Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Monday, August 9, 2010

Gloomy Mood

Teddy aku merajuk


Sepatutnya sabtu ahad lepas aku isikan masa cuti dengan buat kerja-kerja design tempahan pelanggan. Tapi mood design aku jatuh merundum. Aku buka software termenung, tutup, buka CD Dora the explorer untuk Damia. Sudahnya anak dara aku duduk menampung dagu kat meja komputer dengan mata bersinar-sinar. Tak faham aku apa yang bestnya kartun Dora tu.




Itulah yang dikatakan mood, minat dan masa seorang designer. Tak boleh nak dipaksa-paksa. Kalau stress sangat silap-silap aku lukis orang lidi je. Pastu gelak kuat sorang-sorang. Memang buat kerja bodoh. Haih.... Hari ini aku masuk semula kerja dengan tekad meningkatkan meter mood aku. Harap-harap hari ini dan seterusnya lebih membawa sinar gembira dalam hati ini.




Beberapa minggu lepas aku asyik dilanda kemuraman je. Aku pun rimas. Gloomy semacam. Haih...




Dah nak masuk bulan Ramadhan, aku rasa bila syaitan-syaitan takde nanti hilanglah rasa tak tenteram ni, insya'allah...

4 comments:

tiefazatie said...

sabar sis..memang cmtue kan..kdg2 xde modd..xde idea..

mama zharfan said...

cheer up yer wan..selamat berpuasa ;)

Wansteddy Tales said...

ifa ~ haih... xsemua org boleh @ nak faham ifa :(

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ trimas suziey... selamat berpuasa jugak buat suziey dan keluarga di rantauan ><