Nuffnang

Followers

Thursday, August 5, 2010

My neighbor Totoro

Pernah dengar pasal Studio Ghibli? Kalau kat barat kita biasa dengar filem-filem terkenal keluaran Walt Disney. Tapi di Jepun Studio Ghibli ni memang fenomena! Semua filem-filem yang dihasilkan memaparkan kisah-kisah unik, dekat di hati penonton dan paling best setiap lukisan dihasilkan dengan kaedah manual! Memang menakjubkan bagi sebuah filem animasi yang lazimnya memerlukan sekurang-kurangnya 20 helai mukasurat lukisan untuk 1 saat!
Watak Totoro ni dijadikan logo Studio Ghibli
Menariknya bukan aku saja yang sukakan filem-filem animasi keluaran Studio Ghibli ni. Anak aku cik Damia pun ikut teruja dan dah ketagih sama dengan filem-filem animasi ni. Antara animasi yang paling dia suka bertajuk Totoro dan Ponyo (on the Cliff by the Sea). Bayangkan kalau sampai sahaja dalam rumah dia mintak bukak DVD "Nak Toro! Nak Toro!" katanya. Baru-baru ni DVD player kat rumah pulak rosak. DVD set tu 2 keping hilang! Filem Totoro pun terkandung dalam DVD tu. Entah kemana hilangnya. Padahal hari akhir aku nampak DVD tu kat tangan cik Damia ni la. Aku tanya kat dia. Boleh buat muka blur-blur kat aku. Siap paksa lagi aku bukak DVD. Pantang dengar aku sebut citer Totoro, dan-dan tu jugak dia paksa aku tayang. haih...

Hari ni aku nak share pasal filem Totoro. Aku ada terbaca sinopsis dari majalah tempatan baru-baru ni. Kacau bilau reviewnya. Rasa bengang ada, nak tergelak pun ada. Nampak sangat tak tonton langsung filem tu tapi memandai-mandai buat sinopsis. Aduh la... koman-koman tengoklah dulu dan fahamkan. Tapi sebenarnya aku sendiri kalau tonton filem Studio Ghibli kena berulang-ulang kali tengok. Filemnya walaupun ringkas tapi rumit untuk difahami. Kita kena dalami setiap jalan cerita setiap dari satu babak ke babak lain semuanya bersangkut paut! Kreatif dan imaginatif betul team Studio Ghibli ni!
Tonari no Totoro atau tajuk alih bahasanya: My Neighbor Totoro mengisahkan tentang Satsuki Kusakabe dan Mei Kusakabe yang baru berpindah ke sebuah kampung yang agak terpencil. Rumah yang dorang masuk tu konon-kononnya berhantu. Tapi hari pertama kat rumah tu Satsuki dan Mei dapat tahu ada roh yang menjaga rumah-rumah kosong. Kat situ ada karektor habuk hitam berbulu dan bermata besar! Best betul karektor tu. Cute!
Rumah baru dorang yang kononnya berhantu
Ibu Satsuki sakit dan berubat di hospital. Rumah yang dorang duduk tu kira macam dekat sikit la dari hospital. Seterusnya suatu hari tu Mei si adik main-main kat laman rumah. Itulah pertama kali Mei terjumpa roh kucing versi kecik dan sederhana besar. Mei kejar roh-roh tu masuk ke dalam tempat tinggal Totoro.
Scene kesukaan Damia. Mei kejar roh kucing kecik! Best scene ni. Kelakar!
Dipendekkan cerita satu hari Satsuki terima telegram dari hospital yang katakan ibu dorang sakit. Satsuki yang risau ni bengang la pulak kat Mei yang asyik paksa-paksa nak jumpa mak dorang. Tapi Satsuki tak sangka pulak Mei akan ambil tindakan mengejut pergi seorang diri ke hospital. Jaraknya jauh dan jalannya boleh menyesatkan.
1st time jumpa "Rwaarrrrr....."
Pertama kali jumpa selamba je budak Mei ni panjat atas badan Totoro yang sedap2 tidur siang tu. Roh kucing kecik pun terkejut dengan keselambaan Mei ini hahaa.... Totoro ni dewa penjaga hutan. Rumah dorang dekat je dengan rmah Satsuki dan Mei. Sebab tu orang kata rumah Mei tu berhantu. Apalah...

Fav scene aku: Totoro punyalah jakun dapat payung ni. Siap bawak balik. Padahal Satsuki bagi pinjam je payung ayahnya tu. Masa ni Satsuki dan Mei tengah tunggu bapak dorang balik dari kerja.

Risaukan adiknya yang hilang, Satsuki mintak tolong dengan orang kampung untuk cari adik dia. Bila dah temui jalan buntu satu-satu harapan yang Satsuki fikir, minta tolong dengan jiran dorang, Totoro. Totorp panggil bas kucing hidup untuk bantu Satsuki cari adiknya. Jumpa la jugak dengan Mei yang sah dah sesat tu. Pastu bas tu bawak pulak dorang ke hospital jenguk mak dorang. Sebenarnya takde la serius pn sakit mak dorang tu. Saja je pihak hospital bikin gempak! haha... Akhir cerita happy ending la. Mak dorang pun balik dah ke rumah tu dan dorang masih berkawan dengan roh dewa kucing bernama Totoro dan kawan-kawan roh kucing keciknya.
Kucing belah kiri tu berperanan sebagai sebuah+seekor bas jugak

Kesimpulannya cerita ni kalau dengar cerita org je tak best. Layanlah sendiri dengan mata. Saksikan setiap permandangan indah dan muzik lembut yang menyedapkan halwa telinga. Pastu aku jamin korang pun ikut sama suka filem ni macam Damia! hehe....

No comments: