Nuffnang

Followers

Friday, November 12, 2010

(My Girl OST) Never Say Goodbye

Dalam banyak-banyak lagu OSt ni kegemaran aku. Jemputlah tengok, sambil-sambil boleh tonton petikan drama My Girl ni.



Never Say Goodbye by Mario & Nasty

Drama korea ni memang tahap boom meledak habis dah. Popular amat! Bagi follower K-Drama rugi woo xamik kesempatan tonton drama ni. Aku ambil masa lama nak tonton drama ni. Mula-mula masuk koleksi Cd dan DVD memang aku boo layan sebab mahal. Banyak sangat episdo makan banyak CD dan ongkos. Nak kualiti punya kenalah beli yang mahal sikit. Sebabkan aku kedekut, malas nak beli hohoho....

Hinggalah Animax tayangkan kat channel 715 barulah aku tengok. Itupun bikin hangin je sebab nak tengok episod berikutnya kena tunggu minggu depannya pulak. Hadoi.... pehtu korang faham-fahamlah, kalau namanya K-Drama (korea), J-Drama (Jepun), I-Drama (Indonesia) memang makan masa lama nak habis. Mana taknya plot asyik berkembang, berulang, dan begitulah hingga ke beberapa episod. Gah... Tapi demi nak habiskan tonton keseluruhan drama dan nak tahu (happy) endingnya macam mana. Gigihlah jugak tunggu. kui3... macam budak-budak...

Selalunya K-Drama Dan J-Drama diadaptasikan dari versi manga (kartun bersiri Jepun) atau manhwa (kartun bersiri Korea). Bagi siri manhwa, ada cerita pasal My Girl ni. Tapi jalan cerita, watak 100% tak sama. Jadi jangan keliru K-Drama dengan manhwa My Girl. Tak pasti manga My Girl dah wujud ke tidak. Dah lama aku tak update pasal manga. Takde masa nak jengah-jengah pun website manga, haih...

Sekali lagi... Enjoyyyyy...!

1 comment:

Salina@IbuAqil said...

Wan, akak ada full set VCD cite MY GIRL ni.. Kihkihkih Mmg suka kumpul.. CIte Full House.. Winter Sonata.. Hotelier.. Mcm2 lg ada.. tp idak ler sumer cite.. kihkihkih