Nuffnang

Followers

Friday, September 24, 2010

Won Gempakstarz contest!

Dah lama tak menang hadiah dari Gempakstarz. Aku pun dah slow sikit baca majalah kegemaran aku ni. Jujurnya aku kesuntukan masa nak baca majalah-majalah yang aku beli. Kadang tu lepas isi borang contest, hantar dan menang, isi bukunya pun belum tentu habis aku baca. Aku selak-selak je mana kisah menarik, lain-lain aku rancang baca kemudian...

Majalah keluaran Gempakstarz aku baca sejak isu pertama ia dikeluarkan dengan Mat Gempak sebagai ikon majalahnya. Memang superb! Aku sampai sekarang sukakan karektor lukisan Apoh dan Kutu kartunis awal team Gempak....

Bila bertangguh tu ada yang makan bulan. Masa nak susun buku ke rak buku lama... baru terhegeh-hegeh baca entry lama hehe... Tapi sekarang aku sedaya mungkin baca hampir seluruh isi kandungan majalah tiap kali beli. Supaya aku tak ketinggalan maklumat terkini. Dek kerana itu masa nak baca komik pun kian terhad. Agak lama jugak aku tak membeli majalah Gempak ni. Tau-tau bila aku periksa tong surat tadi, aku terima sampul surat dari Gempakstarz dengan dua pas wayang percuma! Rezeki betul... Alhamdulillah... Ada sapa-sapa nak dating dengan aku? muahahhaaaa....

Trimas pada warga Gempakstarz yang masih ingat kat aku. Sayang korang hingga ke sekian kalinya. Dan untuk pengetahuan kalian, perkataan trimas aku petik dari kata-kata kenalan warga Gempakstarz. Merekalah yang ciptakan perkataan ini (aku rasa) Dan perkataan ini terus popular hingga kini. Trimas bermaksud terima kasih...

Terima kasih Gempakstarz!

2 comments:

Mawar Merah said...

Huhu. Jmp gak org len yg suke bc komik ni. Yes, I love to read Gempakstarz too. But, semenjak dah keje, udah tak bli komik ni. But my lil' sis suke bc. So when balik rumh parents, mesti singgah bilik dia tumpang baca. (^.^)

Wansteddy Tales said...

mawar merah ~ suka segalanya pasal manga, komik & anime. rak almari penuh dgn segala manga sampai abah saya bakar senyap2 habis. pastu saya kumpul balik sbb minat hahaha... skrg je dah xlarat nk beli ><