Nuffnang

Followers

Friday, September 3, 2010

Bulan puasa barulah aku aktif MEMASAK


Aku nak tulis panjang-panjang tapi tiap patah perkataan yang mula berkarang dalam kepala ni luput tiap kali aku tekan keyborad. Adakah misi berblog aku mula menipis? Dah jadi satu kewajipan aku rasa untuk berblog. Sehari tak berblog rasa tension je, kemaruk betul. Tapi bila nak menulis pastu jadi hilang punca macam ni mulalah rasa tak senang duduk. Bagi kaki bebel yang tak dapat keluarkan bebelannya melalui blog, memang buat aku rasa terseksa.

Semalam hb dah pergi outstation ke Pahang. Rancangnya nak balik ahad ni. Tapi stok kat rumah dah banyak habis. Nampaknya misi balik rumah harini kenalah lebih cepat dari biasa. Beli saja stok makanan kat kedai runcit. Dah dua hari aku lewat masak lauk berbuka. Bayangkan sampai rumah sekitar jam 6 ke 6.30 petang. Nak masak segala mak nenek bukannya sekejap je kan. nak-nak spesis jarang masak macam aku. Bab-bab kecekapan di dapur memang tahap perpuluhan negatif 19 haha.... Azan dah berbunyi dapur masih berasap. Sudahnya minum air, sambung masak sampai siap, solat magrib, barulah berbuka. Sedih sekali.

Nasip baik ada adik aku tolong jagakan Damia. Kalau tidak, lagi susah hati. Semalam adik aku datang lambat. Sudahnya aku mintak tolong pengasuh Damia bawa Damia balik. Aku sibuk menyingsing lengan baju main masak2. Dan nasip baiklah Damia tak meragam. Selalunya dia tak boleh tengok aku kat dapur. Mesti nak mengecah jugak. Tapi handalnya anak dara aku ni, pergi je kat ruang tamu habis segenap ruang diselongkar termasuk barang-barang dari dalam bilik dia hangkut bawa keluar sekali. Adu duuuuu... Penat mak ko ni tak habis-habis nakkkkk..... Ko sibuk memunggah pulakkk....

Kalaulah aku balik P1 bolehlah gerak pukul 4petang. Masalahnya aku ambil P3 kenalah balik jam 5.00petang. Disebabkan jabatan dah beri kelonggaran kepada setiap staf pulang ke rumah awal 1/2 jam, jimat masa balik. Tapi kena ganti dengan waktu rehat la. Rehat 1/2 jam untuk solat dah memadaikan. Janganlah bantai tidur 1/2 jam lagi tu hehe...

Gigih aku nak cari resipi baru dan masak untuk berbuka nanti. Aku tak suka lauk pauk bazar Ramadhan. Bukanlah kerana lauknya tak sedap walaupun itu salah satu isunya. Tapi sebab kebanyakan lauknya dah tak elok dimakan. Bayangkan masakan tu dari awal pagi dorang masak, kemudian hidang pulak secara terbuka berjam-jam lamanya. Ada yang terdedah pada lalat, hujan. Ada yang dah basi! Lebih tak best, mahal giler.

Pernah sekali aku nak beli lauk daging masak rendang. Kes ni pada 1Ramadhan lalu dekat bazar berhampiran rumah. Aku tanyalah nak kira macam mana. Penjual tu (warga Indon) kata seketul daging RM2.50. Seketul! Bukan sepiring. Bab tu aje buat hati aku mengelegak di petang ramadhan. Nak-nak hari pertama puasa memanglah rasa lapar tu melebih-lebihkan hehe... Aku tak cakap apa, terus pergi je dari meja tu. Sampai sekarang kalau aku pergi bazar Ramadhan hanya untuk beli kuih dan air cendol, aku tak kan jejak sekitar meja penjual daging mahal tu. Buang masa aku jengah meja dorang kalau dah confirm tahu mahalnya jualan dorang. Banyak lagi meja lain yang jual dengan harga lebih berpatutan dan mungkin lebih sedap.

Keduanya kenapa aku tak yakin nak beli kat warga Indon ni sebab tak pasti tentang agama dorang. Pernah sekali aku nampak pekerja restoren yang selalu hb tapau makanan, makan dengan selamba kat luar restoren. Laluan belakang tu memang tempat lepak dorang. Bila dia perasan aku perhatikan dia, cepat-cepat dia sorok ayam goreng buat-buat bersembang dengan rakan sebelah. Adoi! Dah la kamu tu lelaki, makan di tempat terbuka, waktu petang pulak tu. Tak reti malu ke? Kalau nak ponteng puasa pun agak-agaklah. Soroklah sikit. Makan dalam kedai ke. Bawah meja ke.

Waktu aku cuti berpuasa dulu pun sanggup tahan lapar. Tunggu semua manusia takde kat pejabat ni baru bedal makan sorok-sorok. Walaupun kaum perempuan punya kekecualian pada waktu tertentu untuk berpuasa, kena tahu juga adab makan ketika di bulan puasa. Janganlah waktu siang makan sedap-sedap depan khalayak ramai kan.

Dalam dok kata takde idea nak membebel terlanjur kata pulak aku hari ni. hahhaa... Sambung kerja.


4 comments:

adianiez AIDA said...

aida pun tak beli lauk kat param. 1 - mahal... 2 - tak sedap... 3 - ditakuti basi!!!
kuih pun jarang da beli. pun tak sedap...
tapi, diri ku tak dpt masak tiap hari utk hubby & anak2. sedih!!!!!!!!!!!!!!!

Mama Zharfan said...

me setuju dgn wan bab2 indon jual mknan tu..me seboleh mungkin tak beli kalau indon yg jual :p

Wansteddy Tales said...

adianiez AIDA ~ betul semuanya... mmg xsuka lauk tunjuk2 ni. xmasuk ke tekak. amsuk pn terus laluan ke perut malas nk kunyah2. nikmat makan mcm xde dah hahaa

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ kita xtau status dorg kan. hrp muka je mcm melayu tp tah2 non muslim. haih... klu masak bersih xpe, tp.... fhm2 je la :(