Nuffnang

Friday, October 22, 2010

Terlajak perahu boleh diundur, Telajak kata buruk padahnya

Kawan lama kawan baharu,
Bila bertutur berbudilah bahasa,
Kawan senang usah cemburu,
Sama-sama bertimbang rasa.

Bila bergosip kawallah diri,
Jangan sampai terlanjur kata,
Kita mengata orang mengeji,
Adat dunia hukumnya karma.

Takde copypaste dari mana-mana sumber. Hasil nukilan diriku sendiri. Apa kes aku bermadah seloka pagi remang begini. Ianya luahan hati separa kecewa. Kadang-kadang bila kita berkawan kita lupa batas yang dibolehkan waktu bergurau senda, perli memerli atau tegur menegur. Tak kisahlah kawan di dunia nyata atau dunia maya macam kita sekarang ni.

Kalau kita dah kenal lama mungkin lain kisahnya. Dah lama kenal hati budi, dah tahu kat mana boleh cuit, kat mana boleh 'sentuh'. Kalau perli pun kita tak ambil hati sebab tahu kawan bergurau. Tapi walau lama mana sekalipun berkawan, batas tetap batas. Kalau terlangkau lebih dari yang sepatutnya haruslah wujud insiden terasa hati dan sebagainya.

Kalau baru berkenalan, hubungan masih diparas suam-suam kuku mesranya, janganlah sesuka hati tuturkan atau tuliskan bait kata yang boleh mengguriskan hati. Kata-kata macam dah tak hormat pada orang lain. Walaupun dengan atau tanpa niat. Walaupun kita sedang marah. Sedang emosi perihal sesuatu. Atau kalau kita tak puas hati. Kelak orang akan hilang kepercayaan pada kita. Hubungan boleh jadi hambar dan layanan pun dah tak akan semesra dulu. Yang pastinya kata pepatah lama banyak benarnya:


Terlajak perahu boleh diundur,
Telajak kata buruk padahnya

Mungkin kata-kata itu tanpa niat. Aku positifkan fikiran yang demikian. Tapi kata-kata yang lainnya menguriskan hati. Percayalah, bila kita bergosip dan mengata orang lain. Akan ada mata-mata lain yang menyampaikan pada mangsa yang kita gosipkan itu. Kalau dah gosip tentulah ada tokok tambahkan.

Pada aku, dari kita bung bang bung bang luahkan yang bukan-bukan rasa tak puas hati itu dan orang lain tokok tambah isunya, masalah takkan boleh selesai, sebaliknya akan masuk masalah baru. Itulah masalah antara kawan. Hari ini kita mengata di belakang, esok lusa orang / kawan lain pula mengata kita. Dengan atau tanpa pengetahuan kita.

Wallahualam. Tuhan itu Maha Mengetahui...

10 comments:

cha said...

itulah lumrah kehidupan kak. bila terasa diri jadi topik, sakitnya mendalam.

Kuman Chaos said...

tapi kalau perahu tu pakai enjin still boleh under, or kalau air tenang still belh paddle undur.. :)
benar apa yg dikata.. :)
kuman "WLW Part2.." Entry

nanizamros said...

huhuhuhu nasib kita sama ari nie....
rambut sama itam tapi hati lain2..
umpama gunting dlm lipatan..
duri dlm daging..
boleh x i nak pinjam you punya pantun?

Wansteddy Tales said...

cha ~ benar sekali

Wansteddy Tales said...

kuman chaos ~ dunia blog bolehlah cik, tulis pastu delete entry. tp kalau ada yg sempat baca nak xnak jadi isu jugaklah. hehe...

Wansteddy Tales said...

nanizamros ~ ambillah :) boleh buat kenangan ><

e.l.i.s.s.m.i.e said...

so, sebelum berckp kena berfikir dulu yer dak?

Wansteddy Tales said...

e.l.i.s.s.m.i.e ~ sesetgh org bila emosi lupa nak berfikir. hambur je ikut hati itulah sbb jd isunya :)

Mama Zharfan said...

sifat manusia perempuan kan..susah nak kawal mulut---and boleh jd penyebab masuk neraka gak ni..sbb mengumpat kan besar dosanya

Wansteddy Tales said...

lelaki pn sama jenis jugak k.suziey... tp in this case ye... perempuan. tp xpe, wan dah cool. dan dah maafkan dia. cumanya sekali terkena mungkin susah nak baik mesra mcm dulu lagi. si dia kenalah terima hakikat kejadian & ambil iktibar. xsemua org dia boleh layan mcm tu. lgpn wan bkn pangkat adik2 dgn dia. tua muda, kita harus ada rasa hormat pd insan lain kan.