Nuffnang

Followers

Showing posts with label shopping warehouse. Show all posts
Showing posts with label shopping warehouse. Show all posts

Thursday, July 2, 2020

Deerma Dust Mite Vacuum memang terbaik!

Musim PKP dulu memang terjebak teruk dengan belian secara online. Kakak spesis mengelak beli barang atas talian ni. Tapi bila wabak COVID-19 halang orang ramai dari bergerak sana sini secara terbuka. Nak tak nak, kena usahakan segala jenis belian secara online.

Paling penting kena utamakan keselamatan dan kesihatan keluarga. Masa PKP macam-macam promo keluar. Tapi yang paling menarik perhatian barangan pembersihan rumah. Dalam banyak-banyak produk, kakak paling suka produk Deerma Dust Mite Vacuum keluaran Deerma Malaysia ni. Kakak beli model CM919. Memang bagus produk ni, boleh sedut segala habuk terperam dalam bantal, sofa bahkan tilam tebal sekali pun! 

Ini hasil pertama kali sedut habuk kat sofa! Tak tahan dengar mak mengadu badan jadi gatal-gatal, merah-merah kat kulit sebab serangan hama. Sejak vacuum sofa dan tilam dengan produk ni, hilang terus rungutan mak. Yang penting tak perlu dah tambah muscle nak kena angkut tilam pi jemur kat luar. Sedut je habuk, hama dengan Deerma vacuum, clear masalah. Kita boleh nampak kepulan habuk yang melekat kat penapis tu. Nak cuci senang je, boleh sapu dengan berus yang disediakan. Dan memang perlu buang habuk tu. Kalau tidak, sedutan jadi tak kuat sebab terkumpul dalam compact box tu.
Oh ya, sis beli kat Lazada Malaysia sekitar Mei lepas. Masa tu ada promo flash sale kot. Dalam RM249.99. Harga asal produk ni RM899.00 tau! Memang tak rugi beli dengan harga promosi. Ngam pulak produk ni memang bagus. Terima kasih juga kat seller sebab pakaging dijaga rapi. Item sampai perfect tanpa sebarang defect. Hasil review kakak: Deerma Dust Mite Vacuum memang best!

Thursday, December 14, 2017

Naelofar & Vincci X Zalora

Yay! dah sampai apa yang kita order dengan Zalora. Alhamdulillah... service memang pantas. Kali ni nasip baik, kasut ngam size. Sebelum ni beli saiz 8, tapi besar macam saiz 9 atau 10. (Harap maklum, kakak keturunan kaki besar-besar haha..). Nasip baik design fancy. So jaranglah kita dapat pakai. Pakai untuk event tertentu je.

Kali ni beli shawl Naelofar for ZALORA. Shawl ni release masa raya aidilfitri tahun ni. Masa tu harga memang mahal. Tapi kali ni dapat beli dengan harga promosi RM49.00. Okey sangat tu. Beli shawl nealofar kat bazaar jualan pun paling murah kakak tu offer rm37! Kali ni dapat original shawl dengan harga beza RM10. Bagus sangat.


Yang ni beli sebab wedges sebelum ni dah rabak. Masakan tidak. Pi kerja pakai dia. Pi jalan-jalan pun belasah pakai dia. Sebab suka. Kita jenis, suka yang tu, setia dengan yang tuuu je. Takde nak rambang-rambang pilih yang lain. Pastu, rabak terus tapak. Tapi beli yang online ni lain sikit material dia. Suka yang beli kat butik Vincci lagi. Tapi butik tu dah tutup kat Alamanda. Maybe dia buka kat aras lain, tapi tak jumpa. Kalau jumpa pun, tah-tah design ni dah habis stok. Baik beli online. Harga pun sama jugak. 

Redeem dengan voucher rm50. Jimatlah juga hasil belian kali ni. Self reward. Siapa la nak bagi kita hadiah macam n,  kalau tak diri sendiri kan huhu... 

Tuesday, December 12, 2017

Amar Amran X Zalora

Kebaya Salmah by Amar Amran di Zalora. Ngam beli masa event pra pelancaran HPPNK2017. Baju ni beli hasil duit OT. Kita memang jenis jarang claim OT. Tapi sekali dapat, kita cuba laburkan untuk sesuatu yang sangat-sangat dihajati dan boleh diingati. Erti kata lain: baju, kasut, tudung, handbag etc... haih, perempuan! Hahaha..


Tak, bukan moody. Masa ni kekonon tengah amik attitude, shooting retis HPPNK. Nampak gedoboh baju ni kan? Saiz S tu. Tapi cutting agak besar. Sebabkan baju ni baru sampai 2 hari sebelum event. Rendam softlan, jemur, iron, pakai. Tak sempat nak fitting. Dan lagi, inilah dugaannya bila beli baju tunjuk-tunjuk (ready made). Cutting memang lari dari saiz body. Takpe, ada masa kalau nak alter lagi. Walhal sampai sekarang tak pakai dah. Masa event itulah sekali hehe.. Malas nak hantar p alter. Kalau sendiri jahit, ke laut la baju ni jadinya.

Harga masa beli. RM235.00 sahaja, huhu... Takpe, biar bergaya, asal bahagia. Malas nak sebut negative word haha.. Yang penting kita suka. See, bila model pakai memang cantik manis je. Di belakang baju tah berapa banyak pengepit dorang sepit kat baju bagi nampak anggun gitu haha... Biasalah. Nak cun macam ni, jemput alter sendiri ye. Bukan kita sorang je pakai saiz tu. 

Last but not least. Picture ni yang diwefie sendiri dek Fafau. Dia bahasakan dirinya 'kakak' dengan kita. Memang Fafau pangkat kakak dengan kita. Even beza usia 2 tahun saja. Still, tak sombong langsung. Paling best dan mudah shooting Fara Fauzana. Memang professional dan dia lak yang bagi banyak idea. Suatu pengalaman yang sangat kita hargai. Alhamdulillah...


Monday, January 23, 2017

Ops! TERshopping kat ZALORA

Dah lama tak shopping kat Zalora. Kalau tak silap, last beli casing kalis air kamera DSLR. Dan benda alah tu la jadi penyebab lens kamera DSLR aku makin teleng sekarang. Silap sendiri, tak reti guna.
Baru-baru ni masa join Konvensyen MyGAP kat Hotel Everly, secara tak sengajanya aku telah mencederakan tumit kasut Zaloraku. Punyalah ralat. Walaupun tak punah ranah, tapi bunyi bergemerincing la jugak bila tumit yang dah tercabut, tinggal skru berlaga dengan lantai marmar ruang legar pejabat. Punya kepit jalan macam perempuan Jepun terakhir pakai kimono ko. Nak tahan bunyi tu, tak nak bagi bingit sangat. Dengan yang demikian, tahulah aku bahawasanya aku bukan perempuan jenis ladies-ladies yang boleh bergaya dengan tumit runcing. Perempuan ganas macam aku selayaknya tumit bapak besar macam ni. 

Gambo fresh petang tadi. Bukak kotak, terus pakai haha...

Nama kasut ni Mule Heel Sandals by Zalora. Klik link sebelah, direct kat produk tu. Bagi senang korang search. Ko nak berlari, berjoget, semua boleh. Bukan nak kata takkan rosak, tapi payah sikitlah, haha...  Sampai ke rumah dok meraban memikir pasal kasut yang dah kiok tu. Tak pikir panjang, ye memang tak pikir panjang pun. Terus search cari kasut tu kat website Zalora dan terbeli yang ini. TERrrr... ye terr... Terbang rm148 untuk sepasang kasut. 

Cerita TER tak habis kat atas. Bila aku gatai-gatai jari cari blouse belah tepi. Teringat kat cik Farah, adik praktikal kat Library yang pernah pakai blouse style ni. Tapi tak terfikir lak nak tanya kat mana dia beli, brand apa dll. Demi ternampak baju ni sekali lagi tak pikir panjang. Main add je dalam bakul dan terbayar. RM99 sehelai brand Zalia. Sekali lagi, klik je link sebelah. Direct produk Zalia kat Zalora. Pejam mata dan aku doa-doalah baju ni ngam untuk aku yang bertatih balik proses berdiet ni.

Dah bayar tu baru aku perasan, tak dapat bukti pengesahan beli produk Zalora. Pagi tadi gigih p pm Zalora tanya. Tengahari orang datang opis delivery barang. Pergh! Punyalah pantas. Thanx Zalora! Memang puas hati dengan service korang. Eh, jangan pikir aku tulis pasal Zalora ni, sebab dapat upah macam blogger femes lain tu ye. Ni kisah peribadi aku je. Testimoni sebagai pembeli.

Bila dapat baju Zalia tadi punyalah besh. Material kain sejuk je. Dan yang tak sangka tu rantai tu memang sedia sangkut kat baju. Dok memikir macam mana aku nak basuh dalam mesin basuh nanti aa? Agaknya part rantai tu bikin mahai kot. Tadi ni dok search balik baju ni. Sebab jumaat lepas ada 2 color. Hitam dan peach. Tapi hari tengok, dah macam takde kaler peach tu. Ala laa.... takde rezeki. Kot ada mungkin akan TERrrrbeli lagi haha...

Apa pun beli kat Zalora memang besh, mudah dan pantas. Cuma kalau dapat salah saiz tu nasiplah! Return la balik dan mintak tukar saiz yang lebih sesuai. Itu pun kalau stok ada. Takde, ko juallah kat kawan. Senang citer.


Thursday, March 19, 2015

Krim & Sabun Mutiara Bumi rawatan untuk penyakit kulit

Minggu lepas suami ambil anak saudara dari madrasah, sekolah pondok. Luluh hati tengok keadaan dorang yang bagai kekurangan zat. Kurus sangat berbanding hari terakhir kami tinggalkan mereka di sana 3 bulan lepas. Sekitar bulan januari lalu. Baru pertengahan bulan mac, badan susut, muka cengkung, kulit bergelap dan berkudis teruk. Sampai bernanah dan berair. Rancangnya nak balik ke kampung jumaat lalu. Terpaksa tangguh perjalanan. Kami ke hospital Putrajaya dulu untuk rawat dorang berdua.

Doktor sahkan jangkitan kudis buta aka scabies dan kekurangan zat. Penyakit kulit yang mudah berjangkit dek kerana parasit atau sejenis hama yang aktif. Doktor maklumkan kudis buta ni memang perlukan rawatan rapi. Bahkan orang yang memberi rawatan pun perlu dirawat dikhuatiri dijangkiti parasit tersebut. Baju dan pakaian pesakit perlu direndam dengan air panas.

Anak saudara maklumkan, sepanjang hampir 3 bulan di Madrasah. Dah 3 kali Abu dijangkiti, makakala si Uku dah 2 kali dijangkiti penyakit kulit yang sama. Ustaz bawa ke klinik untuk dapatkan antibiotik dan suntikan. Malangnya penyakit ni berulang semula. Ada kemungkinan kerana suasana persekitaran yang kurang bersih. Meskipun rawatan alternatif diberi, seperti dibawa mandi ke laut (air masin dipercayai dapat rawat penyakit kulit), tapi masalah ni tetap berulang. Semua pelajar di madrasah juga hadapi penyakit yang sama.

Doktor sahkan jangkitan scabies dan kekurangan zat. Darah diambil, nasip baiklah takde apa-apa. Cuma rawatan dalaman dan luaran perlu diberi. Jika diikutkan si abang perlu dikuarantin/ ditahan dalam wad. Tapi dek kerana kami datang ke rawatan kecemasan waktu malam. Dorang tak dapat nak uruskan. Kebetulan memang ramai pesakit malam tu. Jadi doktor bekalkan antibiotik dan ubat sapu.

Inilah keadaan tangan si abang. Abu Haniffah. Teruk betul waktu mula-mula kami ambil. Abu balut dengan tisu nak lindung nanah dan darah dari meleleh. Aku bagi sarung kaki yang belum diguna untuk tampung tisu. Kesian tengok, perlu tampung tangan sepanjang masa. Tapak tangan langsung putih. Takde nampak bintik darah pun. Sembab macam bengkak air. Nak lurus dan genggam jari pun langsung tak boleh. Sakit katanya. Masuk hari kedua barulah nampak susut sikit macam gambar di atas tu. 

Dalam perjalanan balik ke kampung, aku google maklumat pasal scabies. Tiba-tiba nampak komen dari Haji Man pengusaha produk Mutiara Bumi  (facebook). Tertarik dengan testimoni pelanggan. Aku terus order sebelum masuk terowong Menora. Alhamdulillah... Allah permudahkan. Internet yang sebelumnya terhegeh-hegeh nak buka, boleh pula beroperasi sempatlah beli 3 set sabun dan krim Mutiara Bumi ni. Order hari sabtu, hari isnin dah dapat. Terima kasih Haji Man yang usahakan proses penghantaran dengan pantas. 

Seelok sampai di Gerik, aku belikan sepasang baju seorang. Siap dengan seluar dalam sebab nak rendam habis baju budak-budak tu termasuk beg sandang dorang. Aku belasah rendam dengan dettol. Lebih 2 botol besar dan 2 botol kecil dettol khas untuk kegunaan dorang. Rendam baju dan buat mandi. Baju belajar di sekolah madrasah aku campur dettol dan clorox biar bersih dan putih balik seperti sediakala.

Cara guna produk Mutiara Bumi senang je, sabun dan bilas kulit. Sapukan krim Mutiara Bumi pada tempat yang dijangkiti. Abu Haniffah dalam proses rawatan. Kaki dan tangan tempat paling teruk dijangkiti. Sapu krim banyak-banyak, tebal-tebal untuk percepatkan proses pengeringan nanah dan air bisa. 

Hari ke-5 rawatan hospital dan alternatif. Tangan Abu makin pulih, tak nampak sembab dan bengkak lagi. Tapak tangan dah makin merah. Tinggal bintik nanah yang belum susut. Apa pun berbeza banyaklah berbanding hari pertama kami jumpa Abu dan Uku jumaat 13 mac lepas.

Ini Abu Huzaiffah si adik. Walaupun kurang jangkitan berbanding si abang, tapi keadaan fizikal Uku  sangat berbeza dengan keadaannya pada Januari 2015 lalu. 

Uku gambar pada hari kedua di kampung. Kurus dan doktor sahkan kedua beradik ni kekurangan zat makanan. 

Sekarang aku tinggalkan kedua beradik ni di kampung. Lebih mudah dirawat dengan seliaan emak. Kalau aku sendiri nak mengasuh dua beradik ni memang tak sempat. Alangkan hari persekolahan Damia pun aku dah terkejar ke sana sini nak menguruskan anak. Kalaulah dua beradik ni tinggal di rumah. Memang bertambah sibuk jadinya. Mana nak jenguk anak, mana nak sediakan makan minum kedua beradik ni. Jadi nak tak nak, aku kena minta jasa baik mak aku tolong uruskan dua beradik ni.

Mak pun memang pernah mengajar mengaji. Insya'allah dari segi pembelajaran, mak boleh ajar lagi kedua adik beradik ni. Cumanya kena kerah belajarlah. Seronok sangat bermain kat rumah mak. Nak pula tanah besar, macam-macam boleh main di kampung. Aku tahu ibu bapa si Abu dan Uku tak rela pakciknya tinggalkan anak saudaranya di kampung aku. Tapi demi memudahkan dan keselamatan, apa salahnya. Aku harap dua beradik ni lekas-lekas sembuh. Amin...


Monday, January 19, 2015

Pengalaman gunting rambut di A-Saloon

Baca tajuk dah tahu kot kat mana kami dua beranak potong rambut hihihi... Sebenarnya kat Alamanda Putrajaya pun ada saloon ni. Tapi setiap kali pergi, setiap kali tu nampak sesak. Selalu nampak kelibat pengunjung duduk di kerusi-kerusi menunggu. Jadi, dari memenuhkan ruang yang sedia sesak, niat mengunting rambut asyiklah di KIVkan sehinggalah kami menjejakkan kaki di  IOI City Mall Putrajaya. 1st time ke sana, survey-survey mall baru tu. Ternyata setanding dengan Midvalley dan Sunway Pyramid. Tak boleh tengok movie je sebab GSC belum sedia dibuka. Tarikan utama kat sini tentunya ice skating di aras G (kalau tak salah). Besh je tengok orang ramai bermain ice skating. Damia memang request nak main. Tapi hakak tak benarkan. Sesak sangat dengan pengunjung. Al maklum masih baru, tentu sambutan pun hangat. Pusing-pusing bertemu orang. Nak main oce skating pun tak puas nanti.

Berbalik pada kisah A-Saloon. Yang menariknya saloon ni, ada menyediakan sebuah bilik untuk pengunjung wanita muslim. So taklah rasa segan bila nak buka tudung. Dorang turut pastikan hanya pekerja wanita yang akan melayan pelanggan perempuan. Sangat-sangat menjaga keselesaan pelanggan. Turut menyediakn teh o untuk setiap tetamu. Jika suami nak menunggu di dalam bilik ni pun dorang boleh sediakan sebuah bangku untuk berehat. Menarikkan!

Macam biasa dorang akan tanya dulu apa masalah rambut kita. Macam hakak yang dah tua ni (32tahun kohkohkoh) masalah paling ketara tentunya rambut gugur dan kelimumur. Tak jaga dengan baik kepala yang bertudung, memang timbullah masalah macam ni. So rawatan yang disarankan adalah penjagaan kulit kepala. Produk Shiseido. Bila meresap kat kulit kepala rasa nyaman je aroma mint tu. Terus mata rasa boleh buka besar-besar! 

Bila Damia dah siap dibasuh dan digunting rambut, pengurus saloon Mrs Celine berikan iPad untuk menghilangkan rasa bosan dak kecik ni. At least takdelah dengar suara-suara merengek dak kecik ni ye hihi..

Pandangan dari luar. Korang boleh naik ke aras 2 berdekatan dengan esklator naik turun di IoI City Mall. Selamat beristirehat!

Bila nak membayar dapat pula goodies dari tokey saloon. Sikat untuk melancarkan aliran darah di kepala dan 2 peket tonik rambut. Terima kasih banyak pada Mrs Celine dan Ms Sharoon. Ternyata pengalaman pertama di A-Saloon sangat menyeronokkan. Lebih-lebih lagi dengan layanan mesra dan sikap peramah Mrs Celine. Masa bergunting rambut rasa tak lama dan tak membosankan. Semoga biz mereka kian berkembang ;)


Tuesday, June 17, 2014

FOR SELL ~ THEPOPLOOK Haley Pink & Faridah Light Brown

~ALL RESERVED~


Nak jual top ThePopLook Haley Pink ni. Sebab nak jual, besar sikit untuk daku. Saiz L dengan harga asal pembeliannya RM69. Free delivery. Dah offer baik punya. Sapa nak boleh email ke wansteddy@gmail.com atau wassap 0193063558. Sapa cepat dia dapat.

Pastu nak jual set FARIDAH ThePopLook dengan harga RM150 sahaja. Harga sebenar RM174 untuk full dress dan shawl labuh ni. Jimat RM33 dengan RM24 harga asal dan RM9 kos postage. Baju tu preloved sebab hanya sekali pakai. Kain masih elok tak disentuh. Tag pun masih ada. Tudung tercabut tagnya, tapi belum pernah guna. Tercicir nak amik gambar belt kat baju dia. Tapi jangan risau, nanti semua set aku pos sekali pada pembeli. Untuk maklumat lengkap mengenai baju ni:

1) Faridah Dusty Brick / Light Brown~ saiz M: RM142
2) Eula Headscraf Faridah Light Brown ~ RM32

Harga consider murah sebab main dan tudung langsung belum guna. Hanya baju je baru sekali pakai. Kondisi baju pun sangat baik.  Sebab tu offer harga murah. Tak sampai hati nak jual actual price. So kalau ada yang berminat boleh email atau telefon seperti alamat dan nombor tertera di atas. Sapa cepat dia dapat. 

Boleh rujuk gambar dibawah macam mana nak gayakan dress Faridah ni.

Paparan hadapan

Paparan Belakang


Wednesday, October 30, 2013

ThePopLook Big FAN!

Kakak aku kata, tiap kali dia tengok gambar manipulasi yang aku design kat wall aku ni, mesti buat dia tergelak sakan. Sebenarnya inilah realitinya. Memang bila dah jadi TOP FAN TPL tak boleh nak elak hadapi situasi macam ni. Benda online. Hot item pulak. Apa lagi? Sakanlah orang berebut. Nak-nak siap bagi timing lak waktu membeli. Sampai hang website ko!

So sapa-sapa yang selamat merembat hot item kira perwira yang gagahlah di medan perang. Gila ko nak berlawan dengan penggila-penggila seantero Malaya. Lagi haru bila ada lak buyer yang jenis amik kesempatan. Dah tau benda alah ni hot item, dia kaut banyak-banyak sorang dia je. Pastu gigih g jual balik dalam group. Siap mark up harga gila-gila. Ai.... memang tahan je mulut nak bagi ceramah kat puak-puak macam ni. Betul-betul amik kesempatanlah. Orang lain nak rembat selai untuk diri sendiri pun seksa. Dia lepas kaut berhelai-helai dengan niat nak niaga semula. Apa kessss la....

Untuk kes aku? Berjaya rembat 5 haley. Malangnya hanya 2 yang menepati saiz. 2 terlebih besar (dalam usaha nak swap saiz ke M). 1 lagi saiz M tapi sama kaler. Kes terklik 2 kali masa select item tu. Gelojoh punya pasal. Mana tak gelojohnya, menggegel kejar masa ko. Macam main game luxor je aku rasa hahhaha...

Bagi yang blur-blur apa tu TPL, ringkasan kepada website shopping baju online ThePopLook. Dan HALEY adalah sejenis TOP blouse seperti dalam pop up ballon idaman kucing di atas. Warna hitam tak sempat nak grab waaaaa....

Wednesday, September 11, 2013

TERBELI The Pop Look Azelia Poppy


Semalam TERbeli Azelia Navy Poppy. Ops! I did it again...! Dalam akaun yang hanya tinggal serdak-serdak cash tu..... berani lagi membeli yang ini. Tapi betui la kata orang (termasuk aku pun kata gitu). The Pop Look aka TPL ni memang berhantu!

Walaupun ada kenangan pahit sendu sikit masa join contest anjuran FB fan TPL dulu, still, aku masih join dan terbuka hati nak membeli kat TPL. Kes terpengaruh punya pasal. Aku ada tulis pasal TPL sebelum ni dalam entry bertajuk: THEPOPLOOK Car Sticker Contest.

Kesan dari pemanasan jualan. 
Baki bank anda hanya tinggal Tut tut tuuuttttttttttt....

Sekian.

Wednesday, March 30, 2011

Mattel Warehouse 2011

Sabtu lepas banyak terima undangan. Majlis perkahwinan, majlis hari jadi anak dara Kak Yantz, jemputan tonton wayang dan lain-lain. Sudahnya semua jemputan tu terpaksa diketepikan sebab aku ada agenda lain yang perlu diutamakan. Jemput adik bongsu aku dari kampung. Aku target, adik aku sampai jam 2 petang sebab kalau naik bas pagi mestilah sampai KL jam 2 petang. Rupa-rupanya adik bertuah tu ambil bas jam 4 petang. Dengan sukacitanya jadual beralih arah hahaha....

Memang ada rancangan nak nak warehouse Mattel. Tapi kenangkan pengalaman lalu. Kalau masuk waktu petang gerenti tinggal serdak-serdak mainan je yang tinggal. Yang besh-besh semua dikaut habis pengunjung yang sanggup menunggu dari awal pagi. Tapi.... tak sangka haritu murah rezeki. Banyak lagi koleksi Barbie yang terdampar atas meja. Macam-macam koleksi ada. Tapi... Aku rasa tahun ni mahal sikitlah. Tak macam tahun sebelumnya. Ada kemungkinan hari akhir lewat petang barulah penganjur turunkan harga serendah-rendahnya. Dek kerana datang hari sabtu. Maka redhakan sajalah dengan harga yang ditawarkan. 

Hadiah sempena hari jadi ke tiga tahun Damia. Aku capai set Barbie untuk Damia, kawan serta sepupunya. Waktu makan di KFC, terpaksa buka pakaging Barbie sebab Damia dah tak sabar nak jadikan teman makan dia. Haih.... Dan untuk beberapa ketika memang tak nak berenggang langsung dengan Barbienya. Nantikan sambungan kisah hari sabtu ni.

Tuesday, March 22, 2011

MATTEL Warehouse Clearance!

Datang lagi! Besh.... Memang dah lama aku tunggu-tunggu Mattel Warehouse. Pergi warehouse yang lalu, tak sempat nak borong barang kesukaan. Aku ada citer dalam entry Bercuti di Kuantan ~ Part I.  Harap-harap kali ni dapatlah rembat mana yang lebih baik dari yang lepas. Barbie tunggu aku... hohoho....


Cuma sempat rembat Troy Barbie je. itupun barbie yang terbuang. Yang orang tak nak. Melangut atas meja. Sian Troy... Jadi aku ambil dari takde pape nak bagi kat Damia haritu. Cubaan kali ni, dapatkan Barbie yang betul. Kalau dapat set Barbie tu, lagi cun....

25-27 March 2011

Mattel Warehouse Clearance

3 Days Only

Brands Offered
Fisher Price
Barbie
Hot Wheels
Mattel Toys

Time :
25-26 Mar : 10am to 7pm
27 Mar : 10am to 6pm


Location
2nd Floor Block A
The Atria Shopping Centre
Jalan SS 22/23
Damansara Jaya
Petaling Jaya
Selangor, Malaysia

Friday, February 11, 2011

Tuliskan sesuatu

Masuk meeting
Tak sempat bina entry baru

Friday, December 3, 2010

Hytex Warehouse Sale

2 - 11 Disember 2010

Ia datang lagi! Kali ni dah beralih tempat. Dekat je dengan kilang tempat warehouse lama tu tapi kena membelok-belok sikitlah. Sila rujuk peta yeh. Aku memang nak tak nak berduit atau kontang kena pergi jugak cari baju Damia apa yang patut. Baju basah-basah Damia banyak yang dah senteng. Warehouse Pureen haritu terlepas peluang sebab balik kampung di Sabah. Jadinya, warehouse ni memang peluang terhangatlah. Jom ramai-ramai ibu-ibu bapak-bapak. Borong baju anak-anak!


Produk yang dijual
Tenderly
Issue
Disney
Looney Tunes
Winnie the Pooh

Masa
Mon – Thurs: 10am – 7pm
Fri – Sun: 10am – 8pm

Tempat
Dewan Serbaguna
MPS Taman Ehsan
Jalan E3/13
Kepong

Friday, October 29, 2010

Pureen Stock Clearance Promotion

Wa.... mungkin tak dapat pergi sebab nak balik Sabah waktu tu. Adeh... Memang dah lama tunggu warehouse baju kanak-kanak. Baju Damia dah banyak yang singkat-singakt nampak perut. huhu....

13-14 november 2010

My Dear Warehouse Sale


28 October to 7 November 2010


Baby & Children Products

Products Offered
High Chair
Bouncer
Stroller
Walker
Carseat
and more

Terms:
Cash and Credit Cards

Time: 9am – 7pm


Location:
34 Jalan Meranti Jaya 10
Meranti Jaya Industrial Park
47120 Puchong
Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel:
603 8060 0093/95

Ginvera & Bio-Essence Warehouse Sale

Sejak terima hadiah hamper Tanaka dulu, aku jatuh cinta dengan produk Bio-Essence. Bolehlah cuci-cuci mata sambil sental duit poket beli apa yang patut kat warehouse ni nanti! Tapi jauhnya makkkkk.... Kajang nun! Tah leh pergi ke idak ni. Kalau susah-susah aku kim pos je dari saudara sedari blogger yang tinggal berdekatan dengan tapak warehouse ni hehe...


Ginvera & Bio-Essence Warehouse Sale
From RM1

2 Days Only!
30 – 31 October 2010

Products Offered
Shampoo
Bodycare
Skincare
Toiletries
Detergent
Accessories
and more

Brands Offered

Ginvera
Bio-Essence
Ebene
Syahirah
Pro-Kleen Home Care
Green Tea Series
Bio-Ray Motor Care
Sofkin Personal Care

Time: 10am – 5pm

Location
Lot 2297 Bukit Angkat
Sg. Chua 43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan Malaysia

Tuesday, September 28, 2010

Mattel warehouse

Sabtu lepas sempat kami ke warehouse Mattel sebelum gerak ke Kuantan, Pahang. Tu pun hb dah marah-marah sebab aku tergedik nak pergi jugak. Tapi sesampai je kat warehouse tu dia yang terlebih borong kereta mini dari aku ni ha... untuk aku.... takde! Beli untuk Damia je patung barbie berwatak Troy dari High School Musical movie (RM15) dan Kelly Barbie (RM10). Memang kecewa jugaklah sebab kami tak berkesempatan rembat set barbie macam orang lain. Set pelbagai bilik dan rumah barbie semuanya murah-murah. Ada yang serendah RM35 sahaja! Memang berbaloi-baloi kalau dapat beli.
Memang ramai yang bertandang hari tu. Ada tu yang duduk sebalik tiang dengan timbunan mainan berkotak-kotak. Aku ingatkan memang sengaja penganjur letak balik tiang rupanya dah jadi hak milik wanita tu. Siap famili yang lain pusing lagi tapak warehouse cari mainan lain. Wa... agaknya nak jual balik kot. Tapi kadang-kadang aku rasa cam tak best la camtu. Orang lain yang nak beli pun tak sempat nak merasa. Dapat pun set mainan entah apa-apa sebab yang best-best baru masuk tengahari selamat dibawa pulang orang lain. Tapi fikir-fikir masa ni la nak bukak bisnez kan. Borong banyak-banyak kendian jual semula dengan harga yang hampir sama atau murah beberapa peratus.

Patung Troy dan Kelly tu pun kami dapat kat kaunter pembayaran. Ada kot pelanggan yang cancel ambilnya, dah jadi rezeki damia, dapat jugak dia main dengan patung barbie. Masuk kereta langsung tak nak lepas mamat Troy tu. Gigih nak sikatkan rambut Troy yang semulajadi penyet macam pakai minyak kelepet ke kulit kepala hahahha....

Kesimpulannya macam aku bagitahu dulu, nak pergi warehouse mattel ni pergi la awal-awal. Kalau boleh sebelum pukul 10 pagi terncongoklah depan pintu. Kalau masuk tengahari tinggallah saki baki mainan boring. Tahun lepas banyak koleksi patung Barbie, tahun ni koleksi Barbie sold out! Mungkin sebab koleksi kali ni memang best, sebab tu laku macam pisang goreng panas!

Friday, September 24, 2010

Mattel Warehouse Clearance


Wa... Dah lama aku tunggu warehouse Mattel ni. Seingat aku kali terakhir aku pergi tahun lepas. Tu pun aku beli ala kadar je sebab kenangkan Damia masih kecik dan tak pandai main barbie lagi. Akhirnya bermula esok Mattel sekali lagi akan menganjurkan jualan murah produknya! Sayangnya esok kami nak ke Kuantan, Pahang. Tak berkesempatan jugak nak jengah warehouse ni.

Kalau kalian berminat nak belikan mainan murah2 untuk anak kunjungilah warehouse ni memang tak rugi. Kalau nak produk best2 macam Fisher Price dengan harga murah giler, baik pergi pagi-pagi. Lewat sikit produknya habis dirembat macam pisang goreng panas! Tapi kalau beli produk dengan harga lebih gila-gila murah, pergilah waktu petang hari akhir. Waktu tu memang murah betul.

25 to 26 September 2010

Brands Offered:
Barbie, Hot Wheels, Fisher-Price, Matchbox, Mattel, Sesame Street, Barney

Time:
10am – 6pm

Location:
The Atria Shopping Centre, 2nd Floor Block A, Jalan SS22/23, Damansara Jaya47400 Petaling Jaya


Haih... teringin benar nak pergi....

Thursday, August 19, 2010

Nikon Raya Photography Festival

Teringin nak rembat kamera baru? Jom join Raya Photography Festival. Aku dah lama kepingin nak beli kamera baru. Terfikir jugak nak ambil DSLR. Tapi disebabkan aku tak suka gadget besar gedabak. Menyusahkan nak angkut kulu kilir, aku kena fikir sampai rentung nak rembat atau tidak produk Nikon ni. Tapi kalau nak rembat DSLR memang patut rembat jenama Nikon. Terbukti paling bagus!

16 August to 15 September 2010


Nikon Raya Photography Festival

Products Offered


D700
D300
D90
D5000
D3000
P100
S8000
S6000
and more


Check out these models at your nearest Nikon dealer
www.nikon.com/dealers.php

KIKO Warehouse Sale


Wah! Akukah yang terlambat atau masih sempat nak mengwar-warkan hebahan best ini. Kiko sedang mengadakan jualan gudang sekarang! Jangan lepaskan peluang keemasan beli baju raya untuk anak anda. Aku teringin nak pergi sebab nak beli baju salin Damia di rumah. Kebanyakan baju Damia sekarang dah senteng dan sendat (tang perut! hehe). Memang tak boleh lepaskan peluang begini. Jom join!


From RM4

Products Offered
Kidswear (Age 1 – 14)

Location:

(Tel: 603 8068 8888)

KIKO Garments Sdn Bhd
No. 1 Jalan Industri PBP13
Taman Industri Pusat Bandar Puchong
47100 Puchong
Selangor Daru Ehsan
Malaysia