Sekali tu tengah aku membelek-belek baju. Datang sorang promoter pangkat kakak la dengan aku. Sembang punya sembang sebab niat nak mintak kurangkan harga. Aku pun terlebih beramah mesra la kan. Bodek kena baikkkk hahaha... Bodek begini diharuskan. Demi tujuan saving money! kukuku.... Pastu kakak tu tanya....
kakak promoter: Datang sorang je ke?
aku: Dengan suami dan anak.
kakak promoter: Eh.... dah ada anak ke? Nampak macam belum kawin je.
Situasi tu buat aku terkedu. Aku ni dah pangkat makcik-makcik dah pun. Kalau tak kawin lagi geng surau abah aku boleh je labelkan aku andartu! kehkehkeh.... Sudahnya aku happy dua kali ganda. Baju dapat turun harga. Dan happy kembang idong perasan syok sendiri disangka muda! kukuku....
Kalau tengok aku sekali imbas boleh kot kata belum kawin. Nak-nak aku ni jenis perempuan suka pakai baju T dan jeans je. Aku malas nak sarung baju kurung, kebarung mahupun kebaya. Aku malas nak jadi perempuan terlalu berfesyen. Aku tak pakai gelang dan rantai berjurai untuk tampil anggun. Dan aku malu nak kenakan pakaian unik yang berwarna-warni segala. hehe... Kesimpulannya cara aku berpakaian.... macam perempuan biasa. Plain. Boring. Dan pasti takde yang sudi mengorat hatta aku duduk sorang-sorang tanpa Damia dan ayahnya hahahaha....
Itu dari segi berpakaian. Dari segi berbual lagilah... Kadang-kadang kalau aku angkat panggilan di rumah orang sangka aku ni adik-adik aku. Lebih sedih siap ada cakap gini kat aku...
"Dik, tolong panggilkan nenek, nenek ye..."
Adakah patut dia sangka aku ni cucu mak aku? Apa? Suara aku ni ala la Doraemon ke? Aku rasa idok le pulak. Pernah terjadi kisahnya masa menginap kat hotel di Kota Kinabalu. Aku terima panggilan dari bahagian penyambut tetamu... Yang buat aku terkejut tu boleh kakak ni cakap kat aku gini....
" Dik, panggilkan mamak (mama) kamu ya... Saya mahu bercakap dengan mamak kamu... "
"Er... Sayalah tu." Aku jawab dengan blur2... al maklum aku pn confuse bila masa mak aku ikut aku kan ahahaha...
"Ha...? Oh, maaf... saya sangka kamu si anak... Maaf ya"
Keh keh keh... Aku tak tahulah nak bersangka apa. Nak tergelak pun ada, malu pun ada ko. Ha... nampak sangat suara aku ada iras-iras budak kecik. Bah... Kalau korang pernah sembang dengan aku tahulah tone suara aku macam mana. Bukan merdu pun. hehe...
Rahsianya masa kecik dulu pernah aku bercita-cita nak kerja sebagai jurualih bahasa. Ala macam dalam TV tu. Kartun-kartun dan anime Jepun ke bahasa Melayu. Masa tu aku sukaaaa amat tengok anime Daddy's long leg. Itulah timbul angan-angan tak sudah tu.
Kalau kat negara Jepun para seiyu (jurualih bahasa) ni popular mengalahkan artis tahu! Siap ada fan club masing-masing. Kalau pegang watak anime atau filem, mesti pegang watak paling best. Kadang-kadang watak lelaki atau hero hensom pun dipegang oleh perempuan. Ha.... jangan sangka seiyu ni kerja mudah. Calang-calang orang je mampu bawa watak dengan baik. Tapi yang kureng bestnya bayaran untuk seiyu ni kurang lumayan. Kecuali anda memang tahap Pro Seiyu. Celah jari je duit masuk. hehe...
Dah lama nak story pasal seiyu ni tapi asyik bertangguh je. Ni aku membebel untuk kurangkan stress je. Lagi aku semak senarai kerja agi aku serabut. Jadi, rilekskan dirimu dan diriku jua. Membebel itu best! Boleh atasi stress. Wah dah boleh jadi slogan ni. kukuku....
Satu lagi nak bebel, In Trend baru dah keluar. Part paling aku jengah majalah ni kat kolum Gaya Hidup Klik & Blog. Boleh kenal blog baru! Hey, hey... Mrs. K pun pernah masuk kolum ni tau. Glamer cik hakak sorang tu. Baby Intan pula pernah masuk majalah Pa & Ma. Best3... Pastu akan datang lebih ramai lagi kisah kenalan blogger akan dimuatkan dalam majalah tempatan. Biasa kita baca kisah mereka dalam blog je kan. Kali ni kita baca kisah mereka yang diriview oleh wartawan pulak dalam majalah. Memang best. Kadang-kadang aku selalu lupa. Bila berblog ni kita macam sejengkal je rapatnya dengan orang lain. Kita macam kenal lama dah. padahal belum sua muka bertentang empat mata. Tapi berkongsi emosi dengan kenalan blog memang best. Macam sembang rakan baik pulak.
Trimas kepada yang sudi jengah blog aku ni. Trimas pada yang sudi titipkan komen-komen. yang sudi berikan kata perangasang bila aku down. Yang selalu terbitkan kata-kata lucu bila aku bersedih. Dan yang sudi mengajak aku join contest dan giveaway walaupun dorang tahu aku ni join C & GA ikut musim. Mai musim sindrom malas berhutang piung aku dengan segala tag award dan contest. Nak menjawabnya berdikit-dikit. Tapi ada pulak tu masa nak membebel mcam ni kan? hehehe....
Aku kan suka membebel... Itulah ubat tension aku pun hehe...
9 comments:
jelesssnye awet mude ekk ok la tu..dari org panggil makcik huhu..
btol3 membebel bleh ilangkn stres,,,,ngeh3
lawanya cover intrend baru tu..me suka baca intrend sbb byk contest :p
heheh kalau sy pulak, suka anime bleach..manga pun dah baca (baca online je)..
sama naik dgn hubby kalau tgk bleach hadeh..hehehe
ok lah tu..awet muda hape..:)
nurul ~ alah nurul, org tgk saya dr dekat xdenya kata saya ni awet muda, awek muda lagilah... hahahah... kakak tu je rabun gamaknya xpn saja2 je nk manis2 mulut ambil hati customer kui3...
mrs. ecam ~ hahaha... kalau baca entry2 saya agaknya ramai yg menguap sbb feadp pnjg lebar sngt. xpuas tulis sikit2 ni, macam tak menulis je rasa.
mama zharfan ~ betul3... contest tu yg pentingnya hahaha... suziey beli magz in trend kat UK ke? saya ni jakun sket bab2 perihal luar negara ni >< (malu) tp kalau xtahu lebih baik bertanya kan. boleh timba pengalaman kawan ^^
Cat ~ ahah! peminat manga & anime jugak rupanya cat ni. kehkehkeh... sekapal la kita Cat. siap download manga lagi diriku ini tanpa silunya hahah... skrg je yg slow sket mendownload n baca online. xterfolo dah manga2 terkini.
owh, Cat... saya langsung xpercaya kalau org kata saya ni awet muda hahahha.... tp saya terima jugak kata2 tu sbg menyegarkan hari saya, ewah! kdg2 perasan diri ini muda mmg indah ><
ok la tu org ingat belum kawin or adik2 lagi..boleh perasan muda selalu...sy pun pernah kena, kuar g tgk wyg dgn hubby hari biasa amik cuti, jalan2 tgk baju, akak promoter tu boleh pandang saya atas bawah, tanya, tak pegi sekolah ke?...hahaha...kena la jawab, akak saya dah anak sorang dah...tersiput2 akak tu kata o ye ke? nampak macam budak sekolah...erkk...hahaha
Post a Comment