Nuffnang

Followers

Monday, November 1, 2010

Aku bukan WARTAWAN

Wartawan yang dimaksudkkan bukanlah orang yang becok menjaja cerita orang. Wartawan yang dimaksudkan bukan wartawan jiran sebelah tingkap ke tingkap. Wartawan ini yang benar. Yang menulis artikel dan namanya terpahat di dada akhbar dan majalah. Wartawan sebenar. Dan maka dengan benarnya aku akui... aku bukan Wartawan.

Agh! Kisah benar ni tapi buktinya aku dah terdelete. Suatu hari yang hening. Ketika aku sibuk membelek kandungan emailku, aku tengok masuk mesej dari seseorang yang aku tak kenal. Bukan email spam. Tapi beliau bertanyakan baik-baik pada aku. Aku ni wartawan surat khabar ke? Atau wartawan sambilan? Dia kenali aku dari blog Wansteddy. Hoh!!!!

Serius terkejut comel aku masa tu. Owh... tak rela diri ini disamakan dengan beruk hahah... Aku tak ingat kandungan balas dari aku. Tapi sikit lebih kurang aku jelaskan aku cumalah designer. Tak pernah lagi terlibat secara langsung mahupun secara tidak sengaja dengan kerjaya wartawan ini hatta nama aku dipangkalnya ada perkataan Wan.

Baik baik... Bertolak pada isu berkenaaan. Aku terfikir, dimanakah puncanya sampai gerangan cik adik tersebut terfikir aku ni seorang wartawan. Adakah kerana gaya penulisan aku? Tidak tidak tidak.... Aku yakin dan percaya kalau cikgu Bahasa Melayu aku ketika di tingkatan 5 PA mesti tak nak mengaku aku ni anak didiknya dengan gaya penulisan begini.

Adakah kerana intipatinya? Aku tak rasa isi kandungan blog aku begitu realistik untuk digambarkan sebagai jurnal seorang wartawan. Jangankan etika kewartawanan, susun atur bahasa pun menjurus ke laut belaka. Kalau diberi markah antara 10 ke 100% aku percaya markah penceritaan blog aku diparas negatif sifar. owh sedihnya...

Sementelah sekarang ni aku makin kurang update isu panas untuk mengelakkan kontroversi. Dan aku cuba seboleh mungkin copypaste isi kandungan dari internet atau sebarang artikel di mana-mana sumber. Sebab aku nak kan cerita yang original. Tapi terkadang tu lepas jugaklah dua tiga entry copypaste. Nak-nak entry update pasal contest. Malas aku nak menulis balik syarat segala satu persatu. Buat je la kerja senang, copypaste kan. hehe....

Lagi pula aku makin kurang taruk gambar yang boleh menceriakan blog. Aku juga jarang dah join contest blog. Sangat merugikan diri. Tapi demi melaksanakan tuntutan kerja, aku kena buat pilihan kerja atau buang masa. hahaha... Jadinya aku tak boleh komplen kalau pembaca kian suram, hasil komen pun kian malap. Hasil akaun nuffnang? Lagilah jangan mengahrap. Kekal ditakuk lama kerana aku dah slow motion dalam gerakan blogwalking. Tapi aku sangat senang hati bila rakan-rakan masih titipkan komen. Itu suatu bonus pada aku. Trimas dan terharu dengan jasa baik kalian :)

Ilmu aku dalam bidang penulisan sangat cetek. Tapi manalah tahu suatu hari bila dah pencen aku nak cuba bidang penulisan pulak. Tak salah mencuba biarpun pada usia emas kan kan... pa maknanya aku ceritakan semua ni? Aku cuma nak jelaskan yang aku memang bukan wartawan. Aku cuma seorang pereka grafik.

4 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

:) klu dah anggap wartawan ni mesti dia suke gaya tulisan wan ni... :)

Wansteddy Tales said...

bukan kot. wan rasa myb dia ingtkan wan ni wartawan yg maklumkan pasal contest2 ni hahaha...

NzA said...

cara penulisan wan kot...cz ayat2 yg wan tulis teratur n trsusun rapi gitu....

Wansteddy Tales said...

k.nza ~ huhu.. mula2 wan ingtkan prank je. mana tau kwn2 saja nak ngena. tp wan bersangka baiklah. myb cik adik tu slh fhm. dia ingt wan ni wartawan pasal hiburan kot. tp ada ke wartawan yg citer psl contest ni? hahhaa... tu yg buat confuse gak tu :P