Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Wednesday, July 28, 2010

Won Fomca Contest!


Alhamdulillah... Setelah sekian lama menyertai contest berkaitan design-design kat website ni masuk jugak rezeki yang berkaitan. Selalunya kalau contest design blog-blog aku kerap kalah. Yang jenis vote-vote pulak asyik sipi-sipi je nak menang sebab kurang voters. Tapi kalau jenis contest berdasarkan kreativiti insya'allah adalah sikit-sikit lekat hadiah.



Tahun ini aku menang hadiah saguhati bernilai RM200 sempena menyertai pertandingan melukis poster kategori C. Sebenarnya aku yakin betul aku kalah sebab aku terlupa sertakan CD softcopy design. Tapi entah macam mana namaku tersenarai jugak dikalangan pemenang. Syukur rezeki yang dikurniakan oleh-NYA. Alhamdulillah. Mungkin design yang aku lukis tu layak menang tapi disebabkan tak memenuhi syarat dapatlah hadiah saguhati. Itupun dah lebih dari bersyukur aku ni. Memang aku yakin betul kalah untuk kategori melukis poster ni. Terharu sungguh menang hadiah ni.


Untuk pertandingan melukis kartun namaku tak bernasip baik tercalon sebagai pemenang. Tapi aku gunakan beberapa nama mewakili lukisanku. Alhamdulillah lekat dua nama. Kedua-dua nama pemenang dapat hadiah saguhati bernilai RM200. Bertuah nama mak aku dan nama kawan pejabatku Yudaz. Syukur, untuk kategori kartun aku menangi RM400. Tak macam tahun lepas, aku menangi tempat kedua dengan hadiah bernilai Rm2000 tunai. Sayang sekali tahun ni nilai hadiahnya dikurangkan disebabkan penambahan jenis contest. Antaranya contest tambahan untuk pelajar sekolah, blog dan melukis poster kategori C.

Apa pun ini antara khabar-khabar gembira buatku hari ini. Ada jugak beberapa panggilan masuk lain yang menggembirakan aku tadi. Tapi lain kalilah aku kongsikan di dalam blog. Pendek kata hari ini lekat banyak rezeki. Syukur alhamdulillah... Mudah-mudahan dimurahkan rezeki selalu. Amin...

13 comments:

Momma Mia said...

Perghh cayo lah!!! semoga rezeki lebih luar biasa baik next time & menang hadiah utama... rm200 tuh byk tu.. sronok dpt duit tuk raya

Wansteddy Tales said...

Alin ~ alhamdulillah. tahun ni dptlah duit raya RM600. syukur...

fiza said...

Congrats wan, byk gak tu rm200.

Wansteddy Tales said...

Fiza ~ trimas fiza. terasa penat lelah design tu dihargai ><

AcuRose said...

tahniah wan..
rezeki msuk mencurah2..

Ieda Al-Habsyi said...

wow! murah rezeki kak wan,tahniah :)

mama zharfan said...

byk tu cash!!! berbaloi kan join & menang contest!! congrats wan!! me tumpang hepi :)

.::Ge3bJiB::. said...

waaaaa.... congratz :)
ske tgk org menang... tp kite nk menang 1 pun sgt la susah

Wansteddy Tales said...

AcuRose ~ trimas Acu ><

Wansteddy Tales said...

Ieda ~ trimas Ieda ><

Wansteddy Tales said...

Mama Zharfan ~ Trimas... rasa terkilan gak tak dpt top 3 tapi syukur sngt2 menang 3 hadiah. okey la tu. alhamdulillah...

Wansteddy Tales said...

.::Ge3bJiB::. ~ join jugak ke? saya tiap2 thn insya'allah join. sbb minat lukis2 kartun ni. cuma suka dsgn last mnt pastu mulalah gelabah dn kering idea bila dah nk duedate! hehe

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

wahhhhhhhh
bagus2..tahniah ye..
hopefully makin murah rezeki WT ye