Nuffnang

Followers

Tuesday, October 12, 2010

Header baruku

Tak dapat berlama-lamaan kat blog hari ni. Tadi rancangnya nak blogwalking tapi server ni masih macam semalam lembab betul. Aku cubalah BW mana-mana blog yang sempat. Banyak kali internet tutup sendiri ni. Apakah masalahnya ini?

Tapi.... Bagus jugak, boleh aku fokus pada kerja. Tak sangka hari ni menimbun pulak kerja masuk. Sekali masuk dua tiga kerja aduh duuu... Tak nak komplen. Harus bersyukur dapat kerja. Kalau orang lain merungut banyak kerja kan. Tapi aku suka. Sebab boleh tambah jenis kerja dalam SKT aku tahun ni haha... Niat yang baik insya'allah Allah akan permudahkan jalan kerja aku. Nak kembali bekerja dengan penuh dedikasi ni.


Oh ya, harini aku dah ubah header baru. Header lama diturunkan sebab dah habis bulan syawal kan. Sebenarnya latar belakang header tu dah berkurun aku rekabentuk. Dalam tahun sudah dah ada templatenya. Tapi tak gunapakai sebab aku lupa simpan kat mana. Kebetulan aku terfikir nak design kerja baru terfikir juga nak reka header baru hias blog ni. Sudahnya inilah hasilnya.

Simple-simple je. Aku kalau untuk blog sendiri design ala kadar je. Rancangnya ada masa nanti aku ubah suai balik header ni. Tambah perabot ke, hiasan ke. Tengoklah. Rancangan berikutnya nak mintak khidmat makeover blog dari Whitey Mommy. Aku tak handal nak design makeover ni. Jangan mintak tempah makeover dengan aku ye. Untuk blog sendiri pun tak lepas...

Harus study makeover blog dengan Wan Hazel heehee... Ramai blogger dengan baik hati sediakan pelbagai kemudahan tutorial makeover blog. Tinggal rajin tak rajin nak baca dan godek pakai je. Aku? Pelan-pelanlah.... yang kerja dok ada ni pun tak terbuat lagi ni ha... Sudahnya sampai tahun-tahun berikutnya impian nak makeover blog sendiri tinggal angan-angan. Lebih baik minta khidmat Whitey Mommy kan. Cepat sikit dapat design template cantik dan baru lagi bergaya! hahaha...

Dalam dok kata nak berblog kejap je membebel panjang jugak aku. Apalah...

15 comments:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

bestnyer pandai buat header sendiri.. bila2 masa leh tukar baru.. hehehe.. jeles..

onniey84 said...

kartun2 pun kiut miut dan cantik

eija_sweetmama said...

Chomelnye dolly wansteddy..so pinky, berkilau dia nye mutiara..hehhee..

Unknown said...

pandai kak wan buat sniri :)

mummy_ayu said...

nice...sgt suka..semua header wan design pun cantik..sweet ..

Wansteddy Tales said...

mrs. K yg beri inspirasi saya mulakan bis design header blog ni ;)

Wansteddy Tales said...

onniey ~ TQ ;)

Wansteddy Tales said...

Eija Zaquan ~ kekeke.. itu kerja pemalas eija, nk cepat. sy amik je template readymade body dolly je buat baru :P

Wansteddy Tales said...

Ieda Al-Habsyi ~ yg simple dan selebet je buat utk diri sndri. mals nk berias sngt ;P

Wansteddy Tales said...

mummy ayu ~ trimas. kalau utk cus harus kena ikut kehendak dorg biar puas hati. tp utk sendiri ala la je ayu :)

AcuRose said...

waa..da berubah rupa header kwan ku ini. sgt sukenye acu tgk dolly tu.. santai dan kaler yg menarik..pink gitu..hehe.. lovely dear :)

Bukan Bidadari said...

cantik...... simple tp menarik

Wansteddy Tales said...

acurose ~ nak buat mata dia kelip2 animate tp xreti ahhaha nnt la menuntut ilmu dgn acu buat animated header pulak :)

Wansteddy Tales said...

ema ~ kerja malas tu ema aku buat cepat sbb harini sesak dgn kerja uhuhu

sue said...

Cantikkk..i like it..Bestnya kalau teror mcm wan ni..