Nuffnang

Monday, November 1, 2010

Cerita pasal hadiah giveaway

Update gambar hadiah bakal pemenang. Sebenarnya aku beria buat giveaway ni sebab nak poskan hadiah pemenang giveaway aku yang sebelum ni. Tinggal hadiah untuk Eima dan Baby Amana & Arief je belum kirim. Giler dari bulan 7!!

Tapi itulah banyak sangat aku nak buat sampai lupa nak print out dan kirim pos hadiahnya. Bila dah beria print out design, tengok frame pulak takde! Rupanya aku dah bagi kat kawan 2 frame tu. Lagi satu kes nak kena pergi IKEA beli ganti baru kan... Tapi janji tetap janji, lambat cepat bukan isunya. Jangan terkubur terus hadiahnya sudah la. Bonusnya buat Eima & Baby, untuk minta maaf secara halus (hohoho) aku belikan hadiah tambahan tanda minta maaf sebab lewat. Diharapkan Baby & Eima sudi maafkan kelewatan penganjur ini yep!

Sebenarnya penyebab utama kenapa lambat nak hantar hadiah dorang sebab proses nak siapkan dolly untuk semua pemenang memang makan banyakkkkk masa aku. Kalau sorang dua dolly, okey. Tapi untuk semua pemenang? adowh! Penat.... Nak pulak aku sibuk dengan kerja pejabat dan design tempahan yang masuknya bertubi-tubi. Sudahnya aku kena manage jadual baik-baik. Mana yang patut didahulukan. Mana yang tempah dulu. Semuanya kena dikoordinasikan dengan baik. Tapi aku ni manusia je. Memanglah proses tu makan masa atas kelemahan aku sendiri. Mengaku dengan jujur sekali.

Justeru sambil-sambil belikan hadiah tambahan buat Eima & Baby, terlintas di kepala nak buat GA baru. Mulanya rancang nak belikan cermin berhias macam yang aku letak kat meja kerja tu. Tapi tak jumpa pulak. Mungkin dah habis stok, haih... Takde rezeki nak kongsikan barang best. Banyak stok-stok frame cantik pun dah habis. Pendek kata bahagian kabinet tu hampir kosonglah. Ada pun design yang aku tak suka.

Pusing ke kabinet lain jumpa pulak teddy bear gegantung ni. Aku tak puas hati sebab harganya tak sama macam yang aku beli dulu. Tapi kenangkan aku suka gegantung tu, belilah juga. Harap-harap pemenangnya nanti suka dengan hadiahnya :)

Kesimpulannya aku dah serik nak taja hadiah berupa design lagi dah. Cukuplah kenangan giveaway yang lalu. Tinggal satu lagi lucky draw hadiahnya design aku sedang dalam penantian. Barangsiapa yang dapat menangkap nombor bertuah 20'000 jemput print screen dan emailkan pada aku. Kalau kali ni tak berjaya juga nak tempa nama pemenangnya, aku batalkan je contest tu dan buat contest baru. Serius serik beb! hahaha...

Sampai sini dulu. Jujurnya mood aku kembali ke laut harini. Takde hati sangat nak berblog sebab aku sedang bersedihhhh.... wuwu.... Hanya facebooker yang tahu....

4 comments:

SyUhAdA said...

yg pnting comey hdiah nye..
hehe..
nape mood pegi ke laut lg?
slalu je pegi ke laut..
x boring ke nnti??
hehe

Mama Zharfan said...

best and comel hadiah GA ni wan..me belum pernah lucky lg dlm GA u ni ;)

Wansteddy Tales said...

syuhada ~ hahhaa.... org2 tua majuk kan suka bawa diri ke laut.... tenangkan fikiran... hohoho....

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ insya'allah k.suziey. wan pn xpk lagi nak pilih pemenang macam mana. last mnt pk :)