Nuffnang

Followers

Monday, October 25, 2010

Terapi kurangkan stress aku CABUT RAMBUT!

Owh... dalam aku dok komplen takde mood. Dah publish entry baru barulah timbul satu idea nak karang entry. Kali ni pasal rambut. Itu pun kebetulan aku buka make up case aku tadi nampak helaian rambut sendiri bersepah sana sini.

Untuk pengetahuan korang, rambut aku seumur hiudp ini paling panjang pun setakat paras bawah bahu je. Tak pernah lagi lebih panjang dari itu. Kalau panjang, aku rimas. Cepat panas kepala. Cepat naik stress. Dan lagi kelumumur dan rasa gatal-gatal kepala menular sana sini. Puas cuba macam-macam syampu dan perapi rambut pun tak jalan jugak. Sekarang rambut aku dah melebihi paras panjang aku yang dulu. Jadinya inilah situasi yang menyebabkan aku cepat sangat tension ok. Boleh lak nak menyalahkan rambut! hahahha...

Kalau rambut panjang aku suka cabut-cabut rambut. Konon-konon tarik rambut gatal. Tapi bila dah ada kesedaran diri lepas nikmat mencabut rambut tu..... Nah! Macam kedai gunting rambut dah rumah aku jadinya. Siap boleh buat rambut palsu baru! Giler banyak dan bersepah tau. Kendian aku cuba kontrol nafsu mencabut rambut. Tak lama. Elok landing baring-baring sambil tengok TV, aktiviti tersebut kembali semula. Nak bestnya bangun pagi esoknya penuh lantai dengan rambut aku! Yang sadisnya rambut yang okey-okey pun aku cabut sekali! Sayang betul.... sayang...

Pernah melalui waktu kritikal zaman remaja dan ketika berjinak-jinak cabut rambut ni. Rambut aku tipis benar sampai nampak kulit kepala! Abang aku siap sindir kepala aku dah botak! wuwuuuuu.... Sedih okey. Lepas kejadian tu aku ambil inisiatif, Rambut aku tak boleh lebih panjang dari paras bahu. Sebab kalau lebihi tahap tu memang buat aku tak senang duduk.

Cabut rambut ni pada aku semacam satu terapi pada aku. Boleh hilangkan rungsing kononnya. Tapi hakikatnya bukan masalah boleh setel sebaliknya timbul masalah baru. Giler lama nak tunggu rambut tumbuh segar bugar semula. Haih....

Baru-baru ni aku dapat rasakan tabiat mencabut rambut aku kembali bermaharajalela. Sampaikan Damia pun komplen. Nampak saja rambut aku bersepah dia jerit panggil aku dan tunjuk... "Mi...Mi... (mummy) but.... but! (rambut)" Anak sendiri pun dah komplen, so pandai-pandailah fikirkan. Memang aku kena gunting rambut untuk legakan segala kekusutan kat kepala ini. Haih....

Sumber picca: aku GooGle


4 comments:

Eliss said...

pelik jugak hobi mcm ni.hehehe.rambut aku tak cabut pun banyak gugur.kena makan byk kalsium nampaknya..huhuhu

Ummi Hanie said...

eh same lak hobi pelik kite ni wan ! tp hobi ni baru jugakla bg sy,tp sedap wooo..kan kan kan? ;p

baru2 ni kulit kpala sy ada sikit masalah kegatalan,tp bukan dandruff..rimas betul ! then wat kputusan nk potong rambut walopun rambut i mmg nipis sgt...huhuu..penah jadi insiden ala2 botak nmpk kulit kpale tu akibat aktiviti mncabut rmbut ! hehh..

niw,rambut i dah dipotong...kurg sikit rimasnye...alhmdllh

Wansteddy Tales said...

e.l.i.s.s.m.i.e ~ pelik eh saya dah kena sindrom tarik2 rmbt ni start ting 5 dulu terikut kwn sekelas :P

Wansteddy Tales said...

ummi Hanie ~ tu la... rs cm terapi je cabut2 rambut ni. best semacam. tp bile tgk rmbt habis terbarai 1 umah tau plak panik tkt botak! hahhaa... kita ni gamaknya jenis xboleh berambut pnjg hanie. kalau xgian nk tarik2 cabut2 :P