Pernah aku ceritakan pasal isu offer free trial pasal pusat rawatan menguruskan badan ni. Kalau tak pernah baca, rujuk entry ini: Kisah pahit AKU yang harus diambil iktibar. Seperti yang aku maklumkan dalam entry tu, lepas aku 'tertipu' untuk trial pertama tu, aku akan dapat beberapa panggilan sama dari pusat rawatan berbeza.
Memang betul apa aku duga. Tak beberapa hari je lepas tu aku dapat lagi panggilan, kali ni dari pusat Tutt Tutt dan pusat Tutt Tutt... Wah! Femes hakak kau ni, panggilan masuk menderu-deru umumkan aku bertuah terpilih sebagai salah seorang peserta free trial dorang.
Dah kena kali pertama tak kan aku tak lagi serik kan. Sudahnya aku tepis je panggilan-panggilan macam tu. Tapi dorang ni masih tak serik. Agaknya selagi nama aku tak bertanda pernah masuk program dorang tak kan garis buang nama aku gamaknya. Dari yang aku dengar suara yang sama je hubungi aku tu. Aku dah tolak mentah-mentah pun masih nak memaksa lagi. Siap marah pulak kat aku kenapa tolak. Siap desak aku jawab kenapa aku tak berminat. Hendak je aku kata, "Sebab korang ni penipu!" Tapi kawalan diri aku masih kuat. Aku jawab jugaklah baik-baik. Tak nak orang kecik hati. Tak nak orang blacklist aku pulak hahahha.... Degil jugak tu. Sampai ke tengah malam hubungi aku, agak melampaulah. Aku tiba-tiba naik hangin je dengan peel dorang ni.
Sudahnya aku dah pakat dengan hb, kalau esok-esok dorang kol aku lagi, aku nak hb yang jawab. Kalau dorang tak takut dengan hb, aku nak ikut petua Eily Bionic Women jawab panggilan dorang. Aku nak kata je aku pregnant! hahahha... Gasak korang la, asyik desak-desak je fedap hakak tahu!
Selama ini panggilan masih terus masuk. Aku siap bermonolog dengan diri sendiri. Hendak je aku buat dialog macam ni kalau dorang kontek aku lagi. Kalau dorang tak reti-reti bahasa bahawasanya aku dah tak minat kat program dorang lain, aku nak cakap camni.
Saya dah join program kurus anjuran Kak Mek kampung Pulau Belayar. Khidmatnya murah, cepat, lagi mujarab. Menggunakan produk semulajadi seperti beras dan kunyit hidup serta barut. Cara-caranya: Beras digoreng kemudian ditumbuk halus bersama kunyit hidup. Lumurkan pada bahagian badan bermasalah kemudian balut dengan barut. Pasti kurus dalam masa singkat. Tiada bahan kimia! Tiada bahan pencemaran! Tiada kesan sampingan jangka pendek mahupun jangka panjang! Anda berminat? Jom join program kurus Kak Mek, pasti kurus dalam sama 1 bulan sahaja. 5 kali rawatan hanya RM30 termasuk harga beras murah dan kunyit hidup serta kain untuk lilit barut.
Boleh tak aku bagi jawapan camtu? Aku agak promoter tu confirm terduduk dengar jawapan aku. Paling tidak pun tentu dia tutup telifon dan sisihkan terus nama aku dalam senarai selama-lamanya! hahahahha.... Puas hati aku nanti.
Nantilah, lepas ni masuk lagi panggilan tak diperlukan macam ni aku nak cakap jugak. Saya sekarang dalam program lanjutan kurus Kak Mek.
Untuk pengetahuan korang, nama manja mak aku Kak Mek. Memang beliaulah yang beritahu aku petua nak kurus tu pun. Mak aku jugak cakap petua ni memang mujarab. Ketika mak aku lahirkan aku pun beliau masih ramping macam anak dara muda belia sebab amalkan petua ni.
Eh, best jugak balik kampung raya nanti gunapakai idea mak ni kan. Boleh la aku dan mak aku beraya dengan bauan segar kunyit hidup di pagi raya disamping pinggang ramping ala kerengga! hehe.... BestbestBest... membayangkannya saja dah bikin aku tergelak besar sekarang.
7 comments:
serius ke program ni??? mcm berminat jer.. hahahahaha.....
fuh...nak gelak pun ada..
tp betul gark...kadang2 tu iklan jer lebih..padahal....hampeh..
kalo penipu memang la kita serik kan.kalo tak serik tu memang carik nahas la.diorang buat call bertubi2 tu sebab nak dpt komisyen ajer.
Ema ~ ko bikin aku gelak besar sengsorg beb! hehe... program ni projek atas angin tp guna sistem piramid. klu lg bnyk ko kumpul member lg bnyk untung ko dpt. bulan2 paling koman rm1000 dlm akaun tu! ha... rugi xfolo cpt2 hahahaha... tp sndri bisnes sndri tanggung kesan n akibat hohoho... sbb proses bikin lulur tu sndri buat kan kui3...
zanna ~ pendek kata jgn percaya semua yg diiklan dan dicontestkan. temberang je lebih! hahhaahaha
eliss ~ itu la kesnya. rasa nak jerkah je sekali promoter ni bg serik nk kol kita. tp saya rs lebih baik ckp baik2. tolak dgn sopan santun. budi bahasa budaya kita. tp dah ke tahap xreti2 bahasa cm kes saya ni mula la rs hilang pertimbangan dah kui3...
hehehhe kelakar la yang last tu.. bagus juga cakap macam tu kat dorang... ni nak main paksa paksa pulak kan
Post a Comment