Nuffnang

Saturday, September 25, 2010

Dutch Lady "Sebarkan Kebaikan Susu" Result Contest

Siapa yang join contest ni mesti tertunggu-tunggu keputusannya. Aku sendiri kalau secara tak sengaja masuk laman web Dutch Lady memang tak tahu pun keputusannya dah diumumkan. Walaupun aku cuma hantar dua keping borang je, aku nak ambil tahu jugak siapakah gerangan pemenang bertuahnya. Mungkin terselit mana-mana kenalan aku. Al maklum ketika contest ni berlangsung masing-masing bersemangat waja kumpul borang banyak-banyak.

Aku yakin betul tak mampu menang untuk contest ni. Pertama sebab tips nak menang contest sebegini kena hantar borang banyak-banyak beserta barkod produk Dutch Lady. Anakanda aku memang tak minum susu, jadi aku malas nak membazir beli produk yang tak memberi hasil kepada keluarga. Nak perabihkan susu 6 kotak tu pun aku dah sebal tekak hahaha... Walaupun aku suka susu tak boleh nak perabih dalam satu-satu masa. Cepat muak.

Tahniah kepada pemenang. Keputusannya boleh rujuk di bawah. Keputusan penuhnya aku tak pasti, rujuklah laman web Ducth Lady. Aku semak senarai pemenang utama je. Siapa yang menang banglow tu ye? Best betul kalau aku yang dapat.... wa..... Tak salah berangan hehe...

9 comments:

mama zharfan said...

ni based on highest purchase ke wan? tak de plak nama raja highest purchase ie chee hin kiat..or may be dia menang banglo ker?

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ tak pasti jugak, ada kemungkinan jugak kena beli bnyk sbb klu lucky draw ni kan guna strategi nak menang hehe... nama pemenang banglo tu xde lagi, confuse jugak ><

Em's Family said...

Name Madinah tu macam familiar lah untuk Mira.. siape lah bertuah dapat banglo tu, actualy kalau nak menang bende macam ni, kalau mase student dulu boleh pakse2 orang beli kan.. kalau kite susah sikit.. (if based on highest purchase lah)

mama tisya said...

best la pd pemenang..kita aritu penat gk kumpul barcod alih2 time nk antar tgk2 ilang plak tktau saper yg amik buang...dh la byk...tkde rezeki nk antar...sebab mmg tisya minum susu ni....huuhuhuhuh

sue said...

Hahahaha..sue pun ada juga ikut contest ni..Dah ada pemenang pun..kita tak der rezeki kita la ni..hehhehee

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

amana minum dutch lady sekarang tapi tak pulak hantar
sejak2 tgok referer selalu menang saya pun dah mula hantar penyertaan utk macam2 contest kat magzine pun masuk.. seronokkan? macam kepuasan bila menang

Wansteddy Tales said...

Em's Family ~ kalau kaki comper mesti kenali geng2 comper jugak hehe... saya ni kenal dua tiga nama je sbb xde link sngt dgn pro comper >< saya pn rs contest ni base on highest purchase. kalau base pada lucky draw kesian jugaklah pada yang hantar lebih 100 borang. banyak tu pelaburannya ><

Wansteddy Tales said...

mama tisya ~ sayang sangat >< takpe, lain kali boleh cuba lagi. saya kalau tahu ada company anjurkan contest jenis kumpul2 barkod ni simpan je walaupn contest xde, dgn harapan esok2 ada lg contest anjuran dorg leh join bnyk2 hehe.. setakat ni buat kat barkod mamypoko je ><

Wansteddy Tales said...

sue ~ takpe sue, cuba lagi. insya'allah kan masuk rezeki sue jugak. kalau contest base on highest purchase mmg payah sikit nak saing dgn comper lain (yg jenis berduit) huhu... kalau jenis lucky draw silang jari je la hehe