Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Friday, October 8, 2010

Bercuti di Kuantan ~ Part I

2 minggu lepas kami bercuti ke Kuantan. Sebenarnya rancang nak ke rumah terbuka anjuran kawan hubby. Tapi disebabkan kami melencong ke warehouse Mattel dulu kat Atria. Perjalanan yang makan masa lebih dua jam tu buatkan kami lewat ke rumah terbuka tu. Sudahnya tak sempatlah jengah kawan hubby. Tapi agenda keduanya kami bercuti sambil jumpa adik aku yang belajar kat Kolej Syahputra Kuantan. Kiranya perancangan dua dalam satu la kan.
Damia bertuah dapat barbie Troy. Sebabkan masuk warehouse tu pun dah tengahari memang banyak barbie koleksi lain yang habis dirembat pengunjung lain. Kami dapat Barbie Troy ni pun bekas-bekas tak jadi dibeli. Ada kat bawah kaunter bayaran. Kiranya memang dah jadi rezeki Damia ni. Punyalah sayang sampaikan Troy hilang kejap dalam kereta dia dah amuk minta carikan hehe... Tapi dah sampai rumah dia buat tak layan dah kat Troy ni. Kesian kau. Duduklah dalam bakul je ye hehe...

Aku dan Damia. Dalam perjalanan terus ke Kuantan. Nampak cincin kat jari Damia tu? Kira-kira macam cincin dari Troy untuk dia la. Gigih nak pakai jugak padahal tak cukup saiz. Besar sangat. Sayang punya pasal, pakailah juga :)

Tunggu ayah check in hotel. Sambil-sambil tu seluruh ruang lobi dia merayau. Siap naik turun tangga sesuka hatinya. Jenuh paparazzi ini nak kejar hehe...

Sessi melawat kawasan

Dan sessi menggedix
Photoshot untuk contest Tinge. Tapi mek kecik ni asyik interframe. Kenalah ambil picca dengan dia-dia sekali, haih...

2 comments:

mama zharfan said...

comel ur girl pakai overall/dungaree denim tu (pic last) :)

Wansteddy Tales said...

overall gift dr mak ngah damia :) baby girl ni best jd subjek melaram. kita ibu2 puas berimaginasi bg anak melaram haha