Nuffnang

Followers

Wednesday, September 8, 2010

Jom BALIK KAMPUNG

Semalam lepas kerja aku berjalan ke SOGO. Hb jemput adik dan Damia kat rumah. Terpaksalah hakak sorang ni jalan kaki ke SOGO. Dah la aku hangkut kuih raya berbalang-balang dalam paperbag. Berat wo... Abang dengan hb pulak time aku nak melintas tu la sibuk kontek-kontek aku. Nasip baiklah tak berlaku kejadian tak diingini. Kalau tak ada yang kemik dengan bungkusan kuih raya kat tangan wuwu... sadis nak membayangkannya.


Berbuka di Manhattan Seafood. Beli makanan yang boleh share 4 orang. Kami berenam tak mampu nak habiskan. Damia dan Adik Azra, anak dara bang memang tak melantak seafood ni. Tengok tray yang masih berbaki... sayang je rasa. Tapi nak habiskan tak cukup tong perut. Lepas tu kami hantar abang nak KTM kat KL Sentral. Waktu perjalanan delay setengah jam. Anak-anak dah puas bermain dekat ruang menunggu. Kitorang dari berdiri, duduk bersila atas lantai. Penat betul menunggu lama. Akhirnya jam 10.45 malam barulah kereta api bergerak hala ke utara. Bye bye abang's family... nanti kita jumpa kat kampung semula. Hadiah hari jadi Azra lupa nak serahkan sebab tertinggal kat rumah. Apakah... baru-baru asyik serabut kepala kejadian lupa-lupa ni kerapkali terjadi haih...


Isnin lepas aku dah redeem hamper AVON kat syarikat Blu Inc. Dekat je tapi hala nak pergi dan balik jalan sesak teruk. Sudahnya kereta kami hampir bertemu kereta depan. Nasip baiklah tak jadi apa-apa. Kalau tidak terbang fulus nak bayar ganti rugi huhu... Hamper Avon terdiri dari 5batang gincu Smooth Minerals Avon dan dua set minyak wangi WindScape for Her & Him. Alhamdulillah... jimat duit raya dari beli perfume untuk hb hahaha... Gincu ni bolehlah bahagi kat keluarga mana yang berminat. Kalau nenek aku kepingin pun aku bagi jugak. Yang kaler merah menyala kalau ada hahaha.... Tak pasal-pasal sembahyang sunat Aidilfitri nenek aku bersolek sakan bergincu bagai. Bayangkan saja dah buat aku tersedak nak gelak besar hohoho...



Rancangnya nak balik kampung hari ini. Doakan keselamatan kami sekeluarga supaya selamat tiba ke destinasi yep. Kepada semua warga blogger pengunjung blog ini khususnya... Dengan rendah diri dan penuh ikhlasnya aku mohon ampun maaf andai sepanjang bebelanku di blog pernah mengundang rasa marah, terasa hati atau sedih di hati kalian. Mungkin bait kataku secara tidak sengaja mengusik hati dan perasaan kalian. Mohon maaf setulus hati.

Semoga Syawal nanti dapatlah kita raikan dengan penuh kegembiraan demi meraikan kemenangan sebulan berpuasa. (Aku cuti 8 hari). Keseronokan berpuasa dah tiba ke penghujungnya. Harap-harap kita dipanjangkan usia dan berkesempatan untuk bertemu lagi Ramadhan pada tahun hadapan... Insya'allah...

6 comments:

Unknown said...

selamat pulang ke kampung wan! hati2 di jalan raya tau.

mummy_ayu said...

selamat balik kg..semoga semuanya selamat...selamat hari raya!!!

AcuRose said...

uish..asik nak tersondol je tu wan. berhati2 ok. Selamat balik kpg dan selamat hari raya utk wan sekeluarga, smuge bergembira di hari lebaran ini :)

Wansteddy Tales said...

Chugie ~ trimas chugie >< Selamat Hari Raya buat Chugie sekeluarga...

Wansteddy Tales said...

mummy ayu ~ Trimas >< alhamdulillah dah masuk hari kedua beraya ><

Wansteddy Tales said...

Acurose ~ Trimas acu... paksa hadkan masa nk online, bz beraya & xde masa nk bukan komputer hehe