Nuffnang

Tuesday, October 19, 2010

Facing The Climate cartoon contest


Ahad lepas pergi Ikano. Tujuannya sebab aku sertai contest melukis kartun anjuran NST. Malam sebelum pergi bukan main perah otak aku pikirkan konsep Facing The Climate. Tapi masuk ke dalam kereta aku masih tercari-cari konsep yang sesuai.

Jengah saja pintu masuk aku dah rasa aura kartunis-kartunis hebat yang sampai terlebih dahulu. Waktu tu contest dah bermula. Aku lewat 15minit. Separuh hati aku nak jejak masuk dewan tempat pertandingan. Aku yakin betul (jujur ni) kecundang dengan jayanya. Tapi hubby berikan galakan. Menang kalah bukan isu. Yang penting aku timba pengalaman baru bertanding seiring dengan pakar kartun yang berpuluh tahun babitkan diri dalam bidang kartun di Malaysia ni. Maka tekad aku cuma satu, masuk contest untuk memeriahkan suasana. Tiada niat dan harapan untuk menang.

Aku duduk semeja dengan wartawan NST. Berbekalkan sebuah pen dakwat mata 0.3 aku pulun melukis sampai jam 12.30 barulah hubby datang bawa bekalan pen lain. Sudahnya lukisan tu aku tak warnakan. Tengok meja sebelah, kemain lagi pakcik tu lukis karikatur dan warnakan sekali! Kagum aku tengok skill pakcik tu. Teruja nak pusing keliling dewan tengok cara orang bekerja, tapi kartun aku belum siap. Sudahnya aku tekun jugaklah melukis dengan hati yang sebal.

Aku tak nak mengalah siapkan separuh jalan walaupun dalam hati ni memang berbelah bahagi. Sisi notty aku kata... Kalau lukis detail, tak menang tak guna. Sisi baik berkata.... Lebih baik aku siapkan lukisan penuh, yang penting kepuasan melukis tu ada. Sudahnya aku dengar kata hati baik aku. Teruskan usaha siapkan lukisan.

Sayangnya bila lukisan dah siap, hubby takde, kamera dekat beliau. Jadinya tak sempat aku ambil gambar lukisan aku hari itu. Memang 1000 kali sayang. Nasiplah... Kalau tidak boleh dah aku buat kenangan paparkan lukisan aku tu dalam blog ni hehe....

Ketika sessi pengumuman pemenang, aku duduk jauh-jauh. Confirm kalah kan hahaha... Antara 5 pemenang saguhati yang aku kenali, kartunis Aie, dan dua orang kenalan hubby. Yang lain tak dapat dikesan. Mungkin kartunis juga. Pemenang saguhati membawa pulang cash RM500. Pemenang ketiga (RM1000) orang kampung X-opismate kami. Pemenang kedua (RM2000) tak kenal rasanya kartunis juga. Pemenang pertama (RM3000) kartunis sireh. Kenal mereka-mereka ini melalui majalah Ujang je. Kalau tengok nama memang tak kenal sorang pun sebab masing-masing popular dengan nama samaran kan.

Tak menang pun takpe, kenangan itu yang penting :)


Sempat bikin dialog dengan hubby dalam kereta:

aku: Hurm... patutlah dalam syarat tulis penganjur tak akan bertanggungjawab atas kekecewaan peserta. Awal-awal dah tau kot ada yang kuciwa macam mummy...

hubby: Takpe.... yang penting timba pengalaman tu... At least mummy tak takut mencuba.

aku... pandang hubby, sengetkan bibir sikit, angguk kepala dengan bijaksana dan cakap...

aku: Setuju!

hehehe..... Gambar.... nanti-nantilah aku upload.

6 comments:

Cute MuM said...

tahniah berani mencuba...
mane tau satu hari nanti boleh menang pulak...
Gud Luck yer..

Wansteddy Tales said...

cute mum ~ dah biasa join contest gini tp 1st time bersaing dgn kartunis malaysia mmg xde can la hahaha... gigih join sbb nk timba pengalaman :)

AyuArjuna BiGoshh said...

hebat wan....takpe pengalaman banyak memberi pengajaran..i mmg admire your artwork... :) :)

Momma Mia said...

Semangat tu penting!!
cayo lah wan!!
memang hebat!!

all the best in next contest!!

Wansteddy Tales said...

AyuArjuna BiGoshh ~ uhuhu... k.ayu bg wan touching je sebak pulak pagi2 gini (kalau org pat2 bahu kita bila kita sedih bikin tmbh rs sayu ini wuwuw....)

SyUhAdA said...

GUDLUCK~~!