduhai... rasa macam cair hatiku baca maklumbalas dari Alin ni ><
trimas Alin. saya pun suka berkawan & singgah blog Alin. Sehari tak singgah macam tak lengkap hari berblog!
Trimas doakan yang baik2 untuk saya Alin. Saya doakan kebahagiaan dan kesejahteraan keluarga Alin sepanjang hayat. Amin...
hehehe wan thanx coz sudi terima awards nie, moga kiter terussan bersahabat wlpn dlm alam maya jerk
Kay ~ sama-sama kasih. kdg2 kala kwn di alam maya ni lebih rapat dr di alam benar haha ><
Post a Comment