Jom join contest JOHNSON'S® Baby 'Baby of the Year'. Seronok nak share info contest ni. Tapi aku awal-awal bagitahu, mungkin tak join. Sebab syarat untuk menang melalui sistem vote. Dan aku kurang berminat nak join contest yang bersyarat macam ni. Susah sikit nak lekat menang. hehe... Tapi jemput kalian join. Sambil-sambil beli produk Johnson's Baby tu agak rugilah kalau tak join kan. Alang-alangkan je. Mana tahu rezeki kalian pulak tahun ini.
Hadiah pertama RM15,000 cash! Hamper bernilai RM1500 dan jadi cover majalah. Anak popular ayah dan emak gembira!
Biar aku kongsikan sedikit tips nak menang. Sikit je la sebab aku pun bukan pro compers. Memang aku pengiat contest yang pelbagai. Banyak kali juga menang contest. Tapi jarang sekali menang hadiah utama hehe... Jadinya aku nak share mana yang aku tahu sahaja. Lebih baik berkongsi daripada simpan sorang-sorang.
Setahu aku cara pengadilan akhir nanti, juri akan lihat pada tahap kesihatan dan keceriaan anak anda. Tapi jujurnya aku rasa syarat paling penting anak anda mestilah nampak ceria. Sebab dulu Damia pernah menang contest Bayi Fotogenik, dan menang tempat kedua. Bagi yang sedia maklum, Damia kan ada eczema, memang nampak kat kulit ruam-ruam merahnya. Tapi mungkin kerana anak daraku itu sangat teruja dengan permainan yang banyak, dia tak kisah langsung pada orang ramai. Buat hal sendiri je. Siap tak nak turun pentas lagi.
Owh! satu lagi tips. Anak anda mestilah seorang yang kurang pemalu hehe... Macam Damia, dia ni jenis suka naik pentas. Naik sorang-sorang dia pun boleh jalan. Itu yang bikin aku confuse hehe... Kecik-kecik dah suka nampak glamer, haih...
Nak join? jemput semak websitenya kat sini:
12 comments:
Kalau contest yg sah2 kene gi KL sah2 juga takleh masuk...waaaaa
dah lama tak beli produk johnson ni sejak hadif dah meningkat remaja.. kekekeke.. kecik2 dulu rajin la sapu losyen tapi skang malas dah.. letak bedak cukup!
tapi contest ni slalu nya chinese je menang.. huhuuh
sarah confirm tak leh join sbb dia takutt ngan orang asing....
huhuhu...
e-ein xleh nak masuk lah
1. kulit e-ein tak gebu, dia ada eczema cam damia :)
2. e-ein tak bam2..kalau kita tgk, yg menang biasanye budak2 yg bulat2, gebus2...
Siti Sifir10 ~ Hehe... ada juga contest lain: peserta contest yg sanggup dtg dr Sabah Sarawak dtg KL. Saya rs kos pengangkutan dan penginapan je dah makan bnyk kos. tp kalau dah minat join contest. apa saja sanggup redah ><
Mrs.K ~ remaja? hahaha... muda belia lagi anak teruna mrs. K tu. hehe... saya ni kalau produk johnson's beli top2toe je utk damia. brg2 len xbeli dah sbb damia alergik ><
betul jugak. tp lately saya perasan ramai jugak baby melayu menang. bb melayu skrg pn ramai yg gebu2 belaka ><
Ain ~ hehe... Sarah dah tahu erti malu.
ada tu yg berani sngt xkisah langsung kena cuit kena usik. dia pulak mengusik juri hehe...
CatlinaFly ~ kalau yg johnson's ni mmg saya pn serender Cat. tp klu contest2 lain saya redahkan juga. Ada juga juri yg xkisah part kulit ni. lebih pentingkan keceriaan anak ><
pernah jugak tgk 1st winner kurus comel je bbnya tapi tarikan utama kat wajah bb yg cute tu. pd saya rezky kot kan Cat. klu dah rezeki join dgn atau tanpa rela pn klu dah tersurat menang masyuk juga hehe...
adik saya sebok suruh Dhani masuk contest ni tapi mamanye yang pemalas ni tak bergerak2 pun. closing date end of this month ke? thanks for the tips..hehe kalau2 la Dhani jadi masuk..kene pilih gamba2 yang best dulu ni..kadang2 kita rasa best tapi judges tak rasa best pun kan? Ada tips gamba camne nak tarik hati judges?
bab baby contest ni mmg takleh nak masuk lah, sbb baby dah besar huhu. Nak kena wat baby baru dulu :P..
Dbalqis ~ Jujurnya saya pn xtahu tips gambar yg boleh tambat hati juri. sebab saya pn selalu tgk contest2 pic baby ni gmbr yg dirasakan bagus pn xmenang. so pemenang bse on nasip jugak kot. tapi kalau tips nak dptkan pic anak yg bagus saya boleh kongsikan. nanti ada masa saya create entry tersebut. tp harus diberitahu. saya bukan pakar fotografi hehe... pendapat dr kaca mata designer saja.
AcuRose ~ oh ow... kilang on progress hahaha... caiyo3 Acu!
Post a Comment