Nuffnang

Followers

Thursday, August 5, 2010

Facebook


Aku tak ingat dah berapa kali aku sebut ini. Aku tak suka Facebook. Bukan aku tak suka medium perantaraan tu. Tapi hati aku ni tak betah dengan facebook. Aku rasa nak tampar-tampar muka sendiri bila menghadap skrin komputer yang terpapar facebook sendiri. Tahap kebingungan terlampau aku rasa. Macam budak tadika mengahadap paper assignment student U. Ada boleh faham pape? Confirm confuse!


Aku dah lama tak bukan dan sign ini facebook aku. Entah berapa ramai yang kirim mesej dan entah berapa ramai yang ada add aku. Jujurnya aku tak kisah pun kalau takde kawan nak add aku sebagai kawan dalam facebook. Udah tuan punya facebook pun tak hingin nak singgah. Maka sia-sialah usaha dorang tu. Kesian jugak. Dan paling penting, sayanglah rasanya. Kat facebook kan boleh kenal lebih ramai kenalan. Boleh jumpa balik kawan-kawan lama.


Aku pun tertanya-tanya apa khabarlah kawan-kawan masa silamku? Khususnya kawan-kawan Sekolah Menengah Kerunai, Gerik Perak tahun (1995 aku tingkatan satu), Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik, Perak (1999 aku tamat tingkatan 5). Kawan-kawan student Art Design grafik UiTM Lendu, Melaka tahun 2000. Kalau aku aktif berFB mesti aku dapat kontek-kontek dorang semula kan.


Rindu la pulak... Wakakaka... apahal petang-petang gini aku bangkit rasa syahdu semacam ni? Sebab ada kawan pejabat yang pasang lagu-lagu lama kat komputer dorang. Tumpang dengarlah. Lagu-lagu zaman lewat 90-an. Jenis jiwang-jiwang. Tak berapa suka nak masuk ke telinga ni... Tapi sebabkan boleh bangkitkan kenangan silam, layan jelah. hehe...


Aku nak rehat-rehat harini. Kerja-kerja design sambung petang karang. Penat letih tension semuanya terkumpul dalam benak ni.

10 comments:

eima said...

betui tuh ...
klu berFB konfem dpt jumpe balik kwn2 lama ... cam aku nih ..hehe

aku tag ..hehe
http://eima-contest.blogspot.com/2010/08/cute-baby-contest-2010.html

Eliss said...

uitm lendu ker? last mth ke sana..isnin hr tu pi kampus bandaraya melaka :)

QuEeN Of 2 Heroes said...

mgkn interface fb x menarik cam blog kot...blog leh make up2...hehe :p

M a W a D D a H said...

rindu kwan2 lame erk..leh la on facebook...hehe

Wansteddy Tales said...

eima ~ trimas eima. nnt saya polo ><

itu yg baiknya pasal FB ni. klu berblog susah gak nak detect kawan lama. silap2 berkwn dlm alam maya jugak tp xsedar smpi ke sudah kawan lama! ahahha

Wansteddy Tales said...

elissmie ~ X student UiTM lendu gak ke elis? wawawa.... semurid la kita rupanya hahhaaha

Wansteddy Tales said...

Nadia ~ mungkin jugak. tp ye 2 pn sbb akk xreti nk cari segala mak nenek kat situ. nk kena tnya2 org. malas haih... itu yg benarnya ><

Wansteddy Tales said...

Mawaddah ~ tiap kali klik je nk sign in tutup website. tah la kenapa. xmasuk seru lagi nk berFB ni hhuhu

adianiez AIDA said...

FB ni ada baik & buruk nyer wan. up to us. sebab tu aida private kan 100% FB aida. kpd yg kenal jer hokey... yg terbaru, kes h.i.n.a j.o.h.o.r... ofismate aida tuh!

Wansteddy Tales said...

Aida ~ la ye ke? harap2 dia xhadapi tekanan sngt. dia mengandung kan? Wan baca pn dr entry blogger lain. Xbukak pn FB. Kesian pun ada. sbb tersasar bahasa je. mungkin dia xterfikir ayat lain tu pasal tulis camtu. haih...