Nuffnang

Followers

Thursday, November 4, 2010

Hasil blogwalking aku?

blog_use-this-onejpg

Dah lama rasanya tak blogwalking. Sebabnya aku tengok hasil blogwalking aku yang lalu tak bawa perubahan positif dalam akaun nuffnang aku. Ada gak terjadi perkara camni. Dalam minggu tu anggaran total visitor aku patutnya 2000 tapi dalam hari berikutnya susut 100 berikutnya lagi susut dua tiga ratus. Pelik jugak. Tapi aku kenangkan mungkin ia perkara lazim dalam blogwalking. Malas nak pikir.

Hey, semangat blogwalking tu jatuh jugak. Tak bohong punya. Tapi itulah... bila tengok ramai rakan-rakan blog, kenalan lama dan baru masih setia blogwalking dan sudi titipkan komen di dalam kotak borak aku, tak sampai hati rasanya nak biar je. Takpelah, kalau akaun aku masih di takuk yang lama pun. Maybe rezeki aku bukan dengan nuffnang. Jadinya sambil-sambil aku bantu penambahan akaun sesama rakan blog, semua aku bolehlah terjah entry baru. Seronok baca entry yang pelbagai. Nak-nak jenis entry blog yang lain macam. Bagi inspirasi menulis lagi.

Hari ni penat lelah sikitlah penuhi beberapa design tertunggak. Tapi seronoknya sehari aku dapat siapkan 3 header dan 2 lagi ongoing design. Aku kalau dah mula design tak boleh stop. Hilang semangat nak mendesign tu nanti hasil kerja jadi cam hampagas. Serba tak kena. Biar pikir panjang-panjang dulu nak design baru. Yang segar dan lain dari design yang sebelumnya.

Aku rasa dari aku teruskan menulis dan merepek yang bukan-bukan, baiklah aku kembali blogwalking sebelum kembali mendesign. Sampai sini dulu.



12 comments:

Ummi AmnaAmzar said...

semangat kena lebih..hehe...ummi pun xde BE lg..ye la ummi baru 2 bulan berblogging...baru nak berkenalan dgn nuff...nuff belum buka hati nak kenal lebih ngn ummi... maybe kureng menarik...jom kita sama2 g polish1

Wansteddy Tales said...

Ummi AmnaAmzar ~ saya awalan berblog jgnkan nuffnang nk buat gadget pn fail hehe... dah bertahun dgn nuffnang tp myb xde yg menarik smpi nuffnang pn malas nk singgah kasi duit free hehe

Nia said...

total biasa 2000 Wan?!! Pergh,..cayalah Wan.

zahidah dihaz said...

selamat berblogwalking...saya tak sabar nak blogwalking jugak ni... cepatlah hujung bulan...hehehehe

Mama Zharfan said...

BW memang wajib kalau nak promo blog + nak maintain ir even up kan traffic :) me biasanya BW tgk masa free gak :)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

bila rajin blogwalking mmg frustla kan?? bak kata buat sungguh2 tapi hasil hampeh..
bila semangat tue menurun apakata buat keja lain pulak...nanti bila datang smgt tue balik..blogwalking kembali!!!

Wansteddy Tales said...

Nia ~ wawawa... kalau 1000 seminggu pn da rasa best. itu cth je Nia. kena buat gerak gempur hari2 bw kalau nk cecah 2000 seminggu. sehari lagi la xde harapan. itu tahap otai2 je hahaha

Wansteddy Tales said...

zahidah dihaz ~ huhu... akk bw kala malam org da tido. baru lancar pergerakan. tp tu la, income ilek! :P

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ wan bw sbb teringin nak tmbh cash dlm akaun nuffnang tu tp smpi skrg rajin xrajin bw pn dok kat situuuu je da mula la fedap kan. sebulan utk zero income bayangkanlah. bwnya mcm org gila hahha... tp skrg wan da target bw sbb nk buat kunjung balas je. xbest la org sudi singgah blog kita, kita xbalas lak huhu

Wansteddy Tales said...

baby ~ kerja saya ongoing gak baby hahaha... bw waktu tgh mlm je sbb waktu 2 kira waktu rehat dr serabut dgn keje bnyk tu. hari2 jam2 hadap keje mau tak poning den! hahaha

h4ni3 said...

dah lama tak bw dgn jayanya
tak sempat la skrg ni.. bizi
so skrg pasrah jela dgn earning nuffnang tu. hehehe

nba-Nur said...

Salam. Bagi Kak Nur, income dari nuffnang tu satu bonus. Yang penting kita tentu tahu tujuan kita berblog untuk apa.. Sekurang2nya kita dapat tambah dan kongsi ilmu dengan orang lain. Takpe, rezeki ada di mana2.. InsyaAllah satu hari nanti Wan tentu dapat rasa hasilnya..

Salam perkenalan.