Nuffnang

Followers

Sunday, August 8, 2010

Liat nak bayar HUTANG

Pernah tak korang hadapi situasi masalah dengan penghutang yang liat nak membayar hutang? Tak kisahlah jumlah yang kecil atau yang besar. Libatkan kawan-kawan atau keluarga. Kisah hutang lama atau hutang baru.

Aku tak faham dengan sikap penghutang yang liat nak membayar ni. Masa nak pinjam tu segala skil pujuk rayu digunakan. Kalau si penghutang ni ada hubungan kekeluargaan lagi menambahkan masalah. Nak jaga hati keluarga punya pasal, hulurlah jugak. Tak nak ada yang berkecil hati. Tak nak bila berjumpa lagi nanti bermasam muka. Tapi sudahnya kita yang dapat padah. Nak tuntut semula duit sendiri macam kita pulak menagih hutang.

Janji macam-macam punya janji. Bulan depan bayar penuh la. Confirm bayarlah. Dan lain-lain lagi. Tapi bila sampai waktu yang dijanjikan. Buat-buat lupa. Telifon pun dah tak diangkat. Konon-konon henset rosak. Bila kita hubungi saudara yang terdekat dengan si penghutang tu, kita pulak kena marah. Dah hilang sikap mesra. Bagai kita ni buat salah. Rupanya dah berpakat elakkan hubungan langsung antara kita dengan si penghutang. Aduh la...

Dari zaman sekolah sampai sekarang aku dah beberapa kali terkena dengan kes pinjam meminjam atas angin ni. Bila nak pinjam suara tu kalahkan Datuk Siti Nurhaliza, merdu semacam. Janji nak bayar tu sampai tahap nak buat surat hitam putihlah kononnya terikat dengan janjilah konon. Tapi sampai masa nak bayar, si penghutang cabut entah ke mana. Kalau terserempak di mana-mana jalan pun dah menyenget pandang ke arah lain. Macam kita ni ada penyakit berjangkit pulak.

Pernah terjadi satu kes 'kawan' aku ni siap buat fitnah kata aku yang pinjam duit dari dia, pastu mengelak nak bayar! Masa tu aku anginlah jugak. Ko tak nak bayar suka hati kau la. Yang buat fitnah tu apa hal pulak? Sapa yang buat salah ni? Tapi kes ni selesai jugak bila ada kawan-kawan lain yang pernah jugak terkena macam aku. Sudahnya 'kawan' tu tanggung malu sendiri. Hilang kawan satu hal. Dapat malu satu hal. Gasaklah. Aku malas nak sebut-sebut tapi alang-alang menulis ni patut jugak aku ceritakan sekali kisah masa silam aku huhu...

Pada aku kalau setakat pinjam RM10 ke RM50 tu dan liat sangat nak bayar aku halalkan sajalah. Tapi kalau cecah RM100 ke atas agak melampau la kalau nak halalkan gitu-gitu aja. Geramlah jugak.

Agaknya si penghutang ni fikir kita dapat duit ni senang-senang je kot. Duduk goyang kaki duit masuk ke dalam akaun. Hello... tolonglah fikir! Dari maa sumber duit yang korang pinjam tu. Tak fikir ke kita pun ada masalah nak pakai duit. Tak fikir ke kita ni marah bengang bila dorang tak reti-reti malu nak bayar semula. Kalau setakat lewat sebulan dua sebab nak tunggu gajilah konon, aku tak kisah. Tapi dah lewat beberapa bulan dah ni. Janji nak bayar bulan depannya mana? Tak cukup dengan tu janji nak bayar ansur-ansur. Tapi sampai sekarang habuk pun tarak!

Sesetengah orang ada yang simpan duit gaji berdikit-dikit. Sesetengah orang ada yang bagi pinjam duit pinjaman dorang dari bank. Bayangkan... dah la kita berhutang dengan bank. Nak kena bayar bunga hutang tu lagi. Yang si penghutang kita ni jangankan nak bagi bunga (aku pun tak hingin, riba tu), nak bayar hutang tu pun liat amat.

Hi.... Aku tak fahamlah bila ada manusia jenis ni. Tak reti segan ke? Boleh ek dorang hidup aman damai dibelenggu hutang yang banyak ni? Tak terfikir ke pemiutang marah-marah, entah-entah ada yang menyumpah dorang. Hu.... tak aman hidup macam tu. Tentu asyik rasa resah gelisah sepanjang masa. Kalau larat hidup macam tu, baguslah. Tapi hutang tetap hutang. Bayar tetap kena bayar. Muktamad. Alangkan orang berhutang RM0.20 pun wajib bayar apatah lagi libatkan jumlah ratus-ratus.

Kepada yang berkenaan tu.... jemputlah bayar semula hutang ek. Janganlah buat-buat tak faham pulak. Hidup ni sekali je. Kalau korang dah mati dan tak bayar hutang tu agak-agak ada tak famili korang nak tolong bayarkan hutang korang? Dah korang pun liat nak membayar, orang lain apatah lagi. Tak pasal-pasal nak tanggung hutang korang?

urm... bermasalah sungguh spesis penghutang macam ni.




8 comments:

.::Ge3bJiB::. said...

kawan sy dulu pun de cmtu... bertahun nk byr... bajet nak byr gedebuk RM35o, tp xmmpu...nth bile nk mmpu... bile sy cadang byr ansur RM10 sebulan pun liat! pergh~

tp bile sy mntk abg mintak dia byr, ada la masuk sikit..pastu senyap... (menyirap kan)...

then last skli sy kata, kawan xkawan..hutang ttp hutang. xnak byr, sy saman. hik hik hik..coz we got black n white agreement...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

jangan bagi pinjam lain kali..
kalau bagi pun bagi 1% dari yg dimintak..hehe..
padan muka

ibu_Arifa said...

tu lah kak wan.. saya pun kena jgk mcm ni dulu2.. naik segan pulak nak minta.. tp simpan jer la dlm hati.. sapa yg xnak duit kita balik kan.. kita pun ada benda nk guna duit jgk.

BabyIntan said...

Emmm...intan pon ada pengalaman mcm Wan gak and mmg masa memula nak pinjam tu mak aiii "confident" je ckp bla bla bla...lepas tu bila masanya tiba dia pulak yg "bla bla bla" dari kita...mmg sakit hati!

Pada penhutang2 sekalian...even 0.5 sen sekalipon akan di kira hutang sampai mati kalo uols tak jelaskan unless pemiutang itu "menghalalkan" ia...dan tahukah anda apa jadi pada "roh" penghutang...haa haa...kalo nak tau, sila lah tanya pak imam yg berdekatan :D

Wansteddy Tales said...

ge3bjib ~ ahah itulah dia.... klu akk tau gini pnya payah dia nk byr hutang buat jugak surat hitam putih tu hahaha.... mmg menyirap nk2 pelbagai skill digunakan nk elak byr hutang tu hahaha ><

Wansteddy Tales said...

baby ~ idea yg bagus! lepas ni boleh cuba idea yg diberi ahahaha.. kita xrugi sngt ><

Wansteddy Tales said...

min ~ itulah dia... nk ckp lebih2 kang jd gaduh, tahan je la hati. tp lama2 pendam naik berbulu gak ni huhu

Wansteddy Tales said...

Intan ~ hahahaa cekal sungguh hati dorg ni ek. time nk meminjam kemain mesra alamnya tp masa yg dah janji nk bayar semula mcm2 alasan. kes2 putar alam ni mmg menyakitkan hati huhu...