Nuffnang

Followers

Thursday, October 21, 2010

My new workplace... Happy giler!

Hari ini dah petang sangat barulah berkesempatan nak bina entry baru. Sakit-sakit badan aku gara-gara angkut barang-barang dari meja lama ke penempatan baru. Aku katakan port habitat baru sebab ia dah lebih kurang macam bilik tido dah. Siap aku boleh bentang karpet sediakan bantal dan zzzZZZZzzzzz... Patutlah pemilik asal meja ini selalu dibuai kantuk. Memang menduga akal betul meja ni. Dia punya suasana bikin mengantuk je sebab situasi yang tenang, aman damai senantiasa ;)

Simple & indah. Aku belum kemas habis meja kerja baru ni. Banyak lagi nak susun atur. Masih rasa janggal sebab datang dari ruang kerja lingkungan kecil, tiba-tiba dapat tempat yang luas terbentang.

Di meja lama. Itulah panorama dari sudut pandangan tetamu aku. Aku sayang sangat meja ni. Meja ni bertuah tau. Kalau bangsa cina percaya pada untung nasip atau ong. Kita orang islam tak wajarlah kenangkan yang demikiankan. Tapi memang aku rasa meja ni meja bertuah. Sebab banyak faktornya. Pertama, aku jadi manusia yang riang ria mengedix. Kedua aku bergaul dengan rakan sekerja lebih mesra. Ketiga Selalu menang contest! Itu yang penting, hahhaha...

Panorama hampir penuh. Memang ruang kerja lama ni lebih bersepah. Sebabkan banyak barang nak sumbat, ruang kerja yang terhad. Maka tempat kerja aku memang selalu nampak tak kemas walaupun boleh kata saban minggu aku kemaskannya supaya nampak lebih cantik dan kemas.

Pandangan depan ruang meja aku. Banyak dolly-dolly kecil sebab aku sukakan hiasan mini macam ni. Ada juga barang-barang kraf yang aku hasilkan sendiri hiasi meja ni :) Saja-saja hias untuk hiburkan hati sendiri. Tapi aku akui ia memang jelas serabutkan ruang kerja aku! hahahha

Geng Gedix. Masa nak berkemas sibuk nak berposing juga. Aksi pun tak hingat dunia dua2 dah beranak! bahahahaa...

Janji nak kemas, tapi tolong tengok aku kemas je, cit! hahahahaha... atas sokongan moral k.Yantz dapatlah aku cekalkan hati mohon meja kerja baru ni.

Nurull yang banyak membantu angkut barang-barang dari meja lama. Puas aku nak angkut. Ingatkan sikit je. Sekali hangkut dua tiga trip jugaklah haih....

"Putu... Putu...." Dan lagi jual putu waktu genting begini. Diskaun 50% tu miahahahhaa....

Sudut belakang aku. Boleh nampak panorama kurang mesra dibelakang. Untuk cuci-cuci mata okeylah! Dolly tu aku taruk atas monitor komputer!

Selepas siap berkemas dan hadiri mini mesyuarat hari ni, aku belanja K.Yantz & Nurull kat Maju Junction sempena kejayaan punggahan barang kerja hari ini.

K.Yantz sempat ko posing dulu. Ingat nak buat candid je hehehe...

Kalaulah ada set roasted chicken untuk 3 orang mesti best kan :)

Wajah bahagiaku di meja baru? Iyaaaaaaa...... aku sungguh teruja berada di sini. Bukan partition jadi impian hanya inginkan rasa gembira bila bekerja. Harap-harap takdelah desas-desus yang membingitkan mata dan telinga harus ku alami lagi....

Belum siap susun atur. Tapi inilah my new workplace! Aku sungguh suka! Trimas my bos! Kerana kebaikan beliau, aku sudah boleh bekerja dengan lebih selesa dan aman damai.....

17 comments:

Unknown said...

penuhhh betoi barang2 comei! suka tgk ada kebaya pink kecik tu, magnet kan?

Wansteddy Tales said...

Ieda Al-Habsyi ~ really love oink & cute stuff ieda :) pantang jumpa >< hahahha yup kebaya magnet ada jual kat KLCC n CM harga bawah RM10 :)

Mama Zharfan said...

comel ur workstation. happy working!! me tak pernah mkn kat maju jnuction tu..dekat2 dgn soga gak kan? wan keje kat area situ ker

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ tq >< mmg suka kumpul benda2 cute n pink ni k.suziey... yup! boleh jln kaki je ke sogo dan opis :)

Prettyvrach said...

meriahnye!!suke tgk cermin tu=D

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

keja kat situ??
wah kita dekat
jom jumpa hehe

Mindbreaking said...

meja pompuan selalu bersepah, huhuhu...

yantz-yeem said...

aku x sabau nak mendeco2 meja aku plaks...

onniey84 said...

wans..banyak nya aksesori..tp cantik2 n cute..oni tkdak pun... ;(

Wansteddy Tales said...

SyUhAdA ~ kumpul sikit2 dr zmn bujangku hingga kini hehehe.... 2 pn bnyk da buang xlarat nk peram lagi dah bahan2 antik tu kui3

Wansteddy Tales said...

miszlullaby ~ beli kat romantika deco je ML :) KK pn ada juga tp mahal skit la. xlalu nak beli kat lovely lace. sama cantik kosnya 2kali ganda mahal :)

Wansteddy Tales said...

baby ~ betul ke? keje kat mana? leh la koling2 lunch sama :)

Wansteddy Tales said...

mr. mind ~ alala.... standart la... ktorg bw pinggan & garpu. org lelaki tau pinjam je pastu lebur hilang hahaha

Wansteddy Tales said...

k.yantz ~ usah ko bercakap saja
marilah bina tempat yang baru
biar yg lain rasa teruja
dan juga tambah cemburu! hahahhaa

Wansteddy Tales said...

onniey ~ suasama yg sedap mata memandang buatkan kita lebih selesa hahhaa... tp workplace ted bersepah amat. hahhaa

Eliss said...

meja lama ko sama ngan meja aku skang :)

alinalan said...

wah dah masuk bilik.. naik pangkat wan?? tahniah!!

Semoga lebih happy kerj & lebih creative di tempat baru