Nuffnang

Followers

Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Tuesday, November 5, 2019

Superb SERAMMM!!! Jom terjah Nights Of Frights 7!

Okkeh, harini aku aku nak share pengalaman menyeramkan tapi menyeronokkan kat Nights Of Frights! Jumaat lepas kami berpeluang sertai sambutan ulang tahun pertama realme di Nights Of Frights 7 bertempat kat Sunway Lagoon. Kalau nak tahu, realme adalah rakan smartphone rasmi bagi program NOF7 ni. Inilah julung kali kami sekeluarga berkesempatan ke rumah hantu yang besar dan paling meriah. Memang enjoy betul dari mula sampai hingga habis event!

Acara ini diadakan setiap hari jumaat, sabtu dan ahad bermula pada 4 oktober hingga 9 november 2019 dari jam 7.30 petang hingga 11.30 malam. Throwback masa kami ke Disneyland Paris tahun lepas. Ngam jam 6.00 petang pengunjung mula diminta keluar dari taman tema tu bagi beri peluang tema halloween pada malam hari pula. Macam tu la style NOF7 ni agaknya. Pengunjung NOF7 cuma boleh masuk lepas jam 7.30 petang. Memang gamat sungguh kat entrance sebelum nak masuk tu.

Memang ramai giler orang. Panjang orang beratur. Eh, lupa nak cerita. Terhad kepada pengunjung berusia 13 tahun ke atas je tau. Kat kaunter masuk, staf akan tanya kat anak sendiri umur dorang ehehe... Mia siap kena tanya tarikh lahir dengan tahunnya haha... sis is redha. 

Masuk saja ke dalam penuh dah para hantu pelbagai spesis bergentayangan. Ada hantu yang moody, nak bergambar pun rasa arkward gila. Ada yang terlajak mesra, kita dok menyembang dia pun sakan sibuk nak join sekaki. Ada yang jenis kerek, laju-laju lari dari orang haha... Paling seram sekitar haunted houses. Ganas-ganas betul hantunya. Nak survey tempat makan pun kena kejar haha... Pastu ada pulak pengunjung yang jenis dramatik pakai costume hantu. Tak tahu nak beza mana staf member dan pengunjung sebab sama-sama naik mengusik! Kalau nak tau ada booth makeover gak kat NOF7 ni. Memang worth it!

Kami sempat masuk Sharknado Alive! Jenuh bergelak ketawa dalam tu sebab team kitorang gila-gila jugak. Survey kata tempat ni paling tak seram. Tapi korang standby jantunglah jugak ye, sebab banyak scene terkejut-kejut. Dalam dok kata tak seram konon (sedapkan hati) termelatahlah juga kakak ni hahahah....

Sponsor bersama tema NOF7 ni semestinya realme  so aku tak lepaskan peluang bergambar dalam photobooth ni. Nasip baik takde extra props aka geng hantu jengah masuk join bergambar sekali hahaha...

Ada 8 jenis rumah hantu. Sharknado Alive. 1 teater berhantu, BOMOH: Kat sini standby la jantung, sebab asik kena usik dengan hantu yang bergentayang sana sini. 2 scare zones, hantu pelbagai spesis kat sini. Dari nun, zombi, Annabelle dan lain-lain lagi. 11 thrilling rides dan 2 pentas persembahan sempena NOF7. Ikutkan memang tak dapat nak pergi semua tempat dalam sehari sebab ramai sangat pengunjung sepanjang hari.

Sempat belikan Zombie juice bag (air ribena) dan Devil's Horn untuk Mia. Dua-dua item tu berharga RM15 setiap satu. Ada juga Cursed Tumbler RM32 per piece. Apa pun  memang tak rugi datang ke sini. Best giler!




Monday, October 21, 2019

Jom Cuti-Cuti Singapura!

Hai geng!
Hari ni aku nak share some good info berkenaan beberapa tempat yang dikatakan menarik di sekitar Singapura! Yes! Singapura gais, sebelah je dengan Malaysia. Jiran kita. Okay sebelum aku nak pergi kepada info menarik mengenai tempat-tempat tu, aku nak kongsi dulu sedikit tips untuk ke sana menaiki flights.
Throwback bersama cik Mia. Seperti yang korang dah tau, banyak lagi pengangkutan darat untuk ke sana. Tapi ia akan memakan masa yang lama la untuk sampai ke sana bagi korang yang tinggal jauh dari selatan tanah air. So here some tips mengenai flights yang ada.


Untuk flights ni banyak pilihan airline yang disediakan. Mula-mula korang search je dulu Singapore airlines flights. Then dia akan keluar beberapa result and aku suggest korang cari yang booking through Traveloka. Sebab traveloka ni banyak promo and dia akan view bebarapa pilihan flights yang available untuk date korang tu.
Kredit foto: nomadicnotes
Since tak jauh mana pun nak ke Singapore tu, aku just pick je yang murah sikit. The best Jetstar Flights, penerbangan ambik seawal 9 pagi. Dari KL, akan ambik masa dalam 1jam 10 minit je truly worth it compare naik bas atau drive sendiri. 5 jam nak sampai sempadan tu, belum kira lagi jem berduyun-duyun kat imigresen. So naik flight ni bagi aku akan save banyak gila masa korang. Boleh spend habis-habisan kat Singapore nanti. Ingat pesan aku ni, ambil yang dari Traveloka tu, kalau korang tak percaya, sila la compare sendiri ye.
So tanpa melengahkan masa lagi, jom aku bawa korang ke top 5 destinasi yang meletop! Kat Sinapore ni.
1. Merlion Towers
Kalau dah ke Singapura tak sah kalau tak bergambar dengan Merlion ni ha. Kalau kat Langkawi kita ada Helang sebagai satu ikon tempat pelancongan, kat Singapura ni pula dia guna Merlion sebagai simbolik kepada Singapura. Apa ke benda Merlion ni? Ini ada gabungan daripada Mermaid + Lion = Merlion.
Merlion Towers ni terletak di Pulau Sentosa. So kalau ada yang nak ke sini, boleh terus menuju ke Merlion Towers ni. Pemandangan nya sangat superb, sesuai sangat untuk berselfi dengan patung Merlion setinggi 37 meter ni. Tambahan pula terdapat tasik yang cantik di sekitar kawasan patung Merlion ni. Standby la untuk bergaya kat sini!
2. Universal Studios Singapore
Universal Studios Singapore ini merupakan salah satu daripada 6 theme park universal studio yang ada di seluruh dunia. Gah bukan? Universal Studio Singapore ini terletak di Pulau Sentosa. Ia merupakan satu tarikan yang sangat popular bagi mereka yang melancong ke Singapura. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang datang berkeluarga. Ini adalah destinasi yang tepat. 
Terdapat 7 zon yang korang boleh lawati dalam theme park ni. Antaranya ialah Hollywood, New York, The Lost World, Madagascar, Ancient Egypt, Far-far Away dan Sci-fi City. So kalau korang nak datang ke sini, make sure datang awal okay. Sebab masa opening hour dia je orang dah start beratur. And aku prefer korang untuk beli tiket lebih awal compare dari beli kat kaunter yang disediakan. Mana la tau dapat promo, murah ler sikit. Gitu
3. Singapore Botanic Gardens
Bagi penggemar bunga dan tumbuh-tumbuhan hijau, korang boleh datang ke Singapore Botanic Gardens ni. Ia merupakan satu-satunya tropical garden yang mendapat anugerah UNESCO World Heritages Site. So, apa yang ada kat dalam ni? Korang boleh menyusur laluan pejalan kaki yang disediakan dalam kawasan ni. 
Sepanjang perjalanan, korang akan jumpa tasik yang nyaman, taman bagi tumbuh-tumbuhan hiasan, taman bonsai, taman orkid, ukiran-ukiran yang menarik  dan banyak lagi kawasan-kawasan unik yang menjadikan botanic garden ni sebagai salah satu pemegang anugerah UNESCO. Jangan lupa untuk ke sini dan melihat sendiri keunikan taman ini!
4.  Cove Waterpark
Kredit foto: Tripcarte

Apa benda pulak cove waterpark ni? Haa. Ini la salah satu waterpark yang boleh dikira agak besar di Singapura! Waterpark ni bukan sahaja menjanjikan kepuasan yang berlipat ganda, malah akan membuat adrenalin korang tu memuncak ke maksima. Banyak aktiviti berasaskan air yang disediakan kat sini. Kalau nak buat semua, korang memang kena spend one whole day untuk lepak kat dalam waterpark ni je.
So aku senaraikan sikit la apa aktiviti yang syok korang boleh buat kat dalam waterpark ni. Antaranya:
Adventure River
Whirlpool Washout
Spiral Washout
Pipeline Plunge
Tidal Twister
Riptide Rocket
Dueling Racer
Met Waze
Splashworks
Big Bucket treehouse
Yang aku list ni mana yang tak melibatkan aquatic animal. Kalau korang nak tau, dorang juga ada aktiviti yang membolehkan korang lihat dan rasa sendiri berinteraksi dengan haiwan-haiwan akuatik yang ada. Kalau nak rasa semua, wajib spend 1 atau 2 hari kat sini. Tak menyesal.
5. Bugis Street
Kredit foto: Miss Tam Chiak
Tadi dah seronok-seronok, tak sah kalau tak shopping souvenir nak bawak balik kan? Ini antara tempat yang korang boleh datang and shopping habis-habisan. Kat sini dorang ada jual macam-macam jenis barang. Makanan yang halal pun banyak. Kalau kat Malaysia, boleh kira macam kat Jalan Tar. Harga pun berpatutan. So tak perlu nak pergi beli cenderahati kat tempat lain dah. Semua korang boleh beli kat sini. One stop station bak kata omputih. 
Orait gais. Setakat ni, sekian dari aku untuk sharing session mengenai top 5 tempat yang korang boleh habiskan masa kat Singapore ni. Nanti lain entry aku share lagi tempat-tempat menarik okay. Jangan lupa , plan baik-baik cuti korang tu. Kalau boleh jangan habiskan masa atas jalan je nak kesana. Simpan masa tu untuk korang berlibur di destinasi yang ingin dituju. Sampai jumpa lagi. Bye!

Wednesday, December 20, 2017

Jom cuti-cuti | Sunway Lagoon! - part II

Sambungan dari Jom cuti-cuti | Sunway Lagoon! - part I. Dari Main Entrance, kami jelajah Wildlife Park seterusnya menuju ke Nickelodeon Lost Lagoon. Ini pertama kali kakak datang ke sini. Bukan je anak-anak excited, mommy dan ayahnya pun teruja!

Kami melalui Wildlife Park untuk ke Nickelodeon Lost Lagoon. Tengok map macam jauh, tapi bila berjalan sambil bergambar, kejap je rasanya perjalanan.  Kat sebelah kanan tu ada surau. Sangat selesa untuk para muslim mendirikan solat. 

Caution! Dah warning kat gegurl cousin ni awal-awal. No paw-paw! Enjoy permainan sekitar Sunway Lagoon semahunya. Akhirnya mommy yang terjebak beli souvenir menarik kat sini. Offer pun mengancam. Contohnya magnet Spongebob SquarePants beli satu, percuma satu. Ada juga promosi separuh harga. Sekeping magnet RM5.00 ke RM19.00 sahaja. Kalau nak borong Keychain pun berbaloi, seutas dalam RM6.00 sahaja. 

Jam 4 petang gunung berapi tu akan meletus! Kat situlah persembahan Tale of Mount Berapi dan Volcano Show diadakan. Jam 2.20 petang persembahan Pirates of the Wonderland Show diadakan sekitar Pirate's Revenge. Kena semak jadual dalam pamplet Sunway Lagoon untuk maklumat lanjut ye.

Perkara wajib singgah kat sini, ambik gambar dengan mascot Spongebob, Patrick dan Ninja Turtles!  Acara Meet & Greet ni bermula jam 12.00 dan 12.30 tengahari. Ini je gambar berempat yang sempat kami ambil. Punya teruja ke sana sini. Sampai gambar sekeluarga pun lupa!

Luncheon kat Cubes Pizza. Sekarang ni dah pelbagai jualan makanan disediakan. Pilihan makanan pun banyak. Tak hadapi kesukaran nak pilih menu bersesuaian untuk keluarga.

Part paling mengujakan. Bawa anak-anak bermain air. Kami ronda-ronda sekitar Nickelodeon Lost Lagoon. Sempatlah Damia dan Esya bermain beberapa permainan. Selebihnya kena skip sebab Esya tak cukup ketinggian. Oh ya, setiap jam 3.30 petang, pengunjung boleh berlumur dalam air hijau dalam acara Slime Time sekitar SpongeBob Splash Adventure! 

Beach time! Panas lit lit area ni. Auntie pun rasa nak terjun kolam sekali. Kenangkan jadi makcik jaga beg, sabar je la.  Ayahnya la paling kesian. Sana sini usung pelampung besar tu. Boleh rujuk harga sewa pelampung di sini: https://sunwaylagoon.com/pricing/. Yang penting anak-anak enjoy sangat kat sini. Siap bina istana pasir juga.

Sebelum merayap sekitar Kalahari Kids, Little Zimbabwe dan Wave Pool, singgahlah shower dulu kat Water Disco. Standby melalui kawasan target utama kanak-kanak. Memang sentiasa sesak dari baby sampai orang dewasa.


Letih sudah. Lepas makan-makan, bersihkan diri, kami bersiap untuk balik. Sementara tunggu mommy solat asar. Budak-budak ni bermain sekitar Nickelodeon Lost Lagoon. Nampak mascot SpongeBob dan Patrick sibuk bergambar dengan pengunjung. Pastu kena kejar! hahha... pandai bergurau ye.. Sayang, ayahnya tak sempat nak capture the moment. Takpelah, asal jadi ingatan abadi kat budak berdua ni haha...

All Terrain Vehicle. Pernah try sukan lasak ni? Size budak-budak pun ada. Boleh cari sukan ni kat Extreme Park. Banyak lagi suka lasak kat sini. Tapi kena bayar berasingan. Tidak termasuk harga tiket all in one yang macam Mia pakai tu.

Last but not least. Peluklah mascot itik ni sebelum balik. Bye Bye Sunway Lagoon! Memang seronok bawa keluarga bercuti kat sini. Sehari rasa tak puas nak jelajah semua taman tema. Keseronokan seisi keluarga di Sunway Lagoon! Sampai kita jumpa lagi.

Untuk pengetahuan kalian, Sunway Lagoon Malaysia meraikan 25 tahun sambutan Wonder Years. Pelbagai pakej disediakan. Nikmati pakej cuti sekolah akhir tahun seperti:

FamFun untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak: RM390
4-To-Go untuk 4 dewasa: RM456.00
Beli 3 dewasa percuma 3 dewasa: RM510.00

Untuk maklumat lanjut sila layari 
Hubungi: +603 5639 000