Nuffnang

Followers

Thursday, September 23, 2010

Tetap sayang pembunuh anak

Bacalah My Metro harini. Tapi sediakan mental dulu sebab aku tak siap sedia mental baca artikel ini. Tiba-tiba naik rasa marah aku tak semena-mena. Tapi bila dah tenang balik aku fikir dalam-dalam....

Aku tak tahu perincian cerita. Tak dapat selami hati perempuan yang bergelar ibu itu. Entah apa dalam fikirannya. Entah berapa dalam perasaan beliau pada kekasih hati. Dan berapa banyak kasihnya pada arwah anak yang dikandung dan dilahirkannya sendiri hasil dari perkahwinan sah bersama suami. Disebabkan aku jarang-jarang ikuti kes ini, aku tak nak beri komen yang berlebih-lebih. Bimbang nanti aku menulis ikut emosi. Pada yang memang ikuti kes ini mereka mungkin lebih arif dan faham.
Tapi sebagai seorang wanita bergelar ibu. Aku rasa perasaan beliau tidak wajar. Sudi maafkan kekasih hati yang membunuh anaknya sendiri. Bunuh pun bukan dengan cara tidak kejam. Dideranya anak itu dulu. Dipijak, ditendang, dihantuk kepala dan sebagainya. Kenangkan nasip kanak-kanak yang hampir sebaya dengan Damia buat aku rasa tersentuh sekali. Kesian sangat-sangat. Dan lebih baik si anak jadi bidadari syurga dari hidup bergelumang dengan penderaan berterusan. Kalau rajin, bacalah artikel penuhnya di sini:


SHAH ALAM: Pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapati bersalah membunuh Syafiah Humaira Sahari, 4, Februari lalu, namun ibu kanak-kanak itu, Siti Nurhanim Aziz, 25, berkata dia tetap sayangkan Mohd Fazli Azri, yang juga teman lelakinya.

BERSALAH...Mohd Fazli dihukum gantung sampai mati. “Saya tak pernah marahkan dia (Mohd Fazli) sebab dia terlampau sayangkan anak saya, maka saya amat menyayanginya,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah. Malah, sebelum Mohd Fazli digari semula untuk dibawa ke penjara, dia dilihat sempat mencium pipi Siti Nurhanim.

Sebelum itu, hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki membuat keputusan itu terhadap Mohd Fazli yang menyambut hari ulang tahun kelahirannya ke-28 semalam selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.

Mendengar keputusan itu, ibu Mohd Fazli, Nur Haziah Yusof, 52, yang tidak dapat menahan emosi terus meraung dan berulang kali berkata: “Abang tak salah, biar mama yang mati” sebelum wanita itu pengsan dua kali di galeri awam.

Nenek Mohd Fazli yang dikenali sebagai Siti pula kelihatan tenang dengan keputusan itu berkata, keluarganya akan mengemukakan rayuan. “Berpantang maut sebelum ajal,” katanya.

Mohd Fazli dituduh membunuh Syafiah Humaira di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah Batu 30, dekat Batang Kali, jam 6.30 petang, 25 Februari lalu.Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Selain Idham Abd Ghani, pendakwaan diwakili dua lagi Timbalan Pendakwa Raya, Hanim Mohd Rashid dan Zureen Elina Mohd Dom manakala tertuduh diwakili peguam bela, Gurbachan Singh.

Terdahulu, Mohtarudin dalam alasan penghakimannya berkata mahkamah tidak dapat menerima keterangan tertuduh ketika membela diri bahawa kecederaan kanak-kanak itu disebabkan jatuh motosikal dan terhantuk di dinding tandas.

Katanya, ia sama sekali bercanggah dengan keterangan dua ahli perubatan yang merawat dan melakukan bedah siasat terhadap kanak-kanak itu.

Selain itu, katanya, kisah jatuh motosikal itu sama seperti cerita tertuduh bahawa mangsa muntah selepas makan ubat yang dibeli di kedai jamu tidak pernah diberitahu kepada sesiapa.

Menyentuh mengenai keterangan tertuduh ‘lalok’ di padang bola, Mohtarudin berkata ia bercanggah dengan keterangan saksi yang menunjukkan Mohd Fazli adalah waras pada masa kejadian.

Katanya, ini dikuatkan lagi apabila melihat fakta bahawa tertuduh boleh memandu teksinya untuk ke padang berkenaan.

“Keterangan ibu mangsa bahawa tertuduh berada dalam keadaan mabuk sepatutnya disoal balas pada peringkat pendakwaan,” katanya.

Menurutnya, undang-undang dengan jelas menyatakan bahawa mabuk akibat perbuatan sendiri tidak boleh diterima dalam pembelaan kes jenayah.

Mohtarudin berkata, mahkamah juga menolak hujah pembelaan bahawa tertuduh tidak berniat mencederakan mangsa berdasarkan apa yang sudah dilakukannya terhadap kanak-kanak malang itu.

“Perbuatan menutup pintu teksi sehingga terkena kepala mangsa, memijak perut dengan but bola dan menyepak kanak-kanak itu tidak dapat diterima sebagai tidak berniat,”

katanya.Sepanjang perbicaraan bermula sejak 7 Jun lalu, pihak pendakwaan memanggil 33 saksi, manakala tiga saksi pembelaan tampil memberikan keterangan.

16 comments:

Cik Puan Nurul said...

sakit ati den "menutup pintu teksi sampai terkena kepala"..malas la nk bebace lelebih semua pon xbersalah kalo camtu mak mane nk ngaku anknye wat salah kalo baik sgt nape sampai bersedudukan..ntahlaa

eija_sweetmama said...

ini la dinamakan ..cinta itu buta..agaknya..,huh mmg sakit hati baca..mcm mane ek dia bole maafkan kekasih yg bunuh anak dia dgn cara yg agak kejam tu..

Wansteddy Tales said...

nurul ~ selalu aku cool je baca kisah2 dlm metro ni walau sekejam mana pn kisahnya. tp kes2 baby dan kanak2 mmg bikin panas hati baca.

mummy_ayu said...

sama la ngan ayu, heran tul..dah sah sah mamat tu bunuh anak dia, lagi leh pengsan pengsan dgr mamat tu kena hukum mati..ntah la..tapi bagi ayu...padan muak..baru setimpal dgn apa yg dah dia buat kat kanak kanak tu...

Wansteddy Tales said...

Eija ~ geram baca komen si ibu tu. tp biarlah myb ada kisah disebaliknya kita tak tahu. yg pasti lelaki itu dah dihukum mati, betul ke? dgr kat radio je tadi ><

eima said...

aku mmg marah ...
nape cam tu sekali membela jantan tak guna tuh ...
sampai hati ko wahai sorg ibu ...

klu aku adek bradek pompuan ...tatau la aku nk wat cam ne ...

sakit ati aku ...

QuEeN Of 2 Heroes said...

pelik betul rasa bole terima lg laki tu da dera anak dia...eeemmmm

[leily.laily] said...

mencikkk.. sakit ati tgk statement pompuan ni.. konon taw pembunuh tu sygkan anak die.. taiiik! kalo ye, takkan berkasar tendang arwah!eeee.. gatey punye org la!

Unknown said...

emm same lah wan, geram plak tengok tajuk n cerita psl minah ni masih syg si pembunuh tu.. aish... x sayang anak ke?

BIONIC WOMEN said...

aik...pelik komen si ibu tu..kalau terlampau sayangkan budak tu naper ler sampai mati jadinya kena belasah...ntah aper2 kan?
kalau dia kata saya maafkan dia boleh ler diterima pakai

ch@ said...

tak salah nak berkasih sayang, tapi... kasih sayang kat kes ni, macam salah tempat je.

Wansteddy Tales said...

Setuju dengan korang semua. rasa terkilan dengan kenyataan si ibu. aku harap kes ni jadi iktibar pada kita dan semua rakyat Malaysia juga ><

maslinamansor said...

sayang pun agak2 la. Kalu dah kekejaman didepan mata, tak kan nak sayang lagi...

Emmy said...

tapi kalu ikutkan masa awal2 lagi ibu tu nampak sgt ke-blur-an dia sbb dari awal2 dulu masa lepas anak dia dah selamat dikebumikan pun tetap cakap tak marah, tetap sayang. Si ibu ni mungkin jenis yang dependant pada orang dan terlalu perlukan lelaki dlm hidup dia. Dia rasa boipren dia ni mcm hero yang dah tolong dia teruskan hidup lepas suami dah masuk jel. kdg2 pengaruh dadah pun ya jugak, sebab kalau lelaki tu dah amik, pempuan tu tak mustahil amik jugak. tapi susah nak cakap kan. macam ada sesuatu yang dah terkena/terjadi pada dia menyebabkan dia susah nak let go lelaki tu. banyak kemusykilan la kes ni. pening kepala.

AcuRose said...

huh.. tak reti lah ibu jenis camne nih. Org da wat anak sendiri smpai mati, lagi mau tankap jiwang ngn pembunuh tu. gile..eiii geram nye..

AyuArjuna BiGoshh said...

pompuan bodo, buta hati dek cinta lelaki plastik...menyampah tgk...buat apalah nak tolong pompuan ni klu kesedaran dlm diri pun takde..panas panas...