Nuffnang

Followers

Tuesday, July 20, 2010

Cara-cara cabutan bertuah dilakukan

Pagi-pagi aku nak merepek dululah boleh kan. hehe... Semalam keputusan pemenang telah diumumkan. Trimas kepada semua peserta yang sudi memeriahkan giveaway ini. Semalam acara memotong keratan nama 104 peserta dan mencari pencabut undi bikin gempak satu pejabat. Mana taknya. Aku punya cerewet, tiap kali nak cabut undi aku paksa pencabut undi gaul dalam-dalam kotak kat bawah ni macam kacau dodol tu. Bikin ribut jugaklah semalam dengan aktiviti tersebut. Tengok gambar kat bawah. Separuh kotak A4 penuh.


Tiap kali aku lalu meja kawan-kawan pejabat ada-ada je yang menegur amenda yang aku sibuk dok hangkut kulu kilir tu. Kelakarlah pulak bila kenang-kenang.
Sekali lagi, Tahniah kepada semua pemenang! Nantikan kunjungan hadiah kalian. Paling cepat minggu ini paling lambat minggu depan. Aku nak pos sekaligus je. Harap-harap semua pemenang dapat berikan detail seperti yang aku kehendaki dengan kadar segera.
Setakat ini ada jugak beberapa pemenang yang sudah kirimkan email butir-butir lanjut seperti yang dikehendaki. Kepada masih belum kirimkan email, sudikanlah kiranya yep!

No comments: