Nuffnang

Followers

Thursday, October 28, 2010

Contest pun ada COPYRITE'nyer

Mood ke laut tadi tenggelam timbul. Dan rasanya aku nak bebel kosong pasal contest sementelah lebih ramai suka isu pasal contest dari cerita kisah aku yang kuat membebel ni kan hohoho...

Sibuk benar aku blogwalking tadi. Sambil singgah-singgah blogger punya contest. Memang makin menarik. Tapi aku asyik bertangguh nak join sampai lebih tarikh tutup. Alangkah ruginya.... Tapi kisah yang aku nak kongsi ni pasal blogger yang menyamar dan terjah masuk blog blogger lain dan beri kata-kata 'baik punya' demi nak jatuhkan semangat meng'ontest beliau.

Dowh... Kalau orang lemah semangat mungkinlah boleh jatuh sakit hati dengan perbuatan mereka-mereka ini yang kurang didikan moralnya. Tapi aku percaya blogger yang dikritik baik punya ini mesti dah terbiasa dengan kata-kata jelesan sedemikian. Paling-paling tidak pun beliau mengeluh je dalam blognya. Itu suatu tindakan yang bijak. Malah aku percaya beliau memang kuat semangat.

Pendapat akulah. Tak boleh ke kita ceburkan diri dalam dunia contest ni dengan cara sihat? Tak main tipu tu satu hal la. Tapi kalau dah tak menang, korang nak kondem pulak pemenang dengan alasan muka-muka diaaaaaaa je menang. Apa kes kan. Sudah namanya rezeki. Terima jelah. Dah tahu orang tu pakar contest kenapa tak belajar dan contohi semangat juang mereka? Ini usaha pun separuh hati, ada hati nak maki hamun orang sebab dorang menang. Adowh... Sila berfikiran luas terbentang disukai ramailah kawan.... Sama-sama mau makan tapi jangan sampai makan kawanlah....

Satu lagi aku nak bagitahulah. Dan aku maklumkan juga, ini hanya pendapat aku. Tak salah kita mencontohi cara dan teknik yang digunakan pemenang. Asal jangan kita copy bulat-bulat apa yang dilakukan oleh beliau. Itu yang timbul isu besar-besaran copycat la segalanyalah. Tak salah kita mengubahsuai tapi bila kita ambil bulat-bulat.... dan menang pulak.... memang cari nahaslah. Dalam satu huruf kita copy dan ubahsuai 20 patah perkataan dengannya dah cukup baik. Tapi copy semua slogan? Menjawablah dengan pemilik asal slogan tu kan. Orang jerih perih perah otak bikin slogan cari idea kreatif melukis, kita sedap-sedap tiru dan akui itu hak milik asal kita... Dowh... Kalau pemenang asal tu tak kisah. Okey. Tapi kalau dia bengang apa nak dikata? Sengih je la.... Untunglah kalau tak kena saman kan. Sekarang ni pasal hak cipta terpelihara heboh dijaja sana sini so jangan ingat berkenaan contest pun kita boleh suka suki.

Pereka yang bertaraf antarabangsa pun meniru hasil rekaan pereka amatur. TAPI diolahkan dengan gaya tersendiri. Ilham tu tak semestinya sekelepuk dari kepala sendirikan. Kadang-kadang diubahsuai dari ilham orang lain. Tapi pandai-pandailah bikin ubahnya..... :)

Dan aku juga berkawan dengan beberapa pengontest tegar. Mereka terdiri dari kaki contest online sahaja atau jenis terbuka atau jenis kreatif atau jenis lukisan sahaja. Kadang-kadang kami berkongsi tips kemenangan. Taktik untuk menang. Dan berkongsi link contest yang pelbagai. Ada sesetengah contest memang susah nak tahu. Nak-nak jenis yang hadiahnya superb best atau conetstnya senang mak enon nak menang. Yang ini dapat kawan kaki contest bagus, dorang kasilah ko link. Kalau dapat kaki comper kedekut tahik idung masin tanyalah berjuta kali pun mana2 link. Tinggal janjilah kata nak kongsi. Esok nak tamat tarikh contest, baru nak kongsi. Walhal nak bikin itu slogan atau lukisan kemain susahnya nak perah otak makan masa. Sah-sahlah tak sempat nak join kan... Lain kali Melah.... ko jujur je cakap gini kat aku.... "aku taknak kasi ko link, nanti ko menang, aku jeles!" Habis cerita... hohoho.... Spesis camni kita kena bawak bersabar banyak-banyak hahahah.....

Akhir kata bersama-samalah kita berkawan secara mesra alam dalam dunia contest ini Tak kiralah dunia luar mahupun dunia dalam internet. Jangan cari musuh lebih-lebih lagi dengan comper dahsyat hebatnya. Sebab sekali ko lawan maki hamun dengan kaki comper yang bagus, kita kerugian banyakkkkkkkkk peluang untuk menimba ilmu contest. Dan berkongsi itu lebih baik dari makan sorang-sorang. Perut kembung xlarat nak usung! buehehehhh....

9 comments:

tiefazatie said...

erm..btol2..sis..ifa baru je post n3 pasal copycat ifa nie haritue..ifa xpernah kedekut nak bg link2 ga sume tue..tp perlu ke die copy n3 ga ifa..sama sis..hanya olah sikit2 je..pastu die leh amik lak dr n3 ga ifa yg lain campur2 kan..sis..ifa kenal la ifa nye n3 kan...ifa ingat 1 ga je die copycat tapi 4 ga sis..adeh...tkejut ifa..mungkin die xsenang duduk kot ifa btuah nie..huhu..sedih ifa..xcukup dgn itu..idea2 ifa wat n3 pun die copy gak...style ifa cakap pun die copy gak..yg itu kelakar la..haha..adoi la..hampir sume style sama kak..mau nangis ifa baca blog die..huhu..skrg die dh private blog die..tp ifa mmg tkilan..die xnak ngaku salah die..siap ckp ifa dah salahkan die..pastu blogger2 lain pun backup ifa..so die cakap nak apa lagi..sedih kan sis..cam ifa lak yg salah nie..adeh..tapi..ending die cakap promise tak buat lagi!haha..itu lagi kelakar la..maknanya die memang copycat!tapi xnak ngaku nie..huhu..sedihnye..ble ifa suruh wat n3 mintak maaf die dgn cpt ckp okie!tapi mmg xikhlas..sebab die xckp pun sebab apa...still xnak ngaku jadi copycat nie..huhu..xpe la..nak buat camne kan..ifa heran btol la..ifa bukan hebat pun..perlukan buat ifa camnie..ifa layan die baek je..tapi nie die buat kan ifa..patut die selalu stalker blog ifa..tapi xpernah tinggal jejak nie..rupe2nye itu keje die..erm..xpe la..allah dah tunjuk...dan ifa xtakut..ifa ada sume bukti2 even kalu die dah delete pun post2 itu...=(

sis..sori ye bebel panjang2..huhu

Mama Zharfan said...

bagus entry ni :)
sifat jeles or hasad dengki adalah sgt keji ..nauzubillah :)
so far , my buddy compers semuanya ok :)

Wansteddy Tales said...

ifa ~ xpe luahkan je dik. kdg2 bila kita diam2 org ingt kita okey. pehtu berani buat lagi. lg haru dia ajak kroni mencontohi sikap dan tauladan beliau... yg merana mangsa2 beliaulah. siapa pn gerangan orgnya (mmg xtau siapa) kalau pn baik dgn akk masih akk rs slh tu slh. xpelah dia xnk buat pengumuman terbuka mntk maaf tu ifa. dia janji xkan buat lg itu dah ckp. kdg2 sukar nak bendung sikap ego seseorg tu. myb jauh dr sudut hati beliau ada rs bersalah. nk mntk maaf segan. jd ifa maafkan jelah. moga2 keterbukaan ifa akan dibayar nikmat lebih manis dr allah. tp akk fhm... bersbr itu mmg perit. adeh!

Wansteddy Tales said...

syuhada ~ trimas dik. bnyk ooo akk belum balas tag contest org. jengah masuk td bnyk yg dah lepas duedate waaaaa.... sedis sekali!

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ bg sesetgh pihak myb terjumpa secara tak sengaja comper yg ada hasad dengki ni. utk pengalaman wan... ada lah jumpa sorang dua :) tp xpe, janji kita happy dgn apa kita buat.

tiefazatie said...

terima kasih kak..huhu..sori bebel pjg2 nie.hihi.ye ifa maafkan die kak.sape la ifa nak hukum die kan.tapi alhamdulilah..makin murah rezeki ifa kak akhir2 nie..mungkin cam akak cakap berkat bersabar itu..hee..tp mmg sabar itu perit..tp itu la kehidupan kan kak..=)

yantz-yeem said...

aku stujussssss bangat!!!baru je aku terpikir nak buat entry sebegini...tapi aku akn buat jugakkkk,....

Wansteddy Tales said...

ifa ~ itulah semangat jati diri anak melayu yang patut dicontohi. kalau akk jd ifa pn meraban jugak marah2 tp makin kita marah makin merudum mood kita. dgn bersbr masuk ganjaran insya'allah dpt bendung sikit rs sedih hati kita kan kan... ifa teruskanlah usaha. mmg biasanya mereka2 yg berjaya selalu dicemburui. kejadian yg menimpa ifa ni bermakna ifa mmg dah masuk kategori Superb Comper. So, jeles jelesan adat biasa di hati2 mereka2 yg busuk hati. abaikan saja. yg penting kita happy!

Wansteddy Tales said...

k.yantz ~ kdg2 bila kita jujur sngt menulis, org benci. aku dah lama pk nk buat entry ni tp ble kes2 makin bermaharajalela aku luahkanlah juga. bukan utk diri. tp wakilkan mana2 pihak lain yg xpuas hati juga :)