Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Thursday, September 2, 2010

Header 1Malaysia


Saja gatal tangan ubahsuai header. Bagi yang macam pernah nampak font 1Malaysia dihiaskan dengan warna warni setiap negeri di Malaysia ni, jangan pelik. Ye... memang font 1Malaysia ni pernah dipaparkan sebagai bahan publisiti. Rekabentuk asal bahan publisiti tu tak bolehlah aku paparkan kat sini.

Untuk pengetahuan kalian, aku yang rekacipta. Ini antara jenis kerja aku kat pejabat ni. Tak tahulah kalau ada pereka lain yang mengubahsuai rekabentuk yang sama sebab seingat aku setiap huruf dan warna tu disusun secara manual. Memang aku suka perincian halus. jadi aku tak puas hati buat kerja cincai.

Terbaru aku kena rekacipta brochure berhias. Masalahnya aku tak rela sebenarnya nak paparkan dolly aku untuk kerja-kerja pejabat. Sekian lama aku simpan produk aku ni untuk tujuan peribadi. Tapi entahkan kat mana kantoinya my boz mintak aku rekabentuk dolly aku sekali dalam bahan publisiti..... Selalunya kerja-kerja ilustrasi kartun ni diserahkan kat kawan aku yang sorang lain ni. Beliau memang cekap bab kartun. Pernah bekerja sebagai kartunis bakas melukis beliau memang bukan calang-calang. Dan aku pun menuntut ilmu melukis jugak dari beliau.

Sedang dalam mode berehat sebenarnya. Aku rasa letih pulak hari ni. Sebab serabut dengan tugasan yang baru. Orang lain beria nak balik kampung. Mula isnin depan masing-masing tinggalkan meja kerja. Yang aku pulak kena siapkan kerja ni. haih... Memang tak best.

10 comments:

eus said...

kite same.... sdey sgt!!! huuhuuu...

AcuRose said...

berkat gatal2 tgn wan tue.. mmg menarik lah hasailnye. No.1 mewakili semer negeri.. bagus nih..santekk!

mummy_ayu said...

tuka header lagi..so creative la awak nie..cantik lak tu..suka!!

Yan said...

salam kenal..

ermm rasenye tak penah lg nampak word 1 malaysia dgn warna warni name negeri tu...

nice job

Wansteddy Tales said...

eus ~ yup itulah theme nya... perpaduan ><

Wansteddy Tales said...

acurose ~ nk siapkan projek 1 tu makan masa sehari sbb wan pk konsep main2 font kaler last2 pilih dsgn ni. KP suka saya senang hati, berbaloi pk konsep lama2 ><

Wansteddy Tales said...

mummy ayu ~ tu kerja org xde idea nk buat apa >< saja2 gtl tgn hehe

Wansteddy Tales said...

Yan ~ hehe projek ni baru masuk universiti sbb target tuk student. myb akan dibuka seluruh malaysia kalau jd. tp layout design xsama. design pennant dan poster jabatan ><

adianiez AIDA said...

memang kreatif la wan.
aida? buta IT sungguh!!!

Wansteddy Tales said...

Aida ~ kalau diasah bakat Aida mesti superb design aida boleh hasilkan ><