Nuffnang

Followers

Friday, July 2, 2010

Hari ni aku takde mood

Mood gembira ber "hua hua" aku pagi tadi lenyap begitu je disebabkan kerja urgent yang merampas kegembiraan waktu senggang aku.
Aku gembira semalam sebab dah rasa selamat terlepas dari kerja-kerja semua. Aku nak berehat dari fikirkan pasal kerja. Aku nak berblog, aku nak rekabentuk dolly, aku nak rekabentuk lukisan baru, aku nak surfing kerana dengan berblog dan melukis.... aku hilang rungsing. Aku kurang stress kerja.
Harus aku maklumkan 3 minggu ini aku terlalu sesak dengan kerja pejabat. Aku bukan merungut sebab aku benci dengan kerja, tidak. Tapi bila kerja dah jadi 5 dalam 1 waktu nak disiapkan dalam kadar waktu segera mahunya aku tak pecah kepala? Bila aku kata segera bukan makan masa sehari dua okey. Adalah dalam sejam dua gitu: dah siap print art work, siap serahkan softcopy segala, elok dah rasa senang bebas dari tugas, masuk pulak pusingan kerja lain yang bertindan-tindan. Begitulah pusingannya tanpa henti.
Penat badan aku tolak tepi sebab bukan kerja berat nak hangkut segala barang kan. Tapi penat berfikir ni yang buat aku tertekan. Rasa bengang jugak sebab suatu insiden tapi aku tak nak bebankan fikiran dengan rasa itu. Kalau memikirkan sangat kerja aku tak jalan aku dok bergelumang dengan pelbagai rasa bermasalah ni.
Mulanya rancang nak menaip sikit-sikit tapi dah jadi luahan perasaan pulak. Haih...
Aku perlukan cuti rehat
bukan hanya sabtu ahad

No comments: