Terkejut aku kes seorang ahli Facebook yang menyentuh isu sensitiviti negeri Johor sampai masuk ke dalam surat khabar. Sesiapa yang mengikuti kes ini anda tahu siapa dan di mana nak cari link-link berkaitan. Tidak di blog aku ini. Cukuplah orang lain membangkitkan isu ini hari demi hari.
Ikutkan isunya mudah je. Beliau nak bergurau. Tapi betul jugak. Agak kasar. Perkara ni dah jadi pengajaran besar pada beliau agar jangan terikut-ikut dengan perasaan ketika menulis. Kata-kata yang mencetus provokasi ni memanglah boleh timbulkan salah faham dan terus jadi huru hara.
Setiap orang pernah lakukan kesilapan. Janganlah kita jatuh hukum pada orang dengan menokok tambah provokasi. Bayangkanlah kita di tempat beliau. Mengandung pulak tu. Tentu tak tenang hati. Aku kira tak perlulah tingkatkan lagi isu ini. Sementelah si pelaku dan minta maaf secara terbuka melalui facebook beliau. Maafkanlah. Mari kita berdamai.
Kalau nak kata isu hina. Macam-macam jenis hina pernah aku dengar dulu. Walaupun hanya meliputi bandar kecik tapi terasa hatilah jugak. Tapi aku hadapi semua cemuhan dengan senyuman. Kalau kita layan hati ni.... memang mengelegak marah. Sabar adalah ubat paling baik. Orang mengejek, kita diam. Jangan tambahkan bara. Silap-silap mengundang masalah kenegerian macam kes ini.
Sebagai contoh ketika mula-mula masuk kerja dulu ramai yang nak tahu aku asal dari mana. Bila aku maklumkan aku dari Gerik, Perak. ramai yang mencebik. Siap hina lagi daerah Gerik tu dengan pelbagai jenis gelaran. Al maklum sejarahnya Gerik dulu antara pusat komunis berhimpun. Atuk aku antara pejuang gerila yang berjuang menentang komunis ketika itu. Memang Gerik punya sejarah yang tersendiri. Tapi kian lama sejarah tu kian dilupakan. Tapi orang ramai lebih ramai yang suka mengungkit isu penempatan Komunis di Gerik. Hal ini memang memalukan dan lagi jelas suatu penghinaan bila semua penduduk pun dilibatkan sekali dengan pelbagai tuduhan.
Tapi disebabkan yang mengusik tu cuma cakap-cakap mulut, takdelah hitam putih yang mengesahkan sikap provokasi dorang ni kan. Selamatlah dorang. Sampai sekarang kalau aku teringat-ingat cakap-cakap dorang ni berbulu jugak hati aku. Rasa nak marah. Tapi aku tak cerita kat sesiapa. Siapa yang pernah hina aku dulu je tahu. Ada yang dah pencen pun hurm...
Sebab tu bila kes ni berbangkit hanya sebab perkataan 'hina' aku tak rasa berat sangat. Itu hanya satu perkataan. Yang aku dengar dulu lebih banyak perkataan yang lebih banyak dari 'hina' disebut-sebut.
Kredit to Pak Ngah dari blog http://azmanlin.blogspot.com/
Sekarang Gerik dah makin maju. Banyak perubahan positif menunjukkan taraf naik daerah Gerik. Aku pun pernah terfikir dulu, kalau aku tak kerja kerajaan dan kembali ke Gerik, boleh bukak bisnes printing kat Gerik. Jual dolly banyak-banyak hahhaa...
Memanglah Gerik belum ada Mc Donald, Pizza Hut, Secret Recipe, Famous Amos dan lain-lain produk femes yang ada di bandar besar. Masih belum tertubuh lagi Giant, Tesco mahupun Mydin. Tapi di Gerik sudah ada The Store dan KFC. Okey la tu kan. Orang dari Selatan atau Utara ke pantai Timur pun kalau lalu Gerik singgah jugak ke pekan Gerik. Kalau musim-musim perayaan bandar gerik pun boleh sesak dengan kenderaan. Apa ingat KL saja boleh jem? hahhaa...
Aku bangga aku dibesarkan di Gerik tempat kelahiran mak abah aku. Kalau dulu gaji seorang kerani paling tinggi pun RM400 je (gaji aku sebagai kerani cyber cafe) sekarang khabarnya gaji promoter saja dah cecah RM700! Apa lagi nak komplen. Sesungguhnya Gerik sudah maju.
6 comments:
tol tu wan...yang berlalu biarkan berlalu...makin menjadi2 plak kes ni tak macam kes arwah din beramboi ari tu...haq ni siap masuk paper lagik...harap2 Ramadhan ni kita saling bermaafan kan
ye betul tu..gerik dah maju..nur sek kat gerik dulu..teknik gerik..sekarang ni mak n apak kat lenggong..ujung minggu ni nak blk kg hehehe..nak beli ikan pekasam wat sahor n buke pose hehehe
Anje ~ kesian pulak kat dia. tentu stress. nak2 dlm FB dia pn kena hentam kan. cukup2lah. bln puasa dah ni. harap2 kes dia cpt selesai kan anje. kita yg tgk ni pn rs susah hati dia apatah lagi.
Nur eimi ~ owh yeke... sama kg la kita dulu hehe... ikan pekasam lenggong mmg femes. org KL suka tnya saya bilank import ikan pekasam ke KL lagi hehe ><
wan setuju...!! kes gurau xbertempat saje nk besarkan lg.ape slhnye tegur cr bersopan..lg satu ade page anti dia kan kt fb..dasyatnye komen batu api kat situ smpai sy tertnya2 islam kah yg mengomen ni.bygkn siap sumpah dia ssh nk banak,ade tu suh bunuh ank lam perotla,sumpah jd patungla,nk rogol la..mcm2 teruknye..admin xpantaukah komen yg mengganggu gitu.sy penah peknen..memng org peknen ni emosi.tp kite xpatut nk hentam org,tegurla dgn cr baik..-sy org pahang,org slalu ckp tmpt sy byk org asli tp sy xamik hati pun..
nurul ~ ya allah... sampai tahap tu? saya ni ada FB tp xbukak jd mmg xtau prkembangan lanjut. kwn2 je yg maklumkan sikit2. kesian dia. mmg org peknen ni sensitif skit emosi lain mcm. tp yg komen2 tu pndai kata je suruh pk sebelum tulis. dorg sendiri hamburkan kata2 yg bukan2 tu xpk jugak sblm tulis tu kan. haih... menimpa2 masalah dia. smga beliau tabah. dugaan utk dia.
saya skit xheran psl org asli ni nurul. ada org asli lebih berjaya dr anak melayu. taraf profesor lagi! my sis kerja dgn jabatan org asli. kena dgn gayanya dorg ni lebih baik dr perangai org melayu. tp iye la persepsi org ramai pd bentuk fizikal. macamlah yg mengata nurul tu perfect sngt kan hahaha...
act org yg suka mengata dan mengejek ni kategori LOSER! akal ada tp rendah tahap pemikiran. abaikan saja nurul!
Post a Comment