Nuffnang

Followers

Thursday, August 26, 2010

Tupai-Tupai Restaurant & Cafe @ Jalan Bukit Petaling Kuala Lumpur

Semalam dalam sejarah makan kat Tupai-tupai. Kali ni hb belanja berbuka puasa kat situ. Hidangannya secara bufet. Satu kepala RM46 sahaja. Lagi mahal dari harga header aku. hahaha... Pada aku mahal la sebab perut kecik tak dapat nak kaut makanan banyak-banyak.

gOOgle
Menariknya nak jadi rezeki sedang elok je ada tapak letak kereta kosong di kawasan dalam. Itu pun selepas penjaga parking tu tengok kitorang bawak Damia. Agaknya sesiapa takde baby ni dikurangkan kepentingan parking di dalam hehe... Masuk saja ke dalam ruang legar, kitorang disambut oleh sekor ke dua ekor tupai yang hyper aktif. Pastu ada sekor iguana yang pemalas. Nak gerak pun macam tengah sembelit je... Bestnya, macam-macam jenis lauk pauk disediakan. Sedap jugak. Tapi rugi bawa Damia, dia cuma makan nasi kosong dan ayam goreng, tapi tak habis. Nasip baik tak kena extra charges RM10. Pastu dia meratah kerepek ubi dan rambutan. Kalau bawak yang jenis kaki lantak ni memang tepat sekali. Berbaloilah dengan harga kan. Tapi baik tong aku dan tong perut hb cuma larat sekali hidangan je. Masuk lauk tambah kedua mula rasa nak muntah tu. Kesimpulannya makanan disini memang sedap.
gOOgle
Semalam memang ramai pelanggan atau memang lazimnya macam tu tak tahulah pulak aku. Satu lagi yang menarik, sempat kitorang tengok dari jauh artis Malaysia, pun ikut berbuka di Tupai-tupai ni. Antaranya Lisa Surihani, Intan Ladyana dan David teoh. Kalau ada lagi yang lain aku tak perasan dan tak kenal hehe.. Tak kenal sangat artis-artis baru ni. Aku ni kalau tengok orang bermekap tebal aku percaya dorang ni artis le kui3... Siap aku hantar sms kat kawan aku maklumkan Lisa datang ke Tupai-tupai harini. Tapi dia awal-awal dah tahu dari facebook Lisa. Wah.. memang peminat tegar Lisa betul ko ni! Malangnya aku takde kamera. Kalau ada pun aku tak minat nak bergambar dengan artis. Rasa segan pulak nak mintak bergambar.


gOOgle

Alamat Tupai-tupai:
551A Jalan Bukit Petaling, Kuala Lumpur 50460, Malaysia
+603 2143 2525

8 comments:

::Kak Sambal:: said...

wahhh syoknyer, tahniah menang giveaway tote bag

Mama Zharfan said...

best tu mkn kat tupai2..nanti me nak try gak lah :)

edane said...

tupai-tupai boleh la tahan...sebelah opis ai.. lunch selalu gak pegi... tp selalunya full..

QuEeN Of 2 Heroes said...

pernah dengar restoran nih..lom cuba lg... :)

Wansteddy Tales said...

MamaLyna ~ trimas maklumkan tentang hadiah Tote Boutique MamaLyna >< Syukur alhamdulillah, rezeki bulan ramadhan ^^

Wansteddy Tales said...

Mama Zharfan ~ Best jugak. Sebab paling best nmpk nostalgia kampung. staff pun layan bagus2 belaka ><

Wansteddy Tales said...

etiey erywan ~ ye ke... senang nak pergi lunch hari2. sedap jugak masakannya kan ><

Wansteddy Tales said...

Nadia ~ Jom Nadia, memang berbaloi kalau mahal dengan pelbagai rasa macam kat Tupai2. yg penting staff layan okey. kalau menyombong masak sedap, murah pun akk tetap kalau tak sedap! hehe...