Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Friday, October 8, 2010

Bercuti di Kuantan ~ Part III

Hari terakhir di Kuantan. Waktu ni kami nak bersarapan di cafe Hotel. Tapi kebanyakan jenis hidangan tak sesuai untuk Damia. Dia pulak bad mood sebab tak cukup tidur. Tengok muka budak moody tu.

Sementara tunggu hubby ambil kereta kami tunggu di padang dekat Masjid besar Kuantan. Waktu petang dekat padang masjid ni dorang buat latihan Haji. Merasa Damia tengok kaabah mini :)
Nampak saja restoren KFC terus mood Damia naik ke paras happy. Memang kaki KFC betul dak kecik ni :P


Sempat beramah mesra dengan pengunjug KFC yang lain. Macam artis dah femesnya mek kecik ni.

Aku lupa nama dataran ni. tapi orang kuantan mesti cam punya. Best jugak lepak sini boleh cuci mata tengok bot lalu lalang. Untuk bot boleh guna istilah lalu lalang ke? Kena semak kamus dewan bahasa ni. hehe...


Panas terik sebab tu Damia moody balik. Masa ni dah nak balik. Bye-bye... bersambung untuk siri akhir bercuti di Kuantan.

No comments: