Sabtu lepas sempat kami ke warehouse Mattel sebelum gerak ke Kuantan, Pahang. Tu pun hb dah marah-marah sebab aku tergedik nak pergi jugak. Tapi sesampai je kat warehouse tu dia yang terlebih borong kereta mini dari aku ni ha... untuk aku.... takde! Beli untuk Damia je patung barbie berwatak Troy dari High School Musical movie (RM15) dan Kelly Barbie (RM10). Memang kecewa jugaklah sebab kami tak berkesempatan rembat set barbie macam orang lain. Set pelbagai bilik dan rumah barbie semuanya murah-murah. Ada yang serendah RM35 sahaja! Memang berbaloi-baloi kalau dapat beli.
Memang ramai yang bertandang hari tu. Ada tu yang duduk sebalik tiang dengan timbunan mainan berkotak-kotak. Aku ingatkan memang sengaja penganjur letak balik tiang rupanya dah jadi hak milik wanita tu. Siap famili yang lain pusing lagi tapak warehouse cari mainan lain. Wa... agaknya nak jual balik kot. Tapi kadang-kadang aku rasa cam tak best la camtu. Orang lain yang nak beli pun tak sempat nak merasa. Dapat pun set mainan entah apa-apa sebab yang best-best baru masuk tengahari selamat dibawa pulang orang lain. Tapi fikir-fikir masa ni la nak bukak bisnez kan. Borong banyak-banyak kendian jual semula dengan harga yang hampir sama atau murah beberapa peratus.
Patung Troy dan Kelly tu pun kami dapat kat kaunter pembayaran. Ada kot pelanggan yang cancel ambilnya, dah jadi rezeki damia, dapat jugak dia main dengan patung barbie. Masuk kereta langsung tak nak lepas mamat Troy tu. Gigih nak sikatkan rambut Troy yang semulajadi penyet macam pakai minyak kelepet ke kulit kepala hahahha....
Kesimpulannya macam aku bagitahu dulu, nak pergi warehouse mattel ni pergi la awal-awal. Kalau boleh sebelum pukul 10 pagi terncongoklah depan pintu. Kalau masuk tengahari tinggallah saki baki mainan boring. Tahun lepas banyak koleksi patung Barbie, tahun ni koleksi Barbie sold out! Mungkin sebab koleksi kali ni memang best, sebab tu laku macam pisang goreng panas!
6 comments:
tk pernh pegi mattel warehouse sales sebab dgr feedback dr kwn2 yg biasa pegi truk katanye..nasibaik la ank daraku tu tk brp sgt nk mainan ni...lg suka p warehouse bj2..ehhehehe tp kalo dpt sure berbaloi2 kn..ye la set barbie tu bkn murah kn..mhl2...tisya ada la 3 koleksi barbie dpt time busday aritu
wah seronok tu..Iris pun dah 2 barbie tapi dia main cara dia la...
kalu nengok tu..rasa semua nak eli kan sbb cantik cantik...
Mantel ni slalu gak wat warehouse, acu pnah gak gi.. tpi dah suam2 kuku brg nye sbb lmbt gi. kalu nak serbu better 1st day sale.. kalu tak cuma dpt hampas2 nye je lah.
mama tisya ~ kalau turun lambat mmg tinggal baki2 yg xbest je. kena masuk ngam2 masa pintu dibuka mcm2 ada. thn ni pn mmg nmpk menarik sngt saya je xde rezki nk ambil set barbie tu. saya pn suka warehouse baju2 dan buku2 hehe...
mummy ayu ~ mmg best, kat opis ni ada gak kedai borong barang mainan tp kat warehouse ni lagi murah. brg pn kalau nasip baik dpt yg elok lagi. sbb tu ramai borong leh jual balik :P
acurose ~ betul tu acu nak pegi kena awal2. wan turun tengahari dorg dah kata stok haritu dah habis. dorg simpan utk esok pulak. tahun2 lepas ada yg komplen baru hari 1st produk dah bnyk habis. thn ni dorg simpan dulu stok utk esoknya. adil jugaklah utk pengunjung esoknya. tp kita yg dtg haritu balik dgn tgn kurang brg. beli2 jugak tp xbnyk la hehe
Post a Comment