Susah takde kamera ni. Berapa kali dah aku merungut. Nak beli tak beli. Banyak sangat fikir sudahnya tak beli sampai sekarang. Sebenarnya kami ada betulkan kamera lama yang rosak sebab lens kat Canon. Tapi harga nak betulkan yang rosak tu RM200++ lebih kurang je aku ambil kamera sama fungsi yang baru! Sampai sekarang kamera tu masih kekal kat Canon. Kamera digital tu guna bateri AA. Memang parak (bak kata orang Gerik) bateri. Aku pun tak suka nak gunakan kamera digital lama ni. Pixel gambarnya pecah tak cantik. Lagipun kamera tu gemuk sikit dari kamera aku yang baru rosak ni.
Kamera lama aku macam ni la.
Teringat ketika mula-mula beli kamera tu. Harganya RM600++ aku beli kat PC fair KLCC. Waktu tu beria aku beli sebab nak balik kampung sambut majlis perkahwinan abang. Kemudian beli pulak kamera digital powershot Canon. Siri yang aku beli tu dah tak wujud lagi. Tapi mula-mula beli dulu harganya dalam RM1000. Sekarang siri yang lebih baru pun ada yang berharga RM600++ sahaja. Teknologi dah makin canggih. Harga barang-barang elektronik pun kian murah. Tapi jangan sampai tertipu beli produk tiruan sudahlah. Memang la sekarang ni produk tiruan pun kemain lagi hebatnya setara produk original. Tapi pakai dalam seminggu dua kamera dah 'kong'.
Rancangan terkini aku masih terkial-kial sama ada nak beli DSLR atau kamera digital jugak. Aku dah biasa dengan kamera digital. Aku tak suka sangat DSLR sebab body dia dabak besar. Nak hangkut kulu kilir menyusahkan. Kalau sumbat dalam beg menyendatkan. Kalau sangkut kat leher memang ada gaya, tapi aku tak suka. Lagi pun aku tak pandai bermain dengan ISO segala mak nenek yang jurukamera suka bincangkan tu.
Tapi.... kalau beli kamera digital sampai bila aku nak pendam angan-angan ambil gambar dengan DSLR kan... Fungsi kamera digital walaupun ada yang semakin canggih dan hampir menyamai fungsi DSLR, tapi tak mampu nak capai keaslian gambar DSLR la kan. Memang buat serba salah.
Cumanya nekad aku memang begini. Kalau beli DSLR aku rembat jenama NIKON. Kalau kamera digital aku rembat CANON. Masalahnya yang mana satu? Jangan kata suruh beli dua-dua... Sengkek la hakak....
18 comments:
YUP..DSLR idaman semua org..gambo superbb behhh..buleh mnjanakan pndapatan gak.sy pon suke sebab sy suke amik gamboooo...tp nk beli kene pikr delapan belas juta kalii..tp nk gak xde ke jual stail bayo cam main kutu tu..no interest laa
beli la DSLR kak :D
susahnya nak wat pilihan kan..pd pendapat eija kalo ade budget lebih..better rembat DSLR jerk..sbb mmg dh conform kualitinya..tp kalo just utk suka2 jerk jnji ade camera digital pun ok la drpd xde.
mcm eija ni mmg x bleh idop kalo xde camera ..mmg camera simpan jerk dlm handbag..tp eija pakai camera lumix jerk..n DSLR mmg impian eija nak memilikinya..masalahnya skrg budget jerk..huhu..
Nak info ttg kamera DSLR. Klik sini,ada byk ifo psl fotografi
http://miorshahril01.blogspot.com/
hehehe...
beli sony! hehe muka tak malu mempromote. tapi secara seriusnye, sony NEX-5 (agak baru) agak tempting lah. macam compact camera tapi boleh tukar2 lens cam DSLR. tapi....
harga dia memang tak masuk akal lah @_@
http://www.sony.com.my/product/nex-5a
mana2 pun ok wan heheh camera penting dlm hidup seorg blogger :)
wahhh...syok2, nak rembat dslr nie...cepat pikir wan, ai tak tau..ai pun pakai canon digital yang dedulu yang besar tue..
nurul ~ kita punya angan2 yg sama >< klu nurul bagus guna DSLR utk produk nurul. kalau bayar ansur ni susah sikit kot... tmbh 2 kali gnda nk bayarnya. baik simpan berdikit2 pastu beli sekelepuk, dpt.
mrs. Fiza ~ voters kedua untuk DSLR ~ take note >< hehe
Eija Zaquan ~ tu la, saya pn pkalang2 je beli la terus DSLR. nnt klu rembt digital bila dah teringin amat DSLR bujet dah menyimpang jauh (xmampu beli dah). saya suka digital sbb senang nk angkut ><
suhana shahril ~ trimas sharing info Suhana >< boleh buat jejak info pasni ^^
kusut ~ owh.. maklumat baru. saya selau dicadangkan produk NIKON & CANON je selama ni. boleh la kalau nk surf info baru trimas share maklumat.
mama Zharfan ~ tepat sekali ><
mamaLyna ~ janji ada. saya ni pakai kamera henset cabuk. bila malam langsung tak nmpk muka huhu.... sedih.
sori ter double-post comment awal2 tadik
sama2.. and no probs share info ^^
kusut ~ takpe, saya pn xperasan waktu moderate komen td ><
DSLR memang cantik dan bergaya... En Suami pakai Nikon...
Tapi Cute Mum lagi suka pakai LUMIX... Senang nak bawa ke mana2...
Post a Comment