Mungkin entry ini akan jadi entry kontroversi dalam blog aku. Kalau ada yang bakal tersinggung atau tak puas hati. Awal-awal lagi aku nak mohon maaf ya. Aku sebenarnya nak elakkan perkara-perkara negatif dan tanggapan tak best dalam blog ini. Tapi rasanya sebagai peserta dan penganjur contest giveaway wajar aku suarakan pendapat. Entry ini khas untuk para penganjur contest. Bukan niat nak kritik cara kalian mengendalikan contest giveaway ya. Aku pun pernah dan bakal menjadi penganjur contest, jadi aku pun harus terima tempiasnya sekali. Entry adalah peringatan mudah kepada para penganjur. Kita perlu mematuhi satu syarat wajib yang seringkali dilupakan.
Hal ini sebenarnya perkara biasa yang dibebelkan dikalangan para peserta dan pemenang giveaway contest khususnya. Pengumuman dah dilakukan, tapi para pemenang tak tahu pun tentang isu kemenangan dorang. Kenapa? Kerana ada jugak penganjur yang alpa tentang tugasan semi akhir mereka sebelum proses mengambil alamat pemenang dan mengepos hadiah. Tugasan yang penting itu ialah: Maklumkan kepada pemenang terus di dalam blog mereka.
Ya aku faham kita sebagai penganjur punya HAK MUTLAK ke atas contest giveaway yang kita anjurkan. Bak kata standart "Sukati akulah! Barang aku! contest aku! nak ikut tak ikut gasak..." Perumpamaan saja.
Kita para penganjur boleh berikan pelbagai syarat kepada para peserta. Kadang-kadang ada yang berikan syarat tak munasabah menyusahkan peserta. Tapi dek kerana para peserta nak memeriahkan giveaway tersebut, terpaksa jugaklah ikut. TERPAKSA okey. Dan jangan nak tipulah kalau para peserta ni tak merungut-rungut sambil isi entry contest giveaway ni. Penat tahu. Nak memikirkan ayat bombastik lagi. Nak berikan kata-kata penghargaan lagi. Walaupun secuit ayat pun masih menggunakan khidmat perah otak. Maka para penganjur semua wajar hargai setiap titik perkataan yang dicurahkan oleh para peserta ini.
Selepas tamat tarikh contest giveaway. Pengumuman dibuat. Tapi inilah masalahnya. Ada sesetengah penganjur berikan syarat terlalu mudah. Antaranya tak mewajibkan peserta follow blog dan masukkan link blog ke dalam blog peserta. Selalunya untuk kategori giveaway dan lucky draw. Syarat ini mudah tapi boleh timbulkan masalah bila pemenang tak tahu tentang entry pengumuman pemenang tu.
Aku cuma cadangkan. Kalau boleh para penganjur semua amalkan sikap menziarahi blog para pemenang. Tak salah tinggalkan komen kat chat box pemenang dan ucapakan Tahniah atas kemenangan dorang. Cara begitu bagai kita hargai para pemenang jugak kan. Pastikan tinggalkan link entry pengumuman tersebut. Sekurang-kurangnya pemenang tahu dorang dah menang.
Janganlah harapkan para peserta ni masuk setiap hari dalam blog kita. Aku faham itu. Nak-nak kalau blog kita kurang 'inti'. Atau jenis blog tak femes macam blog aku. Yang kerap masuk pun kawan-kawan yang agak rapat je. Yang tak berapa nak bertegur sapa tu jadi silent reader pun 'kadang-kadang'. Jadinya kita kena faham. Tak semua peserta ada tabiat rajin blogwalking. Antara sebabnya mungkin kerana blogger ini sibuk. Banyak urusan kerja atau urusan belajar. Atau mungkin ada yang komputernya meragam. Masalah-masalah begini bukan semua kita tahu kecuali bila kita maklumkan dalam blog.
Adalah suatu kerugian bila pemenang tak dapat hadiah yang sebenarnya milik mereka. Nak-nak jenis hadiah ditarik balik dan ditawarkan kepada peserta lain. Aku rasa penganjur ada hak berbuat demikian. Aku pun pernah buat macam tu untuk contest pampers4free. Gara-gara pemenangnya tak dapat dihubungi. Takde email, takde chat box dan tak boleh komen di kotak komen entry. Beri masa lebih seminggu pun pemenang ini masih tidak dapat dihubungi dan tak berjaya hubungi aku dan sponsor hadiah contest tersebut. Sudahnya kami cabut nama peserta lain dan hadiah beralih arah. Sayang sekali. Mungkin sudah tersurat bukan rezeki beliau. Sampai sekarang aku masih rasa kesal sebab tak dapat berikan hadiah tersebut kepada pemenang yang asal.
Ekoran daripada kes itu, aku ambil inisiatif:
1) Pastikan komen ucapan "Tahniah" kepada para pemenang. Simple pun okey.
2) Beri masa 2 minggu paling lama untuk maklum balas dari pihak pemenang
3) Beri masa sebulan untuk pemenang yang masih belum berikan maklum balas
4) Kirimkan hadiah pada pemenang.
Kadang-kadang ada jugak pemenang yang tak dapat dihubungi macam kes aku dulu. Tapi ada jugak kategori penganjur penyabar. Kes ini berlaku jugak pada aku. Sebab aku tak tahu aku ni antara salah seorang pemenang. Bayangkan makan masa berbulan barulah aku emailkan alamat kepada penganjur. Alhamdulillah penganjur menjawab baik email aku dan kirimkan hadiah pada kadar masa terdekat! Itu suatu sikap yang wajar dicontohi oleh semua para penganjur.
Kadang-kadang kita lupa pada hal yang remeh-temeh. Tapi bila kita tarik semula rezeki orang ibarat kita tarik rezeki kita sendiri. Fikir-fikirkanlah. Anda ada gaya selaku penganjur. Dan penganjur juga perlu berhemah bukan pada tutur kata yang sopan sahaja sebaiknya pada tindak tanduk juga. Bonusnya menganjurkan contest giveaway yang disukai peserta. Anda dapat kawan baru. Mood blog anda jugak lebih berseri.
We Blog with PEACE!
29 comments:
klu pemenang tak bg detail yg lengkap cam ne ..
cam aku nih ... design dolly tak bg lagi ...
bleh ke dimaafkan ?? hukhuk
aku akan pk kan design tu sekarag juga....
boss ..mu jgn aku aku skrg ... mode pk design ... shuh..shuh...
tengah duk pikir nk wat GA n contest gak ni tp xtau bile..bior bebetul pree sbb dok suke org nunggu lama adiah haha..dulu penah doh buat alhamdullilah xdok hok merungut sbb sy mmg pentingkan kebajikan peserta.hadiah pong sy pos guna pos ekspress,pastu pastikan tnye depa dpt x adiah..ingt serbis bior tiptop bru org puas hati.
Saya yg baru sahaja memulakan GA sangat berterima kasih atas nasihat ini...
eima ~ saya bagi masa eima, dun wuri sayangnya kalau lmbt terima gift saja. Sbb ada yg bertnya bila nk dpt hadiahnya. harini myb saya pos mana2 yg dah siap dulu. kalau eima dah decide design emailkan pd saya yep ><
nurul ~ betul tu. silapnya saya anjur GA ini template design saya tak sediakan. sudahnya mkn masa jugaklah nk dsgn satu persatu. mmg lmbt risau jugak pemenang tgu lama ( marah ke ). Adoi. mmg kalau servis bagus karisma kita lebih nampak.
Nuraarin ~ sama-sama kasih. Saya publish entry tadi pn rs risau gak sebab mungkin ada yg bakal terasa hati. tp kalau tak buat entry mcm ni sampai bila kan. harap2 para penganjur pandang pd sisi positifnya dan tolak sisi negatif ><
hehe saya ucapkan tahniah dengan email... kalau tak sempat nak lawat... mommy pinky as a penganjur no dua dah pergi melawat... nge... ok tak macam tu...=) tapi saya pernah jug ajoin contest kak... ada satu contest tu...datang pun idak kat blog kita untuk tandakan yang dia dah cek entri... ades... betul2..sokong akk 120%
next GA akn lagi berhemah...
Whitey Mommy ~ itu caranya! Memang bagus sebab pemenang boleh semak email dan blog sekaligus kan. Akk kadang2 cuai jugak xmintak peserta berikan alamat email. Ada peserta yg xde chat box dan kita susah nk tglkan link. tp setiap kali kita anjurkan contest, kita belajar dari kesilapan. itu sebaik2nya. Adik pn beri inspirasi baru kat akak. Trimas!
btol2 kak..ifa pun setuju gak..walaupun ifa baru je berblogging nie..tapi agak rajin gak la ifa join contest..ifa ingat memang camtu cara die..kiranya nak tunjuk yang peserta nie alert la ngn la blog dorg..hihi
hee tapi patutnya peserta2 ni kne la alert...bkn suruh blogwalking kt page tu hari2...juz dtg time pengumuman pemenang je pon jadi...sbb ramai yang nak kan hadiah tu..kdg yg x respon tu penganjur rasa mcm diorang xnk hadiah tu...contoh hadiah saguhati...yang diorang kejar hadiah utama...sbb tula adakn cabutan ke 2...huhu...
setuju 100 pecent..tu yg masih xbrani nk buat contest/giveaway, takut xdpt jlnkan tanggungjawab, anyway tq 4 the good reminder for those who want to start their contest..eh bila nk wat contest lagi ni? ble ksari jadi sponsor lagi,hehe
Gnie ~ Hurm... mungkin jugak ><
kalau penganjur ambil lebih peranan, lebih lebih manis kan ^^'
hihi :) papepun berhemah tu mmg penting...bagus entri ni bg kesedaran pada penganjur dan bakal penganjur :) termasuklah sy...ahaks
terima kasih kasi nasihat ni..mmg betul pun per yg awak tulis tu..nur akan take noted pasal ni..
tp ada jer penganjur yg expect winner tu tau/alert psl contest result...
me pernah menang one prize (lucky draw) and me overlook..then my prize kena forfeit..cian kan...
tp salah i ler sbbtak aware and tak visit blog organizer contest tu ;)
betul tu, kita sbg pnganjur perlu maklumkan kpd pmenang berkaitan kejayaan peserta..
alhamdulillah, ms masz wat GA 1st time aritu.. masz da buat spt yg disarankan.. n mgkin kalu wat lagi lpas ni.. akan dikkalkan cara sebegitu..
bgus utk pemenang n bgus jugak utk pnganjur.. x perlu tggu lama2 utk dptkan detail pemenang.. kan..
tahniah!! n3 yg bgus n sgt berguna.
betui2 uh ...
tp buat masa nie...
semua GA ngan kontes aku menang ...
semua penganjur bgtau .. alhamdulillah ..tu pembakar semangat nk join ngan up trafik penganjur2 nih ....hehe
wans,
betul fakta2 yg disebutkan..
la ni pun ramai yg komplen pasal GA, contest ni..
kakyong pun sblm announce winner contest hari ni, dah contact via email (tak semua la) pemenangnya.. tp dah 3 hari, dia masih tak jawab email tu... huhhh.. sapa nak jawab.. so tunggu jer lah bila dia dah baca n3 tu....
btw, apa2 pun kalo tak puashati dgn penganjur ke apa ker... baik le komen ke email penganjur.. jgn ade 1 blogger ni siap tinggalkan komen jadi ANON lagi.. kutuk2 penganjur plak.. kan baik kalo antor email & tanya elok2.. kan lebih sopan.. lagipun apa tujuan buat GA.. utk saling kenal-kenalan kan..
kakyong pun ade juga hadiah yg tak sampai.. tp malas nak amik port sgt... mujur setelah agak lama, ada juga penganjur inform via email.. ingatkan burn camtu jer.. rezeki lah tu kan...
Ifa ~ betul tu ifa.
perkara itu biasa. tp bila dah diamalkan selalu dan ada yg ikut cara macam ni. format mengendalikan contest giveaway semacam utk kepentingan dah. kat sini kita kena ambil perhatian. apa tujuan kita anjurkan contest giveaway? nak up kan trafik semata2? nak tmbh kawan? nak femeskan blog sendiri? tepuk dada tnyalah selera. pendapat akk. walau mcm mana syaratnya pn, penganjur wajar ambil tindakan bijak menghargai para pemenang mereka. dorg dah susah payah join contest anjuran penganjur. inilah masanya penganjur ambil berat pulak soal kebajikan pemenang. tak susah kot. wallahulama.
btw ini juz pndt akak. cuma rs perlu bangkitkan hal yg seringkali diabaikan ><
K.sari ~ ahah! best kan kita bekerjasama dulu. pelan2 kayuh k.sari. agak pening dgn urusan kerja skrg. hadiah pn masih ada yg belum dihntar. setel masalah ni dan setel contest total visitor 20'000 tu baru plan buat contest baru. hehe >.<
nur eimi ~ trimas eimi. sy harap xde la penganjur2 berkecil hati dgn saya huhu ><
mama zharfan ~ inilah sebabnya kenapa saya beranikan diri publish entry ni. sblm ni dah lapuk dalam draf. siap ada yg dah delete. type balik simpan.
ramai jugak yg merungut. tp xnk bersuara. sy pn bnyk kali jugak alami msalah yg sama mcm suziey. nk2 jenis yg syaratnya mudah sngt. payah kita nak alert kalau kita xde list blog atau xfollow blog penganjur. kdg2 saya follow blog dan letak list pn masih tak tahu result jugak. kdg2 ada penganjur yg dah umum tp kita tak perasan entry pengumuman. mmg la consider kecuaian kita tapi... rezeki tu, sayang je.
harap2 dgn adanya extra perhatian para penganjur tentang situasi ni kebajikan pemenang lebih terjaga.
(wah macam ahli politik dah haku ><)
maszmadi ~ trimas masz. saya harap para penganjur baca entry ni pada sisi positif macam masz. bukan niat saya nk kritik cara org kendali contest. tp rsnya mmg perlu wujud satu lagi syarat yg pengajur pulak perlu patuhi. hal2 kebajikan pemenang tanggungjawab bersama: penganjur dan pemenang. ><
eima ~ alhamdulillah eima. itu tanda positif dr penganjur2 yang bijak menjaga kebajikan para pemenang. saya suka dan hormat cara begitu. kita lebih yakin nak join contest anjuran mereka pada masa akan dtg. kan ><
k.yong ~ tindakan k.yong mmg bernas! saya pn tak terfikir macam tu. email dulu barulah umum dalam entry. satu lagi cara interaksi yg bijak dr penganjur. syabas k.yong! mungkin selepas ni lebih ramai penganjur akan gunakan kaedah bijak begini.
komen2 anon memang suatu yang melemahkan smngt. sepatutnya blogger jgn ambil tindakan tak puas hati macam ni. ambil iktibar apa yg berlaku pada anon2 lain yg dikesan buat perkara macam ni. blog beliau macam dipulaukan. saya harap2 takde la anon yg kunjungi blog ini haha... kalau kunjung pun di dalam entry ini rasanya anon dr pihak penganjur la hehe...
entry ini entry pembelaan terhadap kebajikan para pemenang.
yup nasip k.yong pn mcm wan jugak. ada tu berbulan baru sy perasan result. syukur hadiahnya penganjur masih simpan dan dah selamat smpai pn kat rumah! tp ada jugak hadiah yg dah beralih arah. xpe la bukan rezeki. tp jgn kerana hal tu kita bermasam muka dgn penganjur pulak kan.
eh2 ada jugak penganjru yg bermasam muka dgn peserta contest, camno nak buat tu?! hehe
sy ada entry yg penganjur terlepas pndg..dh komen kt blog pon dia tak reply..sedih tau..dah la 1st time join contest, masih terkial2 nk penuhi syarat penganjur.
skrg mls nk join contest sbb bukan semua penganjur professional (submit entry ada due date, tp result takde plak due date..jenuh tgg..) ;)
just my 2cents
kinna ~ aduh sedihnya.... join je la mana2 GA yg senang tu Kinna. sekurang2nya kalau kalau atau kalau menang tp xdpt hadiah takle rs tension sngt sbb xgunakan khidmat perah otak sngt nk join. GA2 pn tawarkan hadiah lumayan skrg. saya join contest GA bila ada mood n ada masa je. jeles tgk kwn2 lain asyik menang je. teringin jugak nk kumpul hadiah kemenangan hahaha...
bagus ada n3 nie.. bagi Cute Mum tips n membetulkan kesilapan Cute Mum... Cute Mum ada wat link pasal n3 nie kat blog.. Harap tak marah yer... Cuma nak berkongsi dengan rakan2 lain..
Cute Mum ~ tak kisah pun >< lebih suka dgn penerimaan rakan2 blog ^^ saya pn masih belajar nk anjurkan contest & GA. sama2 kita betulkan mana yg silap dan tegur andai ada salah n silap. berdiskusi lebih bagus ><
Post a Comment