Nuffnang

Followers

Friday, October 1, 2010

DiGi iPhone 4 Play

Kisah bersiri Kak Wan dan DIGI iPhone 4:

Babak PERTAMA: DiGi iPhone 4 Me
Babak KEDUA: DiGi iPhone 4 Play
Babak KETIGA: DiGi iPhone 4 Real
Babak KEEMPAT: DiGi iPhone 4 Life

K.Wan dah kata... iPhone 4 ni memang canggih. Macam-macam aplikasi tersedia. Fungsi iphone ni macam muatan stor besar yang menyimpan pelbagai produk. Hanya dihujung jari kita dapat temui apa yang kita perlukan. Namun dalam banyak-banyak aplikasi akak senaraikan Top 6 yang jadi punca kenapa akak sukaaaaa sangat iphone 4 ni!

Apps for iPhone

1) Memiliki koleksi aplikasi terbesar dalam dunia Mobile

2) Muat turun aplikasi mudah, hanya klik untuk mendownload.

3) iPhone mempunyai perkhidmatan update terkini dengan cepat

4) Aplikasi yang sempurna dan dijamin selamat.

Apps for Fun & Game

Bagi mereka yang suka bermain game, sudah pasti Apps for fun and Games menjadi pilihan. Dalam aplikasi ini, memang banyak Games yang ada seperti SCRABBLE, Harry Potter: Spells, Touch Hockey: FS5, Plants vs. Zombies dan banyak lagi. Korang boleh pilih saja Games mana yang menjadi pilihan korang.


Apps for Cooks

Mahu memasak sehebat K.Wan tapi takde resipi? Mudah saja, cuma klik aplikasi bahagian masakan ni... anda dapat terus resipi yang diperlukan. Kerja memasak semudah ABC. Silap-silap boleh kalahkan masakan chef terkemuka. Belum cuba belum tahu tau...


Apps for Keeping current

Segalanya yang terkini di hujung jari! Tak perlu selak surat khabar atau mengpos surat kepada rakan taulan. Melalui aplikasi ini memudahkan anda berhubung dengan dunia luar secara bebas. Memang best kalau melancong ke luar negara sambil bawa iPhone ni. Apps for Keeping Current dari dunia perniagaan, sukan, politik, muzik, fashion, dan banyak lagi.


Apps for Students

Apps for Students, menyediakan pelbagai kemudahan kepada pelajar. Contohnya seperti New Oxford American Dictionary memberi kemudahan translate serta Convert unit calculator membolehkan anda menukarkan kawasan, mata wang, tenaga, gaya, panjang, kelajuan, suhu, kelantangan, tipografi, dan banyak lagi. Tak payah susah-susah bawa kamus tebal-tebal lepas ni. Segalanya dalam iPhone sedia ada.


Apps for Music

Akak pun suka musik. Apps for Music memang terbaik! Banyak kelebihan yang ada dalam aplikasi ini, antaranya korang boleh menulis lagu, membuat stesen radio serta banyak lagi. Nak belajar main gitar pun boleh dengan hanya melalui GuitarToolkit. Gigih K.Wan nak cuba perisian ni nanti!


Banyak lagi senarai aplikasi dalam iPhone ni. Kalau cakap je takde bukti susah jugak kan. Apa kata korang pun join contest ni. Untung sabut masuk rezeki menang iPhone ni bolehlah akak tumpang sekaki! Nah ini link contest ni. Rajin-rajinlah menulis. Esok tarikh tutupnya!

Bersambung pada babak ketiga:
DiGi iPhone 4 Real

No comments: