Nuffnang

Followers

Wednesday, October 6, 2010

Hadiah produk Clarins & Vichy

Minggu lepas ada aku ceritakan tentang surat tuntutan hadiah dari Measat dan Blu Inc. Alhamdulillah minggu ni barang-barangnya sudah diambil oleh hb. Kesemua produk bernilai RM354.00. Terima kasih banyak-banyak pada penganjur contest Majalah In Trend dan Her World. Memang majalah yang sarat dengan info menarik! Aku tak pernah lepaskan peluang beli majalah-majalah ni tiap-tiap bulan.


Produk Clarins bernilai RM200. Sepatutnya Clarins ini milik kakakku, sebab aku letak nama dia dalam borang contest. Tapi memandangkan kakak sedang mengandung, rasa tak kena pulak kalau dia nak pakai krim anti selulit ni kan. Memang padanlah dengan aku, boleh tampil kurus lepas pakai Clarins ni hehe....


Produk Vichy bernilai RM154.00. Berhajat nak berikan produk pembersihan wajah ni pada kakak. Tak tahulah nak hantar macam mana. Pos laju atau pos pada bas ekspress balik kampung. Nanti-nantilah fikir. Kena-kena pulak hadiah ni untuk kakak sebab masa balik kampung haritu, beria dia tanya kat aku produk apa elok untuk muka. Aku nak jawab pun tak reti, biarlah dia cuba sendiri Vichy ni. Kot serasi bolehlah jadikan produk sepanjang masa. Pembersih wajah ni dapat surutkan jerawat dan kulit berminyak. Krim kecil tu boleh guna sebagai base make up. Aku tak cuba pun. hara-harap produk ni serasi dengan kulit kakak.

6 comments:

Mama Zharfan said...

me kalau dpt produk2 yg me tak guna, me jual online hehhehe dpt cash :p

ddfirdaus said...

kalau berkenan nk try skincare mary kay boleh contact i. I dah mula pakai mary kay lepas bertahun2 asyik tukar2 product

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ saya saja nk gunapakai kot serasi hehe... lgpun jarang nk berforum xde kot kenalan yg sudi nak beli :)

Wansteddy Tales said...

dbalkis ~ senangkan kalau dah dpt produk yg serasi dgn kulit. saya ni asyik bertukar je sbb xserasi. bila la nk jumpa produk yg betul2 ngam dgn kulit ni :)

ddfirdaus said...

kalau nak try mary kay bagitu ye. I dah start suka mary kay. Bukan setakat produk tapi diorng ajar cara yang betul untuk jaga muka, cuci muka etc.

Wansteddy Tales said...

dbalkis ~ insya'allah... saya pn masih dlm mood mencuba produk baru ni :)