Nuffnang

Followers

Tuesday, September 28, 2010

Lipice online contest

Baru-baru ni kegilaan baru aku join contest game online ni. Dah lama sungguh aku tak sentuh game komputer ni. Pertama sebab fokus sangat pada kerja dan lebihkan blogging dari menghadap game pc. Kalau dulu segala jenis game interactive aku sanggup download. Kalau gamenya menarik aku beli kat kedai game untuk main full version.
Antara game kegemaran aku siri Dinner Dash, Siri Harry Potter, Siri The Sims 2 dan lain-lain lagi. Sejak aku ditukarkan dengan komputer baru sebab mengikut kontrak, dan komputer baru ni sungguh la lemahnya dari segi grafik kadnya, nak tak nak tak dapatlah install The Sims 2 dalam komputer ni. bagus jugak. Kalau dah menghadap game langsung tak jalan kerja-kerja aku nanti hohoho.... Aku lebih suka game The Sims 2 dari The Sims 3 sebab senang nak kontrol haha...Korang dah main game online Lipice ni? aku dah jemput beberapa rakan sertainya sekali. Memang best! Sekarang secara purata aku dalam kedudukan ke 40. Tapi nak kalahkan markah sendiri asyik tak lepas je. Payah jugak nak naikkan markah lagi. Nak-nak kalau terkantoi beberapa step.
Tips nak dapatkan markah tinggi untuk game ini:

1) Pastikan korang tukar dan klik icon tongkat baik dan tongkat nakal pada icon bubble baik @ nakal yang tepat.
2) Kalau terperasan icon tanda seru atas kepala keluarga Amber, cepat-cepat klik habis icon nakal.

3) Pastikan stage pertama korang klik penuh semua icon tanpa miss satu pun. Ini kira markah bonus sebab stage ni lebih mudah dan perlahan.

4) Dapatkan sebanyak mungkin icon lipice. Kalau boleh jangan miss satu pun. Sebab markah icon lipice 1000. Membantu tambah markah keseluruhan.

5) Pastikan klik habis icon nakal walaupun banyak icon-icon baik lain terpapar dalam skrin. Kalau lambat klik icon nakal nanti keluarga Amber perasan korang berangan hahaha...

6) Kalau boleh jangan terkantoi sekalipun dalam semua stage, membantu xtra markah dengan extra masa. Kalau kena marah rugi masa untuk seluruh game ni.

Nak cuba game ni? klik kat sini: http://www.lipice.com.my/fbapps/?s=contest

Bagi yang dah dijemput oleh aku, jemputlah main game ni. Memang best! Untuk lepaskan tekanan klik-klik. Jangan ketagih sudahlah ye hehe... Selamat Berjaya!

12 comments:

Karisma Izzah said...

jemput2...

saya pun nak try main la...

Karisma Izzah said...

nya nak dapat marks....

Cute MuM said...

memang best pon game nie...

Cute Mum memang hantu game.. cuma sekarang slow sikit sebab byk abiskan masa dengan Dania..

sue said...

Wooo..jgn dibuat..mau ketagih tau main2 game ni..Sampaikan lappy asyik masuk kedai ja..Baru2 nih kena tukar grafik card..terbakar katanya..Ya la kot..hehehhehe

Wansteddy Tales said...

izzatul iman ~ best ni mmg jd ketagih dah hehe.. xpe lama2 dah expert dgn icon msti high score!

Wansteddy Tales said...

cute mum ~ aah rate cute mum pn mmg tinggi setakat ni. saya pn join bila tension dgn keje je. stop jap release tension hehe

Wansteddy Tales said...

sue ~ kehkehkeh... game ringan cmni insya'allah xde pape. tp klau install game berat2 mmg kena standby grafik card tinggi2. kalau tak pergerakan pn slow je ><

h4ni3 said...

hari tu try gak main
last2 fenin
hahaha

Wonderful Life with Mary Kay said...

Dh lama tinggal zmn The Sims Game ni.. Komp lembab? Liza ada nak let go high perfomance CPU.. Ada tv card dan graphic card. Sesuai utk gamers.. Kalo berminat, email liza at nice_yard@yahoo.com

Wansteddy Tales said...

h4ni3 ~ try lagi h4ni3 sebenarnya tak susah sngt cuma kena alert je, saya pn selalu terkantoi hehe

Wansteddy Tales said...

Liza komputer opis ni yang kalau pc sendiri xkisah hehe...

eija_sweetmama said...

hehhe..ohh..mmg ade terima wan jmput main games ni..eija dh accept..tp mcm slow la nak main games ni..so eija x berpeluang lg nak main..

bila tgk wan dh menang..excited nak main pulak..hehe..