Nuffnang

Followers

Friday, July 30, 2010

FATHER FIGURE CONTEST BY ICEBOXRIVET 2010

Jemput kalian turut memeriahkan contest anjuran ICEBOXRIVET. Hari ini tarikh tutup. Maka aku perah otak memikirkan perkataan yang sesuai untuk contest ini. Aku bukan pengarang yang berjiwa puitis. Apa lagi kalau nak singkap kisah-kisah yang menyayat hati. Mungkin kelemahan aku dari segi itu. Apa pun aku rasa terpanggil untuk berkongsi rasa sementelah contest ini terasa begitu dekat di hati aku. Konsep Seorang Lelaki.

Inilah luahan hatiku dari sorot mata seorang isteri. Kalian mungkin akan ikut sama merasai perasaanku sepanjang bergelar isteri kepada suamiku, Azmi Paysal.

Tempoh perkahwinan kami baru melangkau usia lebih kurang 3 tahun. Dalam tempoh itu memanglah pelbagai ragam dan peristiwa yang bercorak dalam kehidupan kami sekeluarga. Yang manis, pahit, sedih, gembira semuanya bercampur baur. Bagaimanapun ikatan ini tetap utuh apalagi diserikan dengan 'bunga' di taman. Aliya Damia pengikat kasih. Dialah racun dialah penawar.


Kelahiran Damia membawa lebih banyak episod dalam hidup kami. Sepanjang membesarkan Damia tiada masalah besar yang kami hadapai. Sehinggalah Damia berusia 7 bulan. Ketika tu Damia baru belajar mengenal makan. Sebab sebelumnya aku berikan susu ibu secara ekslusif kepada Damia. Di sini episod duka bermula....

Ketika itu kami tak tahu Damia punya alahan pada makanan. Dan lagi Damia mengidap eczema. Kerana masalah bertindih ini, kami diuji dengan tahap kesihatan merosot Damia. Sepanjang 9 bulan aku cuti tanpa gaji. Hb pun ambil cuti jugak selama 4 bulan. Bayangkan dengan kos sara hidup yang membebankan. Walaupun gaji masih masuk. Tapi selepas tamat tempoh cuti tu kami perlu membayar semula duit yang dipakai. Ketika tu rasa dunia ni macam sempit sangat. Seolah-olah hidup dikepung kiri dan kanan. Tekanan makin bergolak dalam jiwa. Mujurlah aku punya suami yang penyabar.

Sepanjang anak sakit, suamiku yang banyak berjaga waktu malam. Bayangkan esoknya nak ke tempat kerja. Selalu jugak hb tidur sejam dua je itu pun sebab terlelap. Selebihnya masa rehat beliau digunakan untuk melayan Damia.


Hubungan anak dan ayah ni memang rapat sekali. Kadang-kadang bila kenangkan keadaan Damia waktu sakit dulu bergenang air mata aku. Rasa selamat dan punya tempat bergantung kerana punya suami yang penyayang dan baik. Aku tak dapat nak luahkan dengan kata-kata.

Candid: Hb ni penggeli orangnya. Tapi dek kerana kesiankan aku penat jaga Damia seharian. HB sanggup jugak mandikan Damia dan lakukan kerja-kerja membersih lain untuk Damia. Sekarang ni kalau bab-bab suap anak makan dan mandikan anak malah siapkan anak, aku dah boleh serahkan sepenuhnya pada hb.

Tarikh tutup penyertaan pada 30 julai 2010


10 comments:

onniey84 said...

wahh baiknya daddy mia...rajin sungguh..respek sama dia...

Sidratul Muntaha said...

hmm..
+check.
tq for joint
ekzema.
sabarlah..
daku dah pernh melaluinya selam 2 thun..
precaution is always no matter how.
alhamdulillah.
yg penting..
baju takleh campur basuh dgn benda lain
selalu mandikan
then ubat antibiotik mmg kena abiskan.
setot since umur 3 bulan dah warded masuk ubat dan sebagainya
alhamdulillah..
skunk dah kurang.

Unknown said...

good luck kak wan! damia sangat comel! :)

alinalan said...

9 bulan wan. lama tuh...
Semoga Damia, wan & hubby sihat2 sejahtera & dimurahkan rezeki selalu.

Touching & sweet la tgk gambar abah ngan Damia tuh.. good luck!

Mama Zharfan said...

cute pic yg last tu :)

Wansteddy Tales said...

oniey ~ tu la.. kdg2 akk sian gak kat dia. penat2 blk kerja uruskan umah lagi.

Wansteddy Tales said...

Sidratul Muntaha ~ betul tu. mcm2 petua org bg masa eczema damia teruk dulu. saya pn dah macam xkenal anak sendiri. habis kulitnya mengelupas macam kena celur air panas. merah sentiasa. sedih klu ingt2.

Wansteddy Tales said...

ieda ~ trimas ieda. jemputlah join sama. sempat lagi nak join ni ^^

Wansteddy Tales said...

Alin ~ trimas alin. jujurnya saya yakin betul xmenang. sebab saya xpndai olah cerita. apa yg saya tulis tu lebih pd luahan hati je. rs lepas jap rs sedih yg terbuku kat hati ni.

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ hehehe... ada yg lg best scene. tp agak sensored. nk edit kang xbest lak. pilih je la pic itu.