Nuffnang

Followers

Tuesday, September 7, 2010

Myself Portrait

Pic 1

Harini dengan buang tabiatnya aku tempek gambar profil dalam blog. Fresh lagi muka ni. Muka seawal jam 8.30 pagi pada hari ini. Gigih ambil gambar pagi-pagi sebab muka belum tercemar dengan anasir mengantuk lagi. Sebenarnya hakak malu nak paparkan muka sendiri. Tapi alang-alang nak bercerita tentang kisah hari ni kupendam rasa malu itu hohoho....

Pic 2

Jangan pelik tengok wajah aku yang jelas masih tembam tu. Haih.... Mungkin aku akan gunakan salah satu dari gambar ni. Tapi tak tahu nak pilih yang mana lagi okey. Kalau korang boleh bagi pendapat, share la komen korang eks. Tolong aku pilih gambar yang sesuai.

Sebenarnya dari semalam lagi aku dah berkobar-kobar nak ambil gambar profil ni. Konon-konon macam amik gambar IC tu. Tapi disebabkan kamera aku dah terover flash2 tak kemampuan nak ambil gambar dah, terpaksalah mintak ehsan kawan-kawan ambil gambarku. Bersemangat aku nak ambil gambar profil ni sebab..... 30hb September 2010 ni kad kerja aku nanti dah capai tarikh lupus. Bukan bermakna aku bakal pencen ek. Sekadar jangka hayat kad kerja tu je la. Sah sehingga sekian-sekian hari.

Aku nak ubah gambar profil kat kad ni dah lama. Bayangkan hampir 6tahun aku bekerja. Aku dah punya dua kad dengan tarikh luput berbeza. Tapi gambar profilnya tetap sama. Dah naik menyampah aku tengok sendiri dalam kad kerja tu. Gambar tu diambil ketika mula-mula aku nak masuk kerja. Pergi kedai gambar kat Pekan Gerik. Kat Pekan Gerik adalah beberapa kedai gambar popular. Aku tak kisahlah mana-mana kedai janji cepat siap. Buat kelakarnya hari ambil gambar tu aku pergi sendiri. Jurugambarnya suruh aku pakai kot besar dabak kat dalam kedai tu sebab aku cakap gambar ni untuk pas kerja. Giler labuh sampai jelas nampak bahu aku jatuh. Kahkahkah.... Memang sedih aku tengok gambar tu. bila dah diedit nampaklah sikit kemas. Itupun aku ni macam punya badan besar berkepala kecik. Sadis betul.

Aku tak tahulah nak serahkan gambar ni bila kat pihak yang uruskan bahagian pas kad ni. Mungkin lepas raya kot sebab waktu ni masing-masing dah berjoget kat meja masing-masing nak balik kampung. Atau meja-meja kosong je. Jadinya aku kena bersabar dulu sebelum hantar gambar ni.

Tapi kisahnya aku rasa tak best sebenarnya nak letak gambar ni sebab aku bad mood masa nak ambil gambar tadi. Pagi-pagi dalam kereta punyalah aku tergedik-gedik nak ambik gambar. Tup tup kawan-kawan aku pulak asyik komplen nak cepat... nak cepat... Sudahnya mood aku terjun ke laut. Nak ambil gambar pun dah tak ikhlas dah muka aku. Ada la dua gambar je aku rasa okey tu pun kena touch up. Tak sedar ada kesan lipstik kat gigi. Gigi depan pulak tu, ciz!

Pape pun trimas la kat kawan-kawan aku yang sudi luangkan masa penuhi permintaan aku. Walaupun selangi jugak dengan bebelan masing-masing. Sorryla ambik masa korang. Esok-esok nak ambil gambar lagi nak kena buat temujanji. Kalau nak suka-suka macam harini takde maknanya la kan. Al maklum masing-masing sibukkkk. ahahaa...

26 comments:

yanadzul said...

pic 1..smile

Bukan Bidadari said...

yg pic 2 tu ayu skit.. hahaha

Unknown said...

wah! festime tgk muka kak wan ni! heheheh!! ieda pilih pic no.1, manis dgn senyuman :)

Unknown said...

huhu.. tukar profile pic ke? ok je tengok pic tu.. yang pic 1 tu cam happy skit.. guna yg tu k!

Wansteddy Tales said...

Yanadzul ~ trimas ><

Wansteddy Tales said...

Ema ~ hehehe.... malu unta haku kui3... trimas ema ><

Wansteddy Tales said...

Ieda ~ yeke? pic dulu2 spesis sorok muka kan hahaha... trimas ieda ><

Wansteddy Tales said...

Chugie ~ bukan profile blog yang. untuk pas kad kerja gomen ni. tu pn sanggup mntk tlg org bg pndpt, boley? hahhaa.. meriah sket >< trimas chugie ><

AcuRose said...

wow... jelas dan nyata,,hehe
wan..acu pilih no.1..
muka ada gumbira..
no.2 pun santik jugak..
ayu gitu.. tpi amik no.1 lah
ceria...

Wansteddy Tales said...

Acurose ~ berkat guna perkhidmatan jurufoto profesional hehe... juz tacap sana sini skt2 hehe trimas acu ><

Suhana Shahril said...

Amboi..manis ghupe tuan blog nya..slalu dok tgk gmbr katun dia ja..hari ni dpt nengok tuan yg original..x macam ada anak sorang..macam anak dara jer lagi(pujian ikhlas..seikhlas-ikhlasnya)..ahaks!

onniey84 said...

cun nya...oni pilih no 1...hehe

h4ni3 said...

comelnyaaaa
anggun jelita gittew
bini sape la ni.. hehe

Wansteddy Tales said...

Suhana Shahril ~ menakutkan nk bayangkan diri ni anak dara Su hahaha.... kalau puji tak ikhlas pn saya tetap terima, bkn selalu org puji kita muda! hahaha...
Selamat hari raya Suhana, maaf zahir batin andai ada terkasar bahasa yep...

Fiza Rahman said...

Finally...dpt gak tgk muka wan ☺☺☺.

Vite for pic. no. 1, sweet.

yantz-yeem said...

yg nak cepat tu AKU le...hahahah...sowi lah beb aku mmg bz waaa...skg dah okes...dah lehga keja dah siap..mmm planning nak pi MJ ajak ko...tapi cam dah lewat jek..esok2 kita pi oke??pe2 aku suke gmbo no.1...weh tolong editkan sekali gmbo aku tu...hehehehe

YUS said...

pic 1 gak!!!

Mama Zharfan said...

comel jer!!! terserlah keayuan u :)

alinalan said...

uih jenuh ku tenung2 2-2 gambo tu...
1 tuh memang la smile tapi tang mata tuh ku lebih suka no.2 so ku pilih cik want pic2 ek.. ayu & gojes

Wansteddy Tales said...

Oniey trimas yang ><

Wansteddy Tales said...

h4ni3 ~ adoi ke situ pulak. jenuh tahan gelak ni ><

Wansteddy Tales said...

Fiza trimas >< alahai... saya ni xlawa malu nak tunjuk muka kekeke....

Wansteddy Tales said...

K.yantz ~ takpe aku kecik ati jap je... no hot piling bak kata yudaz hahaha... sorila push ko pegi sekali. aku xleh join la ko esok beb. BZ amat. keje nk kena siapkan sbb esok aku nk half day kui3...

Wansteddy Tales said...

Eus >< trimas!

Wansteddy Tales said...

Mama Zharfan ~ ai ai aiiii... malu shaye... >< kembang semangkuk pipi harini smpai ke telinga kusenyum hahaha...

Wansteddy Tales said...

MommaMia ~ trimas tolong vote Alin >< korang buat ai malu je... kui3... malu2 unta dini hari