Nuffnang

Followers

Wednesday, July 21, 2010

Won Shell 2010 Promo

Pagi-pagi masuk pejabat, kebiasaan aku cek email dulu. Pastu baru sign in blog. Pagi-pagi waktu orang pergi bersarapan aku mengular depan komputer. Standart la hahaha...

Setiap hari kandungan dalam email mesti dapat email palsu pasal menang lebih berjuta-juta dolar. Kadang-kadang dapat dalam mata wang euro la segalanya. Tapi sah-sah takde RM kan. Kalau ada bolehlah dipercayai sikit. Maka dengan itu aku pasti yang email tipu ni didalangi oleh sindiket tertentu. Segala nama wakil ada... Sarah, Tantiana, Richard, yang belum ada Mat Jambol dan Encik Busu je lagi. Apa pekdahnya dorang kirim email palsu ini?

Setiap hari aku kaya berjuta-juta dolar. Tak payah kerja. Cek email je dah cukup bagi aku hidup kaya. Kaya berangan je la! Muahahaa...

"Your Email Won Shell 2010 Promo!!"

Kalau tengok tajuknya aku pun terpengaruh mula-mula tadi. Memanglah kadang-kadang en.hb isi minyak guna SHELL kadang-kadang petronas. Mana-mana contest yang berkaitan join jugaklah alang-alang isi minyak tu kan. Setakat ini tak pernah sekali pun terkena contest-contest berkaitan dengan minyak-minyak ni. Keluarkan duit untuk minyak banyak la.

Kalau korang kirim maklumat peribadi tersasar ke tangan-tangan manusia tak bertanggungjawab macam-macam boleh jadi. Silap-silap identiti korang kena ciplak. Malah hilang kewarganegaraan. Ada gak kes duit lesap dari akaun bank dan macam-macam lagi.

Tapi paling ketara sesiapa yang tersilap melayan email palsu ini mengundang jangkitan virus-virus komputer secara terbuka. Komputer boleh hang atau lebih parah lagi lebur kot segala maklumat dalam komputer korang kena format baru. Aku pernah alaminya. Jadi pun bukan kerana aku teruja dengan duit yang sah tipu ditawarkan tu. Tapi disebabkan aku salah delete file. Delete dari file-file pastu terklik pulak iklan melalui email palsu tu. Haru biru jadinya hari aku hari tu. Haih...

Maka berhati-hatilah saudara saudari sekalian. Salah klik membawa padah. Khidmat nasihat dari aku hahaha...

2 comments:

Nigina said...

i pun selalu dapat.. tensen...kan..

Wansteddy Tales said...

Nigina ~ betul... tah cmne nk block email-email spam ni. huhu