Agak parah hari ini. Mulanya aku sangka kerja aku dah ringan. Sebab baru terima tugasan ni jumaat lepas. Rupanya setelah diberi penerangan terperinci, kerja tu babitkan 3 + 1design. Wah wah wah.... itu kategori gelak dalam tangisan. Kuciwa sebenarnya. Baru rasa nak berlenggang kangkung ke pejabat dan bergoyang kaki rehatkan tulang.
Aku teringin betul berblog panjang lebar. Tapi aku kekeringan idea karang ayat. padahal kepala aku sarat dengan macam-macam topik yang dah lama aku rancang nak tulis. Pendek kata yang merepek-repek yang santai-santai saja. Bila aku nak berblog kerja memanggil-manggil. Bila aku hadap kerja blog pulak buat aku susah hati resah gelisah sebab belum update. Teruk betul.
Cukuplah yang ini, aku nak rehat-rehat jap lagi aku sambung lagi cerita yang mula luput dalam kepala.
No comments:
Post a Comment