Nuffnang

Friday, July 30, 2010

Warehouse

Bilalah nak ada warehouse Hytex dan Poney lagi. Satu lagi jenama MIKI. Kalau borong baju Damia dua jenis ni je kegemaran aku. Nak beli waktu harga sebenar tak mampulah nak beli banyak-banyak. Koman-koman selai dua tu lepaslah beli. Tapi waktu harga borong janganlah lepaskan peluang. Rugi wo... kadang-kadang harga jatuh sampai 70% ke 80%. Best3...


Sumber google

Kalau beli waktu harga borong memang berbaloi-baloilah. Kalau beli waktu sales kat mana-mana Mall agak rugi jugak. Semalam lepak Giant Gombak, gaun T toddler RM15 lepas less. Kalau beli masa warehouse baju yang sama Rm5 saja. Untung tak untung. Sebab tu aku lebih suka tunggu je warehouse. Borong je baju 'basah' anak waktu tu.


Sumber google

Aku memang suka kenakan gaun untuk Damia. Selalunya kalau bawa berjalan gaun atau romper je baju salinan berjalan Damia. T shirt dan Seluar atau gaun mini ni kurang sesuai untuk Damia. Asyik melasak je. Kang terselak-selak nampak perut! hehe...


aku google

Kalau sesiapa tahu ada warehouse baju baby dan toddler dekat-dekat KL maklumkanlah yep. Baju Damia banyak dah yang senteng-senteng. Lama rasanya tak membeli baju untuk Damia.

4 comments:

mummy_ayu said...

ayu pun suka beli time warehouse cuma tak larat sikit sebab ramai org...

syawalsimpsons said...

purren da warehouse 7-8/08/2010 ni...kat PJ

Wansteddy Tales said...

mummy ayu ~ betul tu. nak2 brg branded cam anakku. woa... punyalah sesak ><

Wansteddy Tales said...

syawalsimpsons ~ trimas 4 d info >< dulu2 rajin gak ke warehouse pureen ni. insya'allah bkl jd destinasi pilihan ><