Bagusnya my bos yang arahkan tugasan ni sporting amat. Langsung takde cerewet. Terima je bulat-bulat idea aku. Boleh kata design job ni antara yang paling menyeronokkan untuk aku. Tapi iya, aku stress. Kerjanya bukan sikit-sikit. Empat brosur baru, lain warna, lain tema. Dan ia hanyalah rekabentuk cadangan. Belum lagi capai kata sepakat sama ada design ni akan diterimapakai. Belum lagi perbincangan pengubahsuaian sana sini. Jadinya selagi projek ini belum selesai aku masih dibelenggu beban kerjanya yang banyak. Kena kejar deadline lagi.
Tapi dek kerana ia antara jenis kerja yang buat aku senang hati, maka kurang sikit beban stress tu. Malah aku lagi seronok bereksperimen dengan watak dolly dan costume baru. Sorrylah patah perkataan aku agak berkecamuk harini. Jenuh aku perah otak masa mengarang ni. Sudahnya aku tak dapat nak ungkapkan perkataan yang lebih sesuai selain merojakkan entry ini.
Kekusutan belum berakhir...
Nuffnang
Followers
Thursday, November 11, 2010
Dolly in progress
Sekadar berkongsi jenis dolly yang sedang dalam pembikinan. Sebenarnya banyak dolly yang perlu direka baru harini. Siap dengan latar belakang berbeza. Tapi tak bolehlah paparkan keseluruhan design bendanya belum boleh publish umum lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
cantik la dolly ni kak wan... tepuk2...
Post a Comment